Sunday, July 31, 2011

bila puasa mesti ada mercun

salam ramadhan

esok puasa, jadi seperti biasa malam mesti ada terawih kan tapi ini lah masalahnya bila masunya bulan ramadhan, baru aku nak terhegeh2 mengimarahkan masjid yang sebelum ni tak..dah nama pun bulan ramadhan kan, mesti la ramai orang berebut2 datang nak buat pahala..lepas tu mula lah aku mengeluh ramai sangat jemaah datang..hahaha

masa zaman kanak2 dulu, terawih la paling syok..bukan lah sebab nak jemaah dengan imam buat 23 rakaat tapi biasa lah, dah nama pun budak2, datang surau/masjid nak main dengan kawan2 je..confirm korg pun sama macam aku gak kan, datang nak seronok2 je (tipu la kalau korang nafikan) haha..kalau ikut terawih pun main2 je..baru 1 rakaat dah pergi main selipar jemaah masjid (selipar sendiri simpan)

ingat lagi dulu, kawan2 aku semua dah blah pergi main tinggal aku je khusyuk buat terawih (masa ni gak la imam baca lambat penuh syahdu), elok je nak masuk rakaat ke2, terus aku jadi imam..solat sendiri, habis terus blah..hahaha

paling best gak bila main mercun, dulu mercun aku takde la beli sangat..banyak rembat dari beli..nakal sikit lah katakan..beli 1 je tapi rembat 10..kawan aku lagi dasyat, tak beli tapi boleh dapat 20 mercun..tah macam mana dia kelentong tokey mercun tu pun aku tak tahu..haha..tak apa kan curi benda yang haram?

zaman sekarang mercun dah kurang..lagipun susah nak dapatkan stok, kalau ada pun mahal..sekarang budak2 pun dah tak layan mercun..dorang dah main bunga api@firecracker..sekali bakar 10 keluar..aku rasa macam best je bunga api ni sebab meletup pun kat atas, lepas tu tak payah keluarkan duit pun boleh tengok freeshow

bila usia semakin meningkat ni, feel nak main mercun dah tak macam dulu dah..dah insaf la katakan..hahaha..tapi cuma aku nak rasa feel main meriam buloh je sekarang sebab aku ni bukanlah duduk dekat area kampung yang senang nak dapatkan buloh, sekadar pengalaman main meriam tin kosong adalah..dengar abah aku cerita pembuatan meriam buloh buatkan aku nak test main sekali je..huhu

apa apa pun..selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia =]

pesanan ringkas: semogo kita semua diberi kekuatan dalam bulan ramadhan ni untuk mengumpul sebanyak yang mungkin pahala..salam

wrote by Rafidinho

Saturday, July 30, 2011

bila pandangan tetiba jadi gelap

salam

korang pernah rasa tak bila tiba2 je pandangan korang jadi gelap? tak nampak apa2 la senang cerita..mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah..untuk yang pernah tu aku rasa aku tau kes apa tu..tetiba elektrik tak ada..lampu padam..masa tu pula korang tengah syok melepas dalam mangkuk tandas kah3..dalam 4 ke 5 saat mesti pandangan jadi gelap gelita kan..pastu baru la cerah sikit..masa ni gak paling kurang pun korang cuma menjerit je

"aaaa lampu tak ada..elektrik tak ada..aaaa tolong2..aaaaaa!!!!"

tapi bukanlah aku nak bercerita pasal elektrik atau lampu rumah aku tiada, mesti membosankan kalau cerita bab tu..haha..sebenarnya nak cakap pernah tak korang rasa tiba2 gelap je pandangan masa korang tengah drive kereta? pernah? tak pernah? kalau pernah tu bagus, kalau tak pernah tu pernah2kan lah (maksud aku CUBA tau) haha

macam mana situasi/keadaan/kes yang tiba2 pandangan jadi gelap yang aku maksudkan ni? alah, macam korang bawa kereta pada waktu malam nak masuk simpang jalan sunyi tak ada lampu jalan, lepas korang masuk simpang tu tetiba terus gelap tak nampak apa2, korang mula gelabah, lepas tu baru korang perasan rupa2nya korang tak on lagi lampu kereta sebab jalan sebelum masuk simpang tu lampu jalan suluh cerah bagai..haha..aduh apa bangang yang aku merepek ni..haha

