Sunday, November 21, 2010

what a shame young engineer

bila otak lama tidak membuat kira-kira mulalah menjadi error dan gila..tambahan lagi bila keadaan kelam kabut

dalam situasi tergesa-gesa aku membuat kira-kira matematik mudah mengira hasil tambah tenaga pekerja..belek belakang kertas, tengok depan ok siap!!! (3 saat buat kira-kira)..lepas itu aku pun hantar "manhours report" kepada pengurus terminal (kira klien aku la)..belum sempat melangkah keluar pintu bilik nya..tiba-tiba

"alo brader..your calculation is wrong!!..how come such a simple mathematics you can't do..take it back!! do the correction then submit again..what a shame young engineer"

"really sir..ok i'll check again"..10 saat kemudian.."ok sir here the manhours sheet"

"erm..good"

(hahahahahahaha..bengong betul, macam mana 8+7 pun aku boleh tersalah kira da..hahaha)

teringat pulak aku masa belajar dekat U dulu..mende alah simptom ni selalu jadi dekat aku masa peperiksaan..tambah2 subjek yang memerlukan banyak gila kira-kira dan rumus2 panjang nak mampos (ada kot dekat2 5km/jam panjangnya..eh pehal pulak pakai jam..haha) bila masuk je dewan peperiksaan, pehh bukan main canggih mesin kira-kira aku bawa..bajet macam boleh terus dapat jawapan la dengan sekali tekan je..huhu..masa mula peperiksaan x rasa lagi..bila pengawas peperiksaan umumkan
"lagi 30minit masa akan tamat"..haaa otak aku mula la sedikit2 diserangi cacing2 kerawit je..masa ni boleh bertahan lagi la..masih tenang lagi untuk menekan2 calculator serta menggunakan otak yang 90% masih waras..

tapi bila dengar je "tinggal 5 minit sahaja lagi!!!!!"..dengan berbekalkan soalan yang banyak lagi belum dijawab..soalan pulak main dengan rumus macam celaka..pehhh serta merta otak aku terus hang sebab banyak sangat virus2 serang..masa ni apa lancau antivirus dah x boleh pakai da (x boleh nak update definisi virus sebab lesen disenaraihitamkan..haha) ..walaupun banyak sangat virus dalam kepala otak aku masa tu..tapi aku suka..sebab??? sebab masa ni lah otak aku akan di naik taraf secara tiba-tiba..dari tahap ijazah ke tahap PhD..hahahhaha..mana tak nya, buat kira-kira untuk 2 helai selama 20 saat pakai otak je...ye!! pakai otak je tanpa guna calculator, laju tu bai (mana x lajunya sebab font tiba2 jadi besar..dari normal saiz 12 tuka jadi saiz 48..hahaha..tapi xtau la betul ke x..ngeh3)..lepas tu, bab2 rumus tu xyah nak cakap la, yang panjang dipendekkan..yang dah memang pendek dipendekkan lagi..haha..yang paling best, rumus x pernah wujud, aku dengan selamba je wujudkan (bukan senang tu nak buat rumus..memang tahap2 PhD je yang biasa buat rumus ni) HAHAHAHA (gelak bangga)

tapi bila diumumkan pulak
"tinggal 1 minit lagi!!" secara automatik..otak aku akan autoshutdown..masa ni aku dah rilek je..kemas barang2, susun cantik2 kertas jawapan..sambil2 buat muka tenang, senyum lebar siap tunjukkan tanda "thumbs up" dekat rakan2 lain bajet macam aku berjaya menjawab semua soalan dengan cemerlang..padahal dalam hati (sob3..banyak lagi tu soalan x dapat jawab) hahahaha

pesanan ringkas: bila lagi la otak aku boleh dinaikkan taraf sekali lagi secara mengejut..haha..owh terasa rindu pulak zaman belajar macam dulu..huhu

wrote by Rafidinho

Wednesday, November 17, 2010

seronok bila berjanji tapi diri sendiri menidurkan diri

huh sudah lama tidak menjenguk menatang yang dinamakan blog..rasa macam dah bau bangkai blog aku ni..hahahaha..sekarang aku sudah rasa kemalasan untuk menaip benda alah blog ni sebab sudah kurang mood la pulak..huhu

hurmm, ok berbalik kepada tajuk asal..pernah x korg buat temujanji dengan orang lain tapi korang x datang..mesti ada punya kan..tipu la korg kalau cakap x pernah (siapa yang pura2 cakap x pernah tu meh sini aku taji cukup2 hahaha)..janji dengan awek tau pakwe korg mahu jumpa..tapi x datang sebab hal2 tertentu..ada kan, ada kan..kalau ada sila sengeh sorg2 sekarang!!!!! hahaha

tapi pernah x buat janjitemu dengan orang yang tidak dikenali, pastu bila masa yang ditetapkan untuk berjumpa korg tertido..baik punya tido..hahaha..mesti ada yang pernah, ada gak yang x pernah..tapi situasi ni berlaku dengan aku semalam..tambah pulak aku buat appointment pasal kerja

cerita nya bermula bila bos aku suruh aku panggil budak NDT (dimelayukan Ujian Tanpa Musnah) datang tembak RT (Ujian Radiografi) waktu malam..dan disebabkan aku sorg sahaja yang available jadi aku "terpaksa" datang standby untuk tengok dorg buat kerja..maka tengah hari aku call, minta dorg datang malam..aku set pukul 9mlm..aku pun set la dalam kepala otak "ermm datang awal sedikit la dari dorg ni"..tapi apa kan daya, lepas magrib, aku x tahu bagaimana? macam mana? kenapa? bila? aku tidur..tambah pulak masa tu hujan..syok je rasa..hahahahahha..sedar2 je sudah pukul 11..tengak h/fon nah amik ko 7 miss call..terus aku call orang NDT tanya apa cerita..huhu..fuhh!! nasib agak baik ketika itu..dorg cakap dorg tunggu lagi..aku pun apa lagi..berdesup tekan minyak datang ke workshop..sampai2 pukul 11.30mlm..datang sengeh2 sedikit sambil minta maaf

bila dah sampai, masa nak bukak pintu pagar..kunci la pulak..aku dah tepuk dahi..hadoiii..terus aku call budak2 kimpalan tanya pehal dorg kunci pintu padahal dah ingatkan dorg jangan kunci..masa tu jugak suruh dorg anta kunci..terpaksa sekali lagi org NDT tu tunggu kunci workshop sambil2 tu jugak aku melemparkan sengih2 aku, walhal dalam hati "mampus kalau bos aku tau..confirm kena maki hamun"..last2 dorg start kerja pukul 12 t/mlm sampai la pukul 2 pg..sekali2 dengan aku balik pukul 2 pg..bila masing2 nak blah..aku lemparkan sekali lagi sengehan buat kali terakhir..huhu

pesanan ringkas: raya haji x dapat cuti..kena standby la pulak..alasan bos, dia cuti pergi haji..cehh..padahal dia apek

malam raya haji pun kena standby untuk kali ke 2 org NDT datang workshop buat kerja..adeh

wrote by Rafidinho