Sunday, September 25, 2011

rumah terbuka memang untung, tapi tingkap tebuka...

salam syawal..

untuk akhir2 syawal ni mesti ramai kan yang buat rumah terbuka..semalam saje ada 4 rumah terbuka di kawasan kejiranan aku..pergi sana sikit, sini sikit, kenyang 1 minggu ye tak..haha..ok2, sebenarnya bukan lah rumah siapa yang terbuka aku nak cerita ini..cuma nak cerita sikit pasal benda ini, dah lama rasanya tak post pasal benda2 macam ini..huhu

korang tahu tak apa itu Drag Reduction System atau melayu nya Sistem Pengurangan Seretan (eh ye ke melayu nya macam ini..haha)..sistem ini digunakan dalam perlumbaan formula satu..sistem nya agak mudah dimana sayap belakang memainkan peranan..FIA buat sistem ini untuk memudahkan pemandu memintas kereta hadapan..sekaligus dapat menyeronokkan para penonton dan membuatkan perasaan teruja tu timbul (aku rasa aku sorang saje kot yang teruja..haha)

cara sistem ini berfungsi adalah bila sistem ini diaktifkan sayap belakang akan naik/terangkat dalam 50mm dari keadaan normal, maka daya tujah kebawah akan dikurangkan sekaligus mengurangkan daya seretan..senang cerita rintangan angin kurang la..contoh macam korang buka tingkap rumah luas2, kan laju je angin masuk ye tak..haa boleh bayang tak, boleh bayang tak cane? hahaha

ni keadaan normal angin sikit terhalang, yang atas tu belum naik lagi..contoh korang tak buka tingkap lagi


yang ni pula bila sistem tu diaktifkan (yang belah atas tadi dinaikkan)..contoh korang buka tingkap..haa kan nampak cantik je flow angin tu

-sekadar gambar hiasan cewahh-

ok sekarang nak cerita pula macam mana pemandu2 formula satu ni nak aktifkan masa hari perlumbaan..haa macam biasa la, register dulu akaun pesbuk, baru la kira aktif ye tak..haha..sistem ini tak boleh sewenang2 pemandu aktifkan, ada certain point and time their system will activated/armed..sistem ini hanya terhad untuk kereta dibelakang, depan tak boleh (kalau yang depan nak aktifkan, kena la bagi potong dulu baru boleh merasa sistem ini)..kereta belakang pun kalau perbezaan masa dengan kereta hadapan 1 saat atau kurang baru la akan diaktifkan..lepas tu nak guna pun masa jalan lurus..kalau masa selekoh ke laut la kot jawabnya dorang..haha

yang bagi permission sistem dah aktif ke belum FIA saje yang tentukan..dah macam cerita dead race pula..lalu bawah arm baru senjata diaktifkan..huhu

untuk kereta2 biasa atas jalan ini pun dah ada sistem lebih kurang macam ini..contoh macam bugati veyron..laju sikit, nanti sayap belakang/spoiler akan terangkat sendiri untuk lebih stabil..bila brek mengejut, spoiler automatik terpusing untuk halang angin

kenapa kereta malaysia tak buat sistem ini lagi eh? haha..aku ingat nak modified kereta aku kalau nak potong terus jadi lambrogini, kalau nak ambil selekoh jadi evo, kalau keadaan jam tuka jadi viva..huh? dah macam transformers la pula..wakaka

erkk..tapi pejadah tajuk entri aku tu eh..ahh biar la..malas nak tukar

pesanan ringkas: tahukah anda boeing 747 akan membebaskan sejumlah 33 ton CO2 untuk perjalanan jarak 530km

wrote by Rafidinho

14 comments:

Bella Bell said...

gua... gua.. gua... tak tau apa2 pasal kereta.. hahahha...


lu minat ea pasal kereta ni? bagos2... :)



^^

a little less conversation said...

bella:
lu tak tau pape psl kete lu duk tepi senyap2..komen ni utk sape2 yg kaki kereta je..hahaha

p/s: gua tak minat kereta mahupun F1..tp gua tertarik dgn teknologinye..huhu

~Nana 귀여운~ said...

wa minat lambhorgini..err kalau taip salah sory..hahah :P

wa tak minat keta F1 :P

Bella Bell said...

ok la.. gua tak komen dah.. gua tak komen dah.. gua tak komen dah... hahahaha..


ok fine! gua tengah menulis komen skrg ni..

oranglidi said...

aku baca apa pun xpaham. haaha.

tengok gamba je warna warni. sronok.
macam prinsip bernouli ke ni?

a little less conversation said...

nana:
wa x minat lambrogini..kereta x power mne..tp klau diberi percuma wa sapu gak..haha



bella:
kah kah kah..klaka la lu ni..wa tergelak2 bce komen lu yg lu tgh "menulis"..bkn ke "menaip" haha

a little less conversation said...

oranglidi:
ak bce blk pn penulisan ak sndri pn kadang2 pening..haha

yup..ade kaitan gak la ngn Bernoulli principle..byk aplikasi engineering nye ak pn xtau sgt..huhu

♥tiehanurfatiha♥◕ ‿‿ ◕♥ said...

fine sy blurr! ahaha! =.='

FH said...

apakah semua ini? kahaha XD

Nazz@Purple said...

seretan?formula satu?..sejenis biskut ke??? heheheheh...nazz tak tau pape pasal keta nak laju2 ni..

**::CIKNUURUL::** said...

siyes xtauuu,.huhu,..keta pon tarak,.haha

a little less conversation said...

tieha:
sy pn blurr gak ni..haha


fh:
sume ni adalah rekaan semata2 tiada kne mngena antara hidup dan mati..wakaka

a little less conversation said...

nazz:
bkn sejenis dah ni..berjenis2 kuih


ciknuurul:
sy plak, tayar kereta pn tarak

Nur Haryani Zabaruddin said...

tuka jam jadi viva? haha classs sgt.