Wednesday, September 8, 2010

sorry salah nombor bro

kring...kring...kring...kring
fon aku berbunyi (gila old skool bunyi kring3 haha)
nombor yang terpapar di skrin phone tidak dikenali..aku angkat

hello

hello rafi..hello

haa..siapa ni?

nizam2

nizam? nizam mana?

nizam to****t (disensoredkan atas dasar perihatin) sebenarnya aku x dengar nizam apa? ngeh3

oo nizam..haa apahal

ko dekat mana? bila mahu datang?

aku dekat tanjung langsat ni..nak datang mana?

hah? tanjung langsat? mana tu?

terminal tanjung langsat

terminal?

haa ye terminal..ko nak tau pasal projek caltex ke?

caltex? .............................(senyap beberapa saat) ko x datang kilang ke?

adeh..kilang mana ni bro? aku dekat terminal ni..mana ada kilang dekat sini..storage tank dengan pipeline ada la weh

.........................(senyap lagi), ko ni rafizuwan ke?

rafizuwan? mahkluk tuhan mana pulak ni? x faham la aku

bukan!!! oh sorry salah nombor

owh salah nombor eh..ok

call end..sekian tamat perbualan phone antara aku dengan orang yang tidak dikenali selama 2minit setengah

* aku kalau nombor yang x dikenali call memang aku selalu layan je dulu walaupun tahu orang itu salah nombor..malas nak cakap "aaa maaf u salah nombor la" tapi aku sengaja tunggu dia yang cakap "owh sorry salah nombor la"..hahaha..bagus kan aku? baik hati kan? peramah kan? hahahaha

** sorry la bro habis kan kredit phone ko sedikit..haha..tapi nak buat macam mana, nada ko serius dan beriya2, tu yang buat aku selamber layan ko balik dengan serius..ngeh3

pesanan ringkas: macam mana dia tahu nama awal aku eh? musykil ni musykil..tapi bila teka yang hujung sekali salah daaa..hahaha

apa2 pun..kepada semua umat islam..selamat menyambut hari raya aidilfitri
kepada kawan2 aku budak pmt tangga barat..selamat menjamu lemang atas pelantar a.k.a module..haha
x lupa juga warga2 offshore..selamat makan lemang dalam pipe 24"..hahaha

wrote by Rafidinho

6 comments:

cik syu trangtangtang said...

salamat ari raye bro..ko bile nak mintak maap kat aku ne..

little ain said...

huuu syok sih beraya kat terminal.

lepas abes belaja nnti, nak keje jat situ :)

selamat hari raya!

a little less conversation said...

syu,
ko plak bila nk bg aku duit raya berkepok2 ko tu?


little ain,
jangan keje kt terminal..x bes..bosan..hahaha

klau nk keje dlm refinery plant tau offshore..bru masyuk duit..hahaha

AdilaKaman said...

HAHAHAHA..

GILA KEBETULAN. :p

hentakbelipat said...

kehkeh..kesian brader tu perabih kredit di sesaje je

a little less conversation said...

dylli,
tu la psl..kebetulan nama yg dpn dh betul


hentaklipatkain,
xpe..sedekah di bln ramadan org ckp