Monday, February 7, 2011

korang rasa apa yang aku rasa??

tetibe rasa nak taip je entri ngada2 ni lepas ak baca blog ni..haha..kisah cerita hantu ni memang tak lekang dek panas..hampir setiap pelosok umat di atas muka bumi ini mesti ada cerita tersendiri pasal bab2 ni..tak kisah la yang pernah alaminya taupun sekadar mendengar cerita sahaja..aku yakin dari kecil sampai la besar mesti ada je kadang2 tu kita nak cerita pasal hantu sebab mesti korang rasa tetibe "eh nak amik feel seram la hari ni..cerita pasal hantu pun best ni"..kn kn kn..yang best pasal hantu ni, ada je pengarah2 filem nak buat kisah pasal dorg ni..kalau dorg bleh kutip royalti ni confirm kaya raya dah..haha

masa masuk sekolah asrama ke, matrik ke, universiti ke, kalau tak ada cerita hantu memang tak sah..ok kita skip untuk sekolah asrama sebab aku tak pernah masuk sekolah asrama..kuang3..masa dekat matrik, cerita hantu paling pemes ada 2..satu makcik jual karipap tepi tingkap, satu lagi perempuan ngendong anak guna kain batik..2 2 ni kawan aku cerita dorang pernah kena kacau..yang makcik karipap tu kacau kawan2 aku masa ramai2 tengah layan dvd dalam bilik kawan aku (sama aras dengan aku tingkat 4)..kawan aku cerita tengah syok2 layan cerita tetiba dengar sebelah tingkap "nak, nak beli karipap tak?", semua yang tengok tingkap memang mencanak lari lepas tu..masa kejadian tu gak, aku dekat bilik aku tengah borak2 dengan roommate aku, tingkap siap terbuka luas lagi, seronok layan angin malam lagi..haha..malam tu memasing kecoh pasal bisnes makcik karipap ni..yang roommate aku pulak tanya "eh makcik tu ada jual karipap inti sardin tak?"..tapi tak tau la kan kalau kawan2 aku ni sahaja nak bagi gimik ke, yelah kan masa tu kecoh cerita makcik jual karipap ni memang box office

ok..masuk cerita dekat universiti pula..kali ni makcik jual nasi lemak pula yang agak panas..eh2 makcik ni, buat bisnes nasi lemak pula, tak kan karipap dah tak laku kot makcik timah oiiii tau dah bosan buat karipap..lain kali jual la benda lain macam burger bigmac ke, top up ke, baru lah laku..yelah, masa tetengah malam camni lah budak2 ngengada cari burger dengan top up..hahaha..tapi dekat U aku tu ada 1 hostel, tingkat 4 memang dikosongkan atas sebab2 aku pun tak tau kenapa sebab banyak sangat versi dari budak2..yang 1 hostel tu lain cerita, yang hostel sebelah pun lain pula ceritanya..orang cakap level tu keras ada hantu..aku cakap "eh ok pe, hantu educated ni, ingat kita je ke boleh dapat scroll, dorang pun nak gak" hahaha..yang aku tau memula aku masuk U memang level tu kosong..dengar2 cerita sekarang budak2 dah boleh duduk level tu..ermm mungkin hantu2 tu da grad kot..alhamdulillah, grad gak dorang akhirnya

tutup cerita masa mengaji..cerita pula masa kerja..sebenarnya masa cerita masa life kerja ni tak ada la seseram yang mana pun..haha..ok2, lepas habis belajar je, rezeki aku beralih ke selatan..ditakdirkan juga aku masuk rumah sewa kawan aku..dia cakap ada bilik kosong 1..bilik utama aku masuk, memang luas..dengan berbekalkan bantal dan sport toto, aku sorang je duduk bilik tu..pehh memang rasa gila luas siap boleh layan renang berirama..dah kata pun bilik utama kan..tapi yang peliknya masa aku masuk rumah tu, ada 5 orang (tak termasuk aku)..2 tidur bawah, 2 tidur 1 bilik, sorang tidur 1 bilik..terfikir gak aku, kenapa sorang yang duduk bawah tu tak tidur bilik utama tu..aku menyedapkan hati cakap mungkin panas kot sebab sebelum aku masuk bilik tu tak ada kipas..masa ni semua dalam rumah tu tak cerita lagi bilik utama tu agak pelik sikit

