Tuesday, April 19, 2011

wow!! panas2...

assalamualaikum..

bila tanya orang ramai macam mana nak mengatasi masalah pemanasan global..orang akan cakap kongsi kenderaan atau naik perkhidmatan awam dan kebanyakan orang setuju dengan idea ni..tapi bagi mak bapak pakcik makcik mahupun muda mudi ada yang tak setuju..contoh, mat rempit berkongsi kenderaan iaitu motorsikal bersama dengan cikaro dia merempit di pingiran bandar, cikaro yang dibawa pula asal naik motor je mesti nak ter tonggeng kan bontot (ape kes tah, katanya senang nak lepaskan gas sambil2 nak bagi laju motor pakwe dia yang dia rasa berbekalkan 1 ekzos tak mencukup, perlukan sedikit suntikan NOS baru mantap!!, ceh padahal takut sembelit la tu)..haaa kalau bab2 ni mesti mak bapak pakcik makcik tak suka bila dorang ni lalu depan mereka, mesti cakap

contoh:

"takda kerja lain la tu, asyik berkepit merempit dengan motor je, kalau dah tersepit haaa baru tau..haishhh, tak leh jadi ni..kiah!!! oo cik kiah oii, lekas amik kunci motor abang pastu bawak helmet sekali..moh kita tunjuk dengan budak2 ni skills2 masa zaman kegemilangan kita dolu2, juara wekang 5km"

lepas tu yang ada anak lelaki mesti pesan dengan anak dorang jangan suka2 bawa anak dara orang naik motor..yang anak perempuan pula pesan jangan sesekali ikut mana2 jantan naik motor, tak elok katanya kecuali kalau nak merasa periuk belanga terbang macam UFO ataupun sharingan ke, kage bushi no jutsu ke, cuba la buat..haikkk kalau bab2 macam ni tak setuju pula kongsi kenderaan ye tak, cakap itu cakap ini komplen sana komplen sini..eh mat rempit yang bawa cikaro duk pusing2 bandar ni kira dah sahut pe kempen mengurangkan pemanasa global, kira murni tu niat dorang menjaga persekitaran alam (secara tidak lansung la, padahal hakikatnya tah dorang ni ambil peduli ke tak tu aku tak tahu), yang aku nampak ke "ter"positifan dorang ni kempen kongsi kenderaan lah, yang selebihnya pandai2 la korang renung2kan..

masuk pula bab menggunakan perkhidmatan awam, rata2 mesti cakap naik bas tau komuter/LRT/star sebab senang, cepat, boleh padat2, dan murah la juga..cerita pasal padat2 ni, korang mesti terfikir tuu dia jauh sampai negara orang, negara india, bangladesh dan sama waktu dengannya..dorang ni memang terkenal la dengan kebolehan menaiki keretapi/bas secara sardin ayam brand, milo pack 3 in 1 mahupun tauhu sumbat..walaupun berpadat2 sempat lagi tu menari2 atas keretapi ye tak, dalam filem la, realiti?? ada ke??..jadi boleh kata dorang ni berkempen mengurangkan pemanasan global la kan..ye ke?? boleh sama kan ke eh?? ntah, aku pun tak tahu, kalau aku tak tahu kenapa aku cakap pasal ni, ahh sudah tetiba bengong pula rasa..ahhhh persetan kan semua ini..apa2 pun aku tengok budaya padat menyumbat dorang sampai terbawa2 ke malaysia cuma tak boleh praktikkan untuk perkhidmatan awam je dorang ni, kalau bab perkongsian kenderaan tu memang tersemat lahh dalam jiwa dorang..mana tak nya, cuba tengok bawah ni

.....

....

...

..

.


"klcc skang klcc skang..naik bai naik, masuk depan lagi, duk rapat2, yang tak muat tu berdiri je"


"ada sesiapa nak join geng dorang ni?"


padat kan? memang betul2 kongsi kenderaan la dorang ni..selagi boleh sumbat memang dah tak fikir pape dah dorang ni, janji boleh pergi kerja..bersedia atau tidak,sumbat saja lori itu...aku rasa ada kot 20++ bangla dalam tu..nasib baik tak menari2 je atas lori tu, kalau menari adakah aku akan turut serta?? haha..tak tahu la berapa ramai dalam seat pemandu tu, mungkin 6 orang termasuk pemandu??..aku terjumpa semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, jadi aku snap la pemandangan ni..

pesanan ringkas: pakai kereta hybrid pun ok gak ni..toyota prius mungkin..update blog semasa bos tak ada..oo yeahh!!

wrote by Rafidinho