Monday, July 4, 2011

apa perlu buat jika.......

Salam

apa perlu buat jika sakit perut nak berak? haha..(iklan)

Apa itu keputusan? Keputusan atau dalam English education is decision ialah satu kata muktamad/kesimpulan yang telah dibuat melalui persetujuan bersama atau diri sendiri..untuk mendapatkan suatu keputusan yang baik itu kadang-kala memerlukan masa yang agak panjang..jadi untuk membuat/mencapai keputusan bukanlah semudah mengorek hidung dengan lagak macho/ayu tetapi banyak perkara perlu difikirkan/dititikberatkan.. yela korang mesti fikir 10kali kan kalau nak korek hidung depan awek/pakwe korang walaupun korang tahu betapa nikmatnya selepas korek hidung itu sambil menggentel2 tahi hidung, pehhh nyaman..haha


Ada juga keputusan itu tak memerlukan masa yang lama untuk difikirkan contoh korang sakit perut nak berak..haa confirm secara sedar atau tidak korang akan berkeputusan untuk pergi ke toilet, tak kan la pula nak tangguh2 esok, benda yang baik perlu disegerakan ye tak..huh, pekejadah nya aku cakap pasal berak ni kan, euwww..(rasa nak terberak pun ada juga ni) hahaha..sebenarnya aku nak cakap, bagi aku, keputusan secara singkat ni selalunya melalui pengalaman dan juga pengetahuan la (maksudnya keputusan kritikal)..contoh macam seorang pengadil bola sepak menghadiahkan sepakan penalti (sebanyak 3 kali haha).. secara teoritikal pengadil akan memberi penalti kalau ada sentuhan badan yang mengakibatkan kejatuhan badan didalam kotak penalti..see, Nampak macam senang je kan nak buat keputusan macam tu, hakikatnya agak susah sebab secara teknikal nya sentuhan badan yang macam mana boleh diberikan penalti, adakah jenis B2B? ..jadi diorang ni akan berfikir mengikut pengalaman diselitkan dengan pengetahuan yang diorang ada, kalau jatuh macam ni perlu tak bagi penalti, kalau macam tu perlu ke tak..semua ini perlu diputuskan dalam masa yang singkat..memang susah woo..aku pernah jadi pengadil, dengan pengetahuan kurang plus pengalaman tiada, main belasah je aku tiup wisel..pemain tumbang ke, tergolek guling2 ke, mati atas padang ke, kalau aku rasa nak tiup aku tiup..syok woo main tiup2 wisel


Ok, kita lupakan keputusan pengadil..masuk bab membuat keputusan yang membabitkan semua pihak, korang pula yang berkuasa membuat keputusan dengan masa yang diberikan terhad..haa, yang ini paling mencabar..dari A sampai Z kena fikir..baru2 ini, aku menghadapi situasi macam ini..tapi bukan aku yang buat keputusan hehe, aku terkena tempias dari orang yang buat keputusan..lama betul aku tunggu klien aku bagi keputusan..dari pukul 12tgh/hari-11mlm untuk jawapan “accept or reject” sahaja..dah la klien aku tu yang datang bukan seorang tapi macam2 bos ada..bos tu la, bos ni la, walaupun bos besar ada juga tapi berjam2 juga nak buat keputusan


Sebenarnya aku tak ada la kisah mana pun jawapan klien aku tu, sebab tugas aku berjalan selepas keputusan dibuat tapi kalau jawapan itu reject kerja banyak sikit lah, huhu..klien aku ni kena beri keputusan hari itu juga, tak boleh tangguh2..disebabkan jawapan pun nak dapat berjam2, maka terasa bangang lah aku dan lain2 tunggu dekat site..haha..kalau dilihat dari sudut atas kanan skrin computer/laptop korang (cuba tengok sekarang), alah macam bangang pun ada, untuk jawapan terima atau tolak pun ambil masa sedemikian lama, tak berbaloi lansung kan, buang masa sahaja..padahal dorang ni macam2 fikir, kalau accept ni apa kesannya untuk jangka panjang, kalau reject kena buat sekali lagi, disitu dah buang kos, masa lagi, macam2 lah..untuk accept tau reject ni juga aku tengok dah berapa kali dah mesyuarat dan macam2 jawapan/idea keluar..bos sana call bos sini, bos situ call bos sinun lah, kelam kabut aku tengok dorang..haha..at last, the answer is rejected, that time I’m thinking to kill’em all because waste my time just like that..ganas tak ganas tak? Haha..payahkan jadi bos? Huhu..dalam situasi macam ini mesyuarat memainkan peranan penting walaupun kita berhak untuk keputusan itu, nak tahu kenapa penting? Sebab kalau ada mesyuarat adalah makan2..wakaka


lain pula kalau membuat keputusan untuk masa hadapan macam kita nak kahwin, mesti kita akan fikir, bersediakah aku kahwin dengan si dia, betul ke dengan pilihan aku ini..sama juga korang di tawarkan masuk kolej atau kerja..mesti fikir, adakah kalau aku pilih ini masa hadapan aku ok ke? Boleh ke aku survive? kalau tak seminggu, 2 minggu, 3minggu, sebulan, 2bulan, senang cerita memang lama lah kita fikir..sambil2 fikir sambil2 tu kita akan tanya pendapat orang ramai kan..dan sambil2 tu juga kita minta pertolongan dari ALLAH dengan beristikharah kerana ALLAH lebih tahu apa yang lebih baik dari kita..berusaha diiringi dengan doa, insyaallah apa jua keputusan yang kita buat itu adalah baik..huhu


sememangnya membuat keputusan ni sebenarnya berat, tambah2 lagi korang bertanggungjawab keatas keputusan itu dan keputusan itu membabitkan banyak pihak..oleh itu aku berkeputusan nak pergi berak sekarang selepas tahan sebentar menaip entri ini..haha


pesanan ringkas: tahukah anda, satu kajian di eropah mendapati, sejumlah 33000kg karbon dioksida, CO2 telah dibebaskan oleh 1 pesawat boeing 747 untuk perjalanannya sejauh 530km

wrote by Rafidinho

6 comments:

dylli said...

mesti lama gila tahan berak.
panjang kot entri ni!
HAHAHAHAHA.. :P

a little less conversation said...

nak kata lama tu boleh la..tapi kesabaran tu penting dalam menulis blog walaupun di saat genting..kahkahkah

Bella Bell said...

hahhaha.. boleh pulak tahan nak berak ea.. heheh!!~


bukan senang nak buat keputusan yang betul.. nak2 keputusan untuk berkahwin.. hahaha!!~



^^

SofieyAzwa said...

terer laa dia tahan berak! Hasil dari menahan berak dapat entry panjang camnie. Nice

Eyra. said...

Bila rasa nak berak, kita update blog dulu.

biLa aKu muLa mEmbEbeL.. said...

wuishhh!~ bukan main panjang lagi entry dia ni..
anyway, yang hujung tu yg suka..
membuat keputusan..
buat keputusan biarlah rujuk mana yang patut dulu, melulu nanti derita.. =)

p/s : i'm bit panic time buat keputusan. aaaa~