ok2..dipendekan cerita..kes nya macam ni..bayangkan korang tengah syok korang bawa kereta waktu malam, halaju 240km/h (meter kereta baru 200km/h) atas highway tetiba dalam sekelip mata je pandangan korang jadi gelap..haa ni la kes yang baru2 ni aku dan rakanku (rakanku drive) lalui iaitu HOOD (atau lebih orang kenal sebagai bonet hadapan) tetiba terangkat lalu menghentam cermin hadapan..pehh memang serious beb, tetiba jadi gelap tak nampak apa

terkejut tu takyah cerita la, macam nak pecah jantung..tetiba bunyi boomm (cermin kena hentam)..nak kata panic tu ada la sikit tapi kitaorang tak gelabah kah3..aku terus tengok cermin sisi (tengok kalau2 ada kereta laju dari arah belakang) pastu tengok depan celah2 ruang cermin tak dihalang pandangan bagi guide dekat rakanku susur kekiri..berhenti je, keluar tengok depan.pehh, tenganga luas weh ruang enjin..masa tu memang aku nak tergelak..dah macam mulut badak air masa tengah menguap je aku tengok..kah3..lepas dapat tutup balik, rakanku bawa 60km/h sepanjang perjalanan..wakaka


kemek2 hood kereta hentam cermin

di pagi hari selepas kejadian di malam hari

dalam bulatan merah tu cermin dari hujung sampai hujung retak

akibat hentaman kuat hood kereta..dengan2 wiper kiri bengkok..haha

ni pula aku bawa masa nak cari halfcut hood

haaa..dalam bulatan tu lah satu2nya ruang yang dapat dilihat masa hood dah melekat dekat cermin..memang seksa tul nak tengok ruang kecik2 ni..dah macam nak mengintai anak dara mandi je masa tu..wakakaka

* setelah aku fikir dari kejadian:
- kebarangkalian rakanku tertarik hood kereta semasa mencari wallet aku adalah tinggi
- akibat bounce dari jalan yang tidak teratur..hood terlepas dari hook lalu terangkat dan menyebabkan angin menolak hood dan menghentam cermin

** aku dan rakanku bernasib baik kerana cermin tidak pecah berderai, mungkin cermin dual layer menyelamatkan aku?

*** oleh tu aku nk menasihat diriku dan kawan2, pastikan hood kereta tertutup dengan kemas sebab aku tak rasa angin yang buat hood terangkat..tapi sebab bounce

**** last sekali pakailah cermin dual layer..kah3

pesanan ringkas: mati la aku..dah la kereta ni kereta company..mana nak cekau duit repair barang ni..haha..syukur kepadaNYA sebab tak jadi apa2 malam tu..alhamdulillah

wrote by Rafidinho

Monday, July 4, 2011

apa perlu buat jika.......

Salam

apa perlu buat jika sakit perut nak berak? haha..(iklan)

Apa itu keputusan? Keputusan atau dalam English education is decision ialah satu kata muktamad/kesimpulan yang telah dibuat melalui persetujuan bersama atau diri sendiri..untuk mendapatkan suatu keputusan yang baik itu kadang-kala memerlukan masa yang agak panjang..jadi untuk membuat/mencapai keputusan bukanlah semudah mengorek hidung dengan lagak macho/ayu tetapi banyak perkara perlu difikirkan/dititikberatkan.. yela korang mesti fikir 10kali kan kalau nak korek hidung depan awek/pakwe korang walaupun korang tahu betapa nikmatnya selepas korek hidung itu sambil menggentel2 tahi hidung, pehhh nyaman..haha


Ada juga keputusan itu tak memerlukan masa yang lama untuk difikirkan contoh korang sakit perut nak berak..haa confirm secara sedar atau tidak korang akan berkeputusan untuk pergi ke toilet, tak kan la pula nak tangguh2 esok, benda yang baik perlu disegerakan ye tak..huh, pekejadah nya aku cakap pasal berak ni kan, euwww..(rasa nak terberak pun ada juga ni) hahaha..sebenarnya aku nak cakap, bagi aku, keputusan secara singkat ni selalunya melalui pengalaman dan juga pengetahuan la (maksudnya keputusan kritikal)..contoh macam seorang pengadil bola sepak menghadiahkan sepakan penalti (sebanyak 3 kali haha).. secara teoritikal pengadil akan memberi penalti kalau ada sentuhan badan yang mengakibatkan kejatuhan badan didalam kotak penalti..see, Nampak macam senang je kan nak buat keputusan macam tu, hakikatnya agak susah sebab secara teknikal nya sentuhan badan yang macam mana boleh diberikan penalti, adakah jenis B2B? ..jadi diorang ni akan berfikir mengikut pengalaman diselitkan dengan pengetahuan yang diorang ada, kalau jatuh macam ni perlu tak bagi penalti, kalau macam tu perlu ke tak..semua ini perlu diputuskan dalam masa yang singkat..memang susah woo..aku pernah jadi pengadil, dengan pengetahuan kurang plus pengalaman tiada, main belasah je aku tiup wisel..pemain tumbang ke, tergolek guling2 ke, mati atas padang ke, kalau aku rasa nak tiup aku tiup..syok woo main tiup2 wisel


Ok, kita lupakan keputusan pengadil..masuk bab membuat keputusan yang membabitkan semua pihak, korang pula yang berkuasa membuat keputusan dengan masa yang diberikan terhad..haa, yang ini paling mencabar..dari A sampai Z kena fikir..baru2 ini, aku menghadapi situasi macam ini..tapi bukan aku yang buat keputusan hehe, aku terkena tempias dari orang yang buat keputusan..lama betul aku tunggu klien aku bagi keputusan..dari pukul 12tgh/hari-11mlm untuk jawapan “accept or reject” sahaja..dah la klien aku tu yang datang bukan seorang tapi macam2 bos ada..bos tu la, bos ni la, walaupun bos besar ada juga tapi berjam2 juga nak buat keputusan


Sebenarnya aku tak ada la kisah mana pun jawapan klien aku tu, sebab tugas aku berjalan selepas keputusan dibuat tapi kalau jawapan itu reject kerja banyak sikit lah, huhu..klien aku ni kena beri keputusan hari itu juga, tak boleh tangguh2..disebabkan jawapan pun nak dapat berjam2, maka terasa bangang lah aku dan lain2 tunggu dekat site..haha..kalau dilihat dari sudut atas kanan skrin computer/laptop korang (cuba tengok sekarang), alah macam bangang pun ada, untuk jawapan terima atau tolak pun ambil masa sedemikian lama, tak berbaloi lansung kan, buang masa sahaja..padahal dorang ni macam2 fikir, kalau accept ni apa kesannya untuk jangka panjang, kalau reject kena buat sekali lagi, disitu dah buang kos, masa lagi, macam2 lah..untuk accept tau reject ni juga aku tengok dah berapa kali dah mesyuarat dan macam2 jawapan/idea keluar..bos sana call bos sini, bos situ call bos sinun lah, kelam kabut aku tengok dorang..haha..at last, the answer is rejected, that time I’m thinking to kill’em all because waste my time just like that..ganas tak ganas tak? Haha..payahkan jadi bos? Huhu..dalam situasi macam ini mesyuarat memainkan peranan penting walaupun kita berhak untuk keputusan itu, nak tahu kenapa penting? Sebab kalau ada mesyuarat adalah makan2..wakaka


lain pula kalau membuat keputusan untuk masa hadapan macam kita nak kahwin, mesti kita akan fikir, bersediakah aku kahwin dengan si dia, betul ke dengan pilihan aku ini..sama juga korang di tawarkan masuk kolej atau kerja..mesti fikir, adakah kalau aku pilih ini masa hadapan aku ok ke? Boleh ke aku survive? kalau tak seminggu, 2 minggu, 3minggu, sebulan, 2bulan, senang cerita memang lama lah kita fikir..sambil2 fikir sambil2 tu kita akan tanya pendapat orang ramai kan..dan sambil2 tu juga kita minta pertolongan dari ALLAH dengan beristikharah kerana ALLAH lebih tahu apa yang lebih baik dari kita..berusaha diiringi dengan doa, insyaallah apa jua keputusan yang kita buat itu adalah baik..huhu


sememangnya membuat keputusan ni sebenarnya berat, tambah2 lagi korang bertanggungjawab keatas keputusan itu dan keputusan itu membabitkan banyak pihak..oleh itu aku berkeputusan nak pergi berak sekarang selepas tahan sebentar menaip entri ini..haha


pesanan ringkas: tahukah anda, satu kajian di eropah mendapati, sejumlah 33000kg karbon dioksida, CO2 telah dibebaskan oleh 1 pesawat boeing 747 untuk perjalanannya sejauh 530km

wrote by Rafidinho