ada gak la dalam 2 bulan aku duduk bilik tu sorang..dalam 2 bulan ni gak boleh kata seminggu 3 atau 4 kali mesti aku terjaga pukul 3 ke 4 pagi camtu..lepas terjaga rasa seram2 sejuk, bulu roma naik je memanjang..rasa macam bukan aku sorang je dalam bilik tu pun ada gak..bila tanya budak2 rumah tu baru dorang cakap bilik tu je agak keras sikit, bilik lain tau rumah tak ada pape..ciss..tapi bukan takat aku sorang je terjaga pagi2 buta, siapa2 yang tidur bilik tu senang cerita mesti cakap dorang terjaga pukul 3 ke 4 lah, bila bangun rasa seram2 sejuk..dalam hati aku "owh mungkin petanda dariNYA untuk kita orang bangun solat tahjud" huhu..lepas 2 bulan tu 2 orang budak rumah aku keluar, terus aku masuk bilik 1 lagi..bukan takut nya pasal tapi bilik tu ada ampaian dengan almari besar, lagi 1 tingkap bilik utama tu pecah 1..hahaha..sekarang bilik utama tu ada budak baru masuk..aku dan geng2 budak rumah yang lain tak cakap lagi pasal bilik tu..hoho


ni lah pintu bilik utama rumah sewa aku..cantikkan hiasan pintu nya

ni pula lukisan dalam bilik tu..bob yang lukis..comel tak lukisan tu

bilik ni gak di jadikan tempat kita orang solat..tapi......................

sekarang aku dekat utara, duduk rumah sewa syarikat sebab ada projek dekat sini..ada juga kisah nya..masa budak rumah sorang ni cerita bila terjaga malam kadang ada nampak lembaga rambut panjang, aku dah tengok rambut aku depan cermin "owh rambut aku pendek..bukan aku ni wakaka"..siap cerita masa tengah sapu rumah jumpa rambut panjang padahal semua dalam rumah tu ala2 awal ashaari..yang sorang lagi cakap benda tu memang ADA dalam rumah ni sebab dia boleh nampak benda2 macam tu..aku cakap pulak "biar lah, janji dia tak kacau, siap projek, balik" hoho

tak seram kan penceritaan aku?? hahaha..sebenarnya nak hilang kan mood bosan je ni..huhu

pesanan ringkas: macam mana pun mende ni makhluk ALLAH juga..huhu..nanti aku cerita kisah mak cik aku yang aku rasa otai gila ligan mende alah ni..pendek je kot penceritaan nya tapi aku dah malas nak taip sekarang..ngeh3

wrote by Rafidino

12 comments:

zayma said...

yang cite makcik jual karipap tepi tingkap 2 sama la macam kat matrik aku..haha..tapi die kacau bdak laki je kn..pdn mke dak laki..haha

Sesopie said...

Errr..Slap baca entry..Arinie tdo sorang..roomate tak blik agi..

Grr

a little less conversation said...

zayma:
makcik tu kaco dak laki sbb dak laki suma macho2..bajet nk ngorat la makcik tu


sophie:
bia tido sorg jgn tido "dua" orang..

oranglidi said...

angker jugak rumah kau ni. ko ada check blakang hiasan pintu tu? mana tau ada peta harta karun macam dalam crita hantu kat tivi tu. hehe.

tot tot kecik said...

salam..

hehe syg la sbb tot bukk time mlm..
hihi so sok nnt tot bca laen..keh keh keh..


tp td ade tbca pktaan nasi lemak..citer tu mmg femes..first time dgr msa tot kt hostel amek dip dlu..huhu..

Syamimi Hazirah said...

ade jugak cerita pasal makcik karipap tp tak pernah alami. harap dijauhkan lah semua benda nie. amin.

a little less conversation said...

oranglidi:
ko ni byk sgt tgk tv cite ngarut2 la..cbe la tgk ehwal islam ke, mari mengaji ke


tot:
makcik ni jual kt bdk2 kolej je..mentang2 bdk2 kolej dpt biasiswa tau pinjaman

a little less conversation said...

eyra:
ala..cbe la rasa karipap makcik tu..klau sedap promote kt kwn2..

FH said...

haa, sekarang musim rasuk banyak kot. err

*kosongnye bilik. beli ar almari ke ape skit.. haha XD

syahira ariff said...

kau ni kn
sengaaja kan
tau2 jer aku slalu online lwt mlm sorang2
ishh
menyesal baca

a little less conversation said...

fh:
skang musim banjir la..pe la ko ni..x ikuti isu semasa..haha

dr sudut tu mmg nmpk kosong..tp kt sudut lain penuh


syahira:
tujuan utama pn sbb nk amik feel seram..jd mmg tepat pd waktu ko baca lewat mlm

Encik Psychopath said...

stail.