Monday, June 20, 2011

pailang sekolah guna bahasa baku

salam

sebelum nak cerita biar aku cakap sikit..aku baru je tengok filem KL GANGSTER..nampak sangat aku ketinggalan zaman kan..orang lain semua dah tengok siap 3 4 kali tengok, aku baru saje nak tengok tu pun disebabkan aku kebosanan di malam ahad..haha

keseluruhan cerita ni ok la bagi aku..kebanyakan scene fighting zoom dari dekat, tu yang effect nya macam menarik..tapi yang aku rasa bagus nya filem ni, taiko pun guna kan BAHASA BAKU..pailang cina ke, india ke, ada diselitkan bahasa baku walaupun cakap rojak..hahaha..bagus gak shamsul ni..ngeh3..ok dah tak tahu nak cerita apa lagi..esok2 je lah update hehe..

*bagi aku, antara filem action yang best (scene fighting la), bangkok knockout (BKO) ok..koriografi memang cun, zoom pun jauh, nampak lagi menarik..tapi kebanyakan BKO ni 1 by1..huhu

ok bye..salam


pesanan ringkas: tahukah anda setiap tahun bulan menjauhi bumi sebanyak 3.8cm? (betulkan info ni kalau salah =])

wrote by Rafidinho

Saturday, June 11, 2011

negara semakin maju bahagian 2

minggu lepas,

aku: huh? buat menda tu ma?

mak aku: niii? (sambil tunjuk2), owh tengah update jadual tentatif bos2

aku: oo ye ke..kira sekarang dah takde tulis atas paper la eh

mak aku: sekarang zaman moden la..kena ikut arus teknologi..mama tengah edit notes, lepas tu synchronize dekat dalam blackberry semua orang

aku: huh??..................(idling 5minit)..haa tengah apa tadi? ce citer sikit?

mak aku: ni guna ipad notes update jadual bos lepas tu bos2 tau la dalam sekelip mata apa yang di ubah

aku: (blurrrrrrr..) (dalam hati, apakah? merepek apa pulak ni?)..ooo, macam tu ke, cana ianya berfungsi (tak tahu senanye tapi pura2 tau then tanya)

mak aku: senang je tu..dia cani, pastu camtu..bla..bla..bla..bla..contoh, bla bla bla..faham tak?

aku: ...................................krohhh3 (hahaha..ni tipu)
aku: faham2 T_T wow!! canggih2..eh jap, sapa punya ipad ni?

mak aku: bos mama


ni kot aplikasi yang mak aku pakai dalam ipad tu (yang aku bulatkan)

dan yang ni aplikasi untuk blackberry (yang aku bulatkan)

baru ku tahu mak aku dah lagi advance dari aku..sentap hati aku bila merasakan gajet2 ni bukanlah untuk golongan muda sahaja..opah2 pun tahu weh..silap2 hari bulan blog pun ada ni mak aku..hahaha

bak kata hot.fm negara semakin maju tapi aku? hehe

pesanan ringkas: ni nak bagi tahu apa caption wordless wednesday aku dibawah ni..KORANG TAK PERASAN KE DARI GAMBAR NI KITA BOLEH NAMPAK BUMI NI SFERA? lepas tu KORANG NAMPAK TAK, ADA ORANG TENGAH MAIN BUNGEE JUMPING?

wrote by Rafidinho

Wednesday, June 8, 2011

wordless wednesday : the curve


pesanan ringkas: orang post wordless wednesday aku pun terasa nak post juga

wrote by Rafidinho

Sunday, June 5, 2011

negara semakin maju bahagian 1

salam 1 malaysia,

hari tu lepak dengan kawan aku dekat cawangan bangi kopitiam, memandangkan banyak kedai makan dekat kawasan tu, jadi confirm2 lah parking kereta penuh..

aku: eh depan kopitiam ni kosong, (sambil menunding jari ke arah parking kosong)

kawan aku: eh ada 'logo' la

aku: alamak ada 'logo' la pulak..parking jauh la macam ni, jalan kaki sket

kawan aku: jalan pun jalan la..hahaha

maka kita orang pun parking jauh, keluar kan la peluh sedikit di kaki menapak sampai kopitiam..lepak bahagian luar, depan parking yang kosong tu..5 minit kemudian, zassssss 1 kereta parking dekat tempat kosong tu, lepak juga dekat kopitiam tu..dalam hati aku "what the....., ko tak nampak ke logo tu"..haa logo apa? tengok gambar ni





tu logo untuk kereta mercedes ke?

adoyai, kau tak nampak ke logo tu, kecil sangat ke logo tu, tak tau ke apa makna logo tu atau kau tak pernah lagi tengok logo apa tu? tahu lah kereta mahal, pakai pun smart, gaya lagak orang berduit, muka pula stok ada english education tapi.....tu kan parking untuk orang khas..jangan ingat orang2 khas ni tak lepak kopitiam malam2..mana lah tahu kan..dah la parking pun ikut suka tak berapa nak masuk kotak, asal boleh je kau kan

ini lagi satu situasi dimana...

kereta depan aku ni buang air tin campak keluar tingkap macam tu je..adeh..kau ni pun agak2 lah nak buang sampah, tengok tempat la sediket der..apa lah salahnya kau simpan dulu dalam kereta kau, lepas tu nampak tong sampah ko campak la dekat situ seberapa banyak pun kau nak..macam aku, biasa buang dulu dalam kereta, biar nampak semak sedikit..hahaha (pada hakikatnya tingkap tak boleh nak turun sebab tu tak bolah nak buang keluar..hehe)...tapi duit tak nak pula kau campak keluar kn..lain kali kau nak buang sampah keluar, campak sekali tip(duit), tulis sedikit note "tolong buangkan sampah saya ye..ni ada tip sikit", sejuk sedikit orang bersihkan jalan tu..haha

kenapa mentaliti kita selalu ambil jalan mudah eh..asal lepas untuk diri kita sudah, orang lain peduli hape, masalah kau orang malas nak fikir, lantak kau orang lah, yang penting diri kita ada 'maruah diri' ye tak..hahahahahaha

bak kata hot.fm "negara semakin maju, tapi mentaliti kita?"

pesanan ringkas: kadang2 aku pun ambil jalan mudah..cer tengok perbualan aku dan kawan aku tu..kalau aku seorang, apa yang terjadi? haha

wrote by Rafidinho