Sunday, July 22, 2012

selamat berpuasa

salam,

apa khabar geng..fuh!! lama juga ye tak masuk belog

psst3, korang..apa kes terbaru? ada gosip baru ke? gua lama dah ni tak berkunjung ke dunia belog ni..pura2 busy la katakan..puiii..haa apa cerita korang? sehat? mai la habaq ke cik ni..takkan taknak story mory ke gua..kah3 

sebenarnya dulu gua ada nak kongsi sikit dengan korang pasal 1 artikal majalah gua baca..haa, agak2 korang majalah apa yang gua baca?
.
..
...
....
.....
......

haa..dah confirm2 lah majalah retis ni u ollss..


u olls jangan ingat gua tak tau gosip2 retis ni..gua sentiasa up-to-date tau pasal retis2 ni..u olls cakap je retis mana? gua tau semua..baru2 ni, neelofa ada datang merisik gua..pehh u olls, kemain excited gua sampai kena lempang dengan mak gua kejut nak suruh bangun sahur..hahahaha

puiii..gosip artis la sangat ye tak..gua tak layan beb..hehe

ok, pasal artikal tu gua nak cerita tapi majalah tu tah hilang kemana gua tak tau..nama majalah tu, Knowledge versi asia keluaran 2 bulan lepas tak silap gua..ada satu artikal ni membuatkan gua tertarik..artikal berkenaan, nama artikal pun dah lupa tapi lebih kurang ceni la


Giving a very small amount of current (electric) to our brain resulting a better performance??


haa lebih kurang ceni la kot..huhu..dalam artikal ni, satu kajian (diluar negara) dimana kalau otak kita ni diberi sedikit renjatan elektrik (arus positif), keberangsangan otak kita ni akan lebih cepat, sel2 otak akan menjadi semakin aktif..maknanye kita akan berfikir secara lebih kreatif, kritis dan minda akan cerdas la

jumlah arus yang diberi adalah dalam kuantiti yang memang2 kecil..mungkin mikro amp cenggitu lah..kalau kuantiti yang diberikan terlebih akan mendatangkan kemudaratan..dalam artikal tu, dorang ni (para pengkaji) pun dah buat demo cakap keputusan yang dapat adalah positif (kira kajian dorang berjaya lah kot), dan dorang pun ada nak buat kajian untuk para pelajar

tzzzz..tzzzz..tzzzz (bagi renjatan sikit kat otak dipagi hari exam)

zass..zass..zass (jawab exam tak sampai sengah jam)

pup..pup..result exam..pehh, anugerah dekan u olls

hahaha

bila gua baca artikal ni, terfikir gak la, apa ke bangang lah saintis luar negara ni (gua assume saintis kapir)..memang otak kita ni mempunyai cas2 ion, ada lah sikit elektrik nya, jadi dengan memberi sikit impak akan nampak kesannya..tapi ada kot cara nak tingkatkan kecerdasan otak yang tak perlu dipaksa mengikut kaedah lain (islam)..contoh macam makan makanan manis (kurma, kismis), banyakkan mambaca dan memperdengarkan ayat2 suci al-quran, berzikir dan sebagainya..betul tak?

nanti kalau terlebih karen bagi macam mana? kalau dah selalu sangat bagi pula macam mana?..tzzz..tzzzz..tzzzzzz..tak ke mampus keras nanti..daripada bunyi karen tzz 2x..jadi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...hahahaha



pesanan ringkas: gua sudah berhijrah..sekian =]

wrote by Rafidinho

Thursday, June 28, 2012

siaran tergendala I

assalamualaikum dan salam sejahtera

bertemu lagi kita dalam rancaangaannnn...."masuk tandas melepaskan apa?" ye bertemu lagi kita lagi, dimana setiap minggu kita akan ada topik baru, topik pada minggu ini adalah "kemana perginya hantaran2 yang kita lepaskan itu?" haaa, mesti semua teruja dan tidak sabar mahu tahu apa jawapannya kan..mungkin ada yang sudah tahu, pura2 tahu, yang tidak tahu pun mungkin..haaa..teruja tak, teruja tak..puiii, jangan pura2 tak teruja la ye nye pun adui..den sungkit lobang edong sorang2 yang mana tak teruja tu



-sekian dan wabillahitaufikwassalamuailkum-




buzzzzzzzz....
tezzzzzzz...



tett tett..




