ahh sudah..arahan pihak atasan sudah dikeluarkan dengan ayatnya yang penuh jitu lagi padat serta jelas, tiada maksud tersirat lagi
sedang rancak menekan2 tetikus sambil melayari pesbuk..tetiba dari belakang
"rafi..next week you move to 'north'..tell me when u free..i book flight ticket"
"huh..isnin ni aaa?" dengan nada sayup2 "ok..but before that, i need to send my car back to town..so i travel from there la cmtu"
"hurm, ok la"
2 minit kemudian bos aku datang semula
"eh better you pick up company car at 'central'..because i don't think your stuff is allowed in flight, it consider sharp tool"
"hurm, ok"
adeh..kali ni confirm aku kena ke utara..arahan dari pihak atasan sebelum ni hanya lah seperti gosip2 tahap artis tak popular mencari publisiti murahan..hahaha..hadoi, malas betul la nak naik utara..time2 baru dapat cari port baik boleh usha sambil kenyit mata dekat awek2 comel masa lunch dan bersukan di petang hari area office aku ni..time2 ni la bos aku suh naik site utara..hahaha
kalau naik utara ada kot 4 bulan tidak berpesbuk, tak dapat komen2 kt blog orang..aku mana la ada jalur lebar poket T_T hahaha
tapi sebelum tu kan..apa yang best eh kt negeri sebelah kedah? huhu..tapi (eh ada pulak tapi nya lagi haha)..kalau aku naik utara, boleh la aku ajak kawan2 aku ke danok..wahahahaha..dan tetapi (kali ni tambah 'te' kat depan kah kah kah) mana nak cekau duit weh..nak service kereta, bayar tol, minyak lagi, bulan depan confirm2 kena paw untuk roadtax kereta..dah la tengah bulan ni..majikan pun tak de bagi advance dulu..parah gini..yak boktam gilo palo (bak kata rakanku) haha
hurmm sebelum naik utara layan nasi ayam penyek pun cara gak ni
pesanan ringkas: harap2 la dapat projek dekat central dalam masa terdekat ni..boleh la den mintak ngn bos den untuk di stesen kan kat situ..dekat sedikit dengan rumah den..boleh selalu jenguk mak bapak den..sejuk sket perot dorg..hahaha
wrote by Rafidinho