Friday, May 4, 2012

aktiviti kemasyarakatan itu penting (episod 1)

salam

halo kawan2..korang ada kereta sendiri tak? tau pun, pernah beli kereta tak? korang rasa puas hati tak dengan pembelian tu? macam mana korang membuat keputusan dalam membeli kereta eh? apa yang membuatkan korang memilih membeli kereta sekarang? dari segi spesifikasinya kah? dari segi harganya kah? atau reka bentuk? atau sebab orang2 lain cakap kereta tu bagus? atau sales person yang paksa korang beli? (haha) ke sebab korang memang memerlukan, tak kira lah apa jenis kereta mahupun prestasi kereta tu macam mana

hari tu, mama aku call cakap

"mama dah letih lah drive manual ni, bla..bla..bla..jem pagi2, bla..bla..bla, sakit kaki, bla..bla..bla, kereta pun dah kurang best, bla..bla..bla, pergi cari kereta kecik auto untuk mama"

"baikkkk"


jadi tanpa banyak fikir sangat..aku mesej kawan aku


"oittt dude, pe xtvt lu hujung minggu ni, wa ada xtvt kemasyarakatan ni, ngeteh kt showroom kereta nak?"

"ok..xtvt diluluskan..roger je"


jadi, xtvt kemasyarakatan kami pun berjalan seperti dirancang..bermula jam 1100hrs..bergerak menuju kereta berjenama hyundai..belek2 kereta sana, kereta situ..aku nak usha hyundai i10 je pun..sekali tak ada, ada pun orang punya..belek catalog, tengok harga, spec semua..ok..mahal!! bagi aku tak berbaloi..skip!! haha

then, menusup ke kereta tempatan iaitu perodua..bla, bla, bla (borak dengan salesman), elok je dia promote aku myvi 1.5 se, direct je kawan aku pangkah

"dapat feedback, ramai cakap 1.5 ni kuat makan minyak, wa punya abang pun complaint gak"

pung pang, pung pang..salesman tu cuba menafikan, siap explain bagai spec semua..myvi baru ni guna timing chain lah, pick up power lah, abs lah, ada gps lah, bla bla bla (blurp3..berbuih2 mulut salesman tu cerita dengan kami..haha)..kawan aku pangkah sekali lagi

"eh fi, cite banyak pun tak guna gak..ko test drive!!"

"eh boleh ke?" aku yang terkebil2 tak tahu menahu..haha

"mau ka? bagi ic, lesen, kita pergi test drive..kereta ada tu"

zassss..tanpa melengahkan masa, IC dan lesen dikeluarkan..kunci kereta dapat dengan pantas, berdesup aku test power myvi 1.5 baru..hahaha..first time test drive kan, jadi takut2 tu pun ada gak, maklum lah, kena aku terhancurkan kereta tu, tak ke naya tak pasal2 aku kena beli ye tak..keh3..tapi takot2 pun, aku bedal tekan pedal minyak nak tengok pergi ke tak pergi myvi tu, siap buat donut lagi..wakakaka..tapi sayang, orang perodua bagi test drive route/track tak berapa nak racing lah..jadi tak berapa nak puas hati lah dan terbantut lah sikit niat nak lanyak sampai hancur..opsss

jadi dirumuskan, bagi aku boleh lah myvi 1.5 ni..dalam pun, nak kata luas tu, hurm boleh kata sidikit selesa lah..huhu..prestasi enjin aku tak boleh cakap banyak sangat sebab test pun kejap je kan..tapi bagi aku ok..turning/corner radius nya memang bagus..suspensi pun boleh..huhu

selesai je dekat perodua, terus hembus tempat lain dengan niat dapat test drive kereta lain..wakaka..pusing2, lalu depan mazda

"woi2, lu patah balik masuk mazda..lu patut test drive mazda 2 fi..orang cakap terbaik"

"baik bos"

masuk dalam mazda showroom, usha sikit mazda 2 yang digembar gemburkan kawan aku tu sambil2 minta test drive hehe..dalam lebih kurang macam myvi 1.5 je aku tengok tapi kecil sikit ruangnya..reka bentuk dalaman lagi up lah dari myvi, spesifikasi enjin sama dengan myvi 1.5L..dari segi prestasi pick up aku lebih kepada myvi 1.5, mazda 2 ni response enjin bila tekan minyak tu agak lambat, mungkin torque atau daya kilas rendah sikit kot (ye ke, jap pergi belek spec..haha)..tapi penukaran gear lagi smooth berbanding myvi walaupun dua2 pakai normal gearbox..huhu

tapi ye lah kan, mazda kurang demand dekat malaysia ni, jadi dari segi spare part aku tak tahu senang ke tak nak dapat, apa yang penting kalau korang beli mazda sekarang, dorang offer 3 tahun atau 60000km servis percuma (kos upah dan barang sekali)..agak wow lah gak sebab long term 3 tahun tu kira tak payah keluar kos lah untuk servis..hanya perlu 4 ni je..appointment, hantar, siap, balik..cewah ada gaya salesman tak aku? haha

hari tu setakat dua kereta je aku test drive..huhu..minggu depan dan seterusnya kami dah set dalam aktiviti kemasyarakatan setiap minggu akan ada aktiviti test drive ni..walaupun bukan nak beli pun..wakaka..dan bagi aku kalau nak beli kereta ni at least 1 bulan kena buat review (test drive + tanya pakar = mantap)

p/s: nak test drive volkswagen, ferrari, mini cooper lah minggu depan..boleh ke?
pp/s: tak puas hati lah pula test drive kejap2 ni..mesti ada part yang tertinggal nak test..kena buat macam topgear baru ok kot..muahahaha


pesanan ringkas: aku review ringkas2 je..nak details2 nanti tak boleh cari makan paultan..haha..apa2 pun, peduli hapa, janji test drive tu syok!! kah kah kah

wrote by Rafidinho

6 comments:

bact. said...

cilaka.
lain kali ajak aku sama.
best kot.

tpi ada ke myvi leh buat donat. cilaka apa. hahahha

a little less conversation said...

ok..nanti aku invite lu untuk test drive ferrari..haha

sebab corner radius myvi bagus dan kecik lah aku buat donut..kah kah kah

namasayatihah said...

hurmm..best jgk..when i first bought my car..i xpenah survey..because my dad tiba2 decided to buy n all i hv to do is prepare all the docs..ummm..nk test drive gak...

Camy Alya said...

last-last sekali plan nak yang mana?

aleen aiden said...

ha last last kau ambik kereta apa? myvi?

Raden said...

takde kete..tp ngah usya nissan latio