Thursday, April 19, 2012

gali-gali bahagian 3

salam

tatkala higus sedang meleleh2 seperti yoyo, baru aku tahu yang aku sudah lama tidak mengemas kini blog..ingin menaip tetapi kemalasan membataskan diri ini..mungkin kesibukan bekerja? ya mungkin..huh, alasan yang tidak memberi impak lansung..dimana sibuknya aku pun aku tidak tahu..lihat sahaja entri aku di bawah sudah tahu kesibukan aku ditahap mana kan

cakap pasal bekerja ini..baru2 ini aku ada terserempak dengan rakanku semasa masing2 baru sahaja selesai mengorat anak2 dara yang lalu di hadapan mata menunaikan solat jumaat..kemusykilan bermain difikiranku sebaik sahaja melihat rakanku itu

"kenapa pula mamat ini ada disini..sudah tukar tempat kerja ke?"

terus aku menyapa rakanku

"assalamualaikum YB"

"waalaikumussalam dato'"

"jauh datang..mencuba environment baru ke sekarang?"

"eh mana ada..aku sekarang memang duduk dekat sini..tak ada tempat baru pun..sambung belajar je"

"sambung?"

"yup..ambil sijil sekarang..inspektor menggegas dan mengecat..nak masuk bidang m&g lah"

"lah ye ke..full time ke?"

"a'ah..tak boleh tahan beb, nekad berhenti amik sijil..hahaha"

"owh" bla bla bla (sambung perbualan)

hurm, dalam konteks ini, anda mungkin tertanya2 apakah yang cuba disampaikan oleh aku bukan?..malu mahu mengatakan, bukan sahaja anda yang tertanya2, malah aku sendiri tidak pasti dengan penyampaian aku ini..mungkin jari jemari aku yang mengawal semua nya..ya mungkin

anda tahu apa yang aku maksudkan dengan M&G tu? mungkin ramai yang kurang mendengar dengan singkatan itu..mungkin sebab sudah di melayukan, kalau dengan ini macam mana, O&G?..mesti ada yang tahu bukan..O&G atau penuhnya Oil & Gas (dalam english) setelah di bahasa melayu kan menjadi Minyak & Gas @ M&G boleh dikatakan sudah sinonim ataupun kerap kali dijadikan topik perbualan oleh rakyat malaysia kini..anda setuju? kalau setuju taip ON SETUJU dan simpan sahaja sehingga pekasam

korang masih tertanya2 lagi mengapa aku menerangkan pasal hal ini? dan apahal pula korang kena baca ye tak..dan lagi, korang menganggap lebih baik ngadap facebook, twitter, skype, ym messenger atau melepaskan tahi2 ke daripada membaca isu yang sesetengah berfikir "eh ada kaitan ke dengan aku?"..jadi disini aku ingin menekankan sekali lagi bahawa penulisan kali ini adalah hasil daripada signal yang dihantar oleh otak kepada jari jemari yang hanya menurut perintah..jadi faham kan maksudnya? ..tak faham? abaikan..hahaha..lihat dulu gambar dibawah





fuiyoo..letak satu batang tengah2 pun boleh tegak..korang ada?


"BERHENTI KERJA SEMATA2 UNTUK MENCEBURI INDUSTRI MINYAK DAN GAS"..ok, ini yang sebenarnya aku nak utarakan kan..hehe..bukan nak bercakap belakang pasal kawan aku tu..tapi bagi aku, kalau nak ambil sijil spesifik, kenapa perlu berhenti kerja..apalah salahnya buat part time ke..memanglah sijil kursus itu ditaja..tapi lepas habis kursus apa hasilnya nanti? boleh secure kerja ke? yelah kan, sekarang nak cari kerja kan agak susah sedikit..apa apa pun rezeki ALLAH yang beri ye tak? huhu..doakan kawan aku tu boleh jadi QC Engineer yang berjaya lepas habis kursus..hee

* menggegas dan mengecat atau di translate ke english adalah blasting and painting..apa ke pelik bunyi menggegas ye tak?

bersambung..........

pesanan ringkas: ringkas tak ringkas mana lah penulisan aku kali ini..korang pinjam PTPTN?

wrote by Rafidinho