harap maaf...siaran tergendala


buzzz..buzzz..buzzz (bunyi karen)

ok..bersambung

pesanan ringkas: puiiiiiiiiiiiii...wadepak spain menang!!! arghhh tekanang ambe

wrote by Rafidinho

Wednesday, June 6, 2012

pertama dan terakhir

salam

wassup saing..apa kabor ter? kali ni ambe nak kabo dalang bahasa ganu ter..maklung lah, baru balik dari ganu..mood ganu tu masih ade lagi..korang guane, bereh ke ambe kabo dalang bahasa ganu..haha

pertama dan terakhir..apa ni? maksudnya nikah lah..kira nikah sekali (kali pertama dan terakhir)..jadi maknanye aku akan nikah sekali je lah..tak ada 2 3 atau 4 kali dah..ke macam mana geng lelaki? mana cukup sekali ye tak..dok rok chetong gitu..wakaka

habis mukadimah

sebenarnya nak beritahu, kali pertama dan terakhir kot aku akan buat kerja gila macam minggu lepas..nak tahu apa yang aku rasa bajet gila lah sangat tu..jom2 hehe

jb-->kota tinggi-->mersing-->rompin-->pekan-->kuantan-->kemaman

jarak perjalanan : lebih kurang 385km
masa perjalanan : antara pukul 11 malam ke 4 pagi
keadaan jalan : beralun, lopak2 sikit, berliku sikit
keadaan sekeliling : hutan kiri kanan, kawasan kampung2 sikit, bandar dan sikit berkabus
kenderaan lalu lalang : setakat sehala perjalanan tu, ada lah kot 20 - 25 buah kenderaan rasanya

hurm, semua diatas tu aku lalui sorang2..memandu kereta sorang2..pergi dan balik pun sorang2..bila fikir balik, macam mana lah aku boleh buat benda ni sorang2..adoyai..dan aku rasa itulah kali pertama dan kali terakhir aku akan memandu kereta sorang2 melalui jalan dan keadaan seperti diatas..memang rasa horror, scary semua adalah..keh3

mana taknya..cuba korang bayangkan jika

1) tiba2 kereta rosak tengah jalan kiri kanan hutan--apa maknanya tu?
2) tiba2 nampak kelibat orang (sorang2) tahan kereta kita--apa maknanya tu?
3) masa memandu korang rasa mengantuk, pandu pun terhuyung hayang--apa maknanya tu?
4) jalan kiri kanan hutan, korang rasa nak terkencing--apa maknanya tu?
5) keadaan hujan lebat @ kabus tebal sampai pemandangan jalan tak jelas--apa maknanya tu?

keadaan seperti diatas memang aku tak fikirkan lansung sepanjang perjalanan..cuak weh..hahaha..apa dalam fikiran aku adalah, selamat sampai dan kereta tak rosak..tu je..huhu..tapi ada kot dalam 3 kali rasanya..lori bagi high beam kelip2 dekat aku masa jalan lurus, kereta belakang aku takda masa tu..pehhh..scary la siot..tetiba terfikir apahal lori tu bagi high beam, ada apa2 yang tak kena ke? memang tak pandang dah cermin pandang belakang ke, sisi ke..fokus kat depan je..hahahaha

sepanjang perjalan aku maintain 110-120km/h, dekat selekoh 90-100km/h..hehe..tapi yang buat berderau darah masa jalan berkabus..tak jelas pandangan hadapan (kalau high beam memang tak nampak apa), aku cuma berpandukan garisan putih tengah tu je..ada sampai part nak amik selekoh, tau2 dah termasuk line kenderaan bertentangan lah pula..hahaha

apa2 pun..aku bersyukur kepada ALLAH, semuanya selamat..huhu =]


pesanan ringkas: tv rosak, euro dah nak start ni..arghh, grrrrr

wrote by Rafidinho

Friday, May 4, 2012

aktiviti kemasyarakatan itu penting (episod 1)

salam

halo kawan2..korang ada kereta sendiri tak? tau pun, pernah beli kereta tak? korang rasa puas hati tak dengan pembelian tu? macam mana korang membuat keputusan dalam membeli kereta eh? apa yang membuatkan korang memilih membeli kereta sekarang? dari segi spesifikasinya kah? dari segi harganya kah? atau reka bentuk? atau sebab orang2 lain cakap kereta tu bagus? atau sales person yang paksa korang beli? (haha) ke sebab korang memang memerlukan, tak kira lah apa jenis kereta mahupun prestasi kereta tu macam mana

hari tu, mama aku call cakap

"mama dah letih lah drive manual ni, bla..bla..bla..jem pagi2, bla..bla..bla, sakit kaki, bla..bla..bla, kereta pun dah kurang best, bla..bla..bla, pergi cari kereta kecik auto untuk mama"

"baikkkk"


jadi tanpa banyak fikir sangat..aku mesej kawan aku


"oittt dude, pe xtvt lu hujung minggu ni, wa ada xtvt kemasyarakatan ni, ngeteh kt showroom kereta nak?"

"ok..xtvt diluluskan..roger je"


jadi, xtvt kemasyarakatan kami pun berjalan seperti dirancang..bermula jam 1100hrs..bergerak menuju kereta berjenama hyundai..belek2 kereta sana, kereta situ..aku nak usha hyundai i10 je pun..sekali tak ada, ada pun orang punya..belek catalog, tengok harga, spec semua..ok..mahal!! bagi aku tak berbaloi..skip!! haha

then, menusup ke kereta tempatan iaitu perodua..bla, bla, bla (borak dengan salesman), elok je dia promote aku myvi 1.5 se, direct je kawan aku pangkah

"dapat feedback, ramai cakap 1.5 ni kuat makan minyak, wa punya abang pun complaint gak"

pung pang, pung pang..salesman tu cuba menafikan, siap explain bagai spec semua..myvi baru ni guna timing chain lah, pick up power lah, abs lah, ada gps lah, bla bla bla (blurp3..berbuih2 mulut salesman tu cerita dengan kami..haha)..kawan aku pangkah sekali lagi

"eh fi, cite banyak pun tak guna gak..ko test drive!!"

"eh boleh ke?" aku yang terkebil2 tak tahu menahu..haha

"mau ka? bagi ic, lesen, kita pergi test drive..kereta ada tu"

zassss..tanpa melengahkan masa, IC dan lesen dikeluarkan..kunci kereta dapat dengan pantas, berdesup aku test power myvi 1.5 baru..hahaha..first time test drive kan, jadi takut2 tu pun ada gak, maklum lah, kena aku terhancurkan kereta tu, tak ke naya tak pasal2 aku kena beli ye tak..keh3..tapi takot2 pun, aku bedal tekan pedal minyak nak tengok pergi ke tak pergi myvi tu, siap buat donut lagi..wakakaka..tapi sayang, orang perodua bagi test drive route/track tak berapa nak racing lah..jadi tak berapa nak puas hati lah dan terbantut lah sikit niat nak lanyak sampai hancur..opsss

jadi dirumuskan, bagi aku boleh lah myvi 1.5 ni..dalam pun, nak kata luas tu, hurm boleh kata sidikit selesa lah..huhu..prestasi enjin aku tak boleh cakap banyak sangat sebab test pun kejap je kan..tapi bagi aku ok..turning/corner radius nya memang bagus..suspensi pun boleh..huhu

selesai je dekat perodua, terus hembus tempat lain dengan niat dapat test drive kereta lain..wakaka..pusing2, lalu depan mazda

"woi2, lu patah balik masuk mazda..lu patut test drive mazda 2 fi..orang cakap terbaik"

"baik bos"

masuk dalam mazda showroom, usha sikit mazda 2 yang digembar gemburkan kawan aku tu sambil2 minta test drive hehe..dalam lebih kurang macam myvi 1.5 je aku tengok tapi kecil sikit ruangnya..reka bentuk dalaman lagi up lah dari myvi, spesifikasi enjin sama dengan myvi 1.5L..dari segi prestasi pick up aku lebih kepada myvi 1.5, mazda 2 ni response enjin bila tekan minyak tu agak lambat, mungkin torque atau daya kilas rendah sikit kot (ye ke, jap pergi belek spec..haha)..tapi penukaran gear lagi smooth berbanding myvi walaupun dua2 pakai normal gearbox..huhu

tapi ye lah kan, mazda kurang demand dekat malaysia ni, jadi dari segi spare part aku tak tahu senang ke tak nak dapat, apa yang penting kalau korang beli mazda sekarang, dorang offer 3 tahun atau 60000km servis percuma (kos upah dan barang sekali)..agak wow lah gak sebab long term 3 tahun tu kira tak payah keluar kos lah untuk servis..hanya perlu 4 ni je..appointment, hantar, siap, balik..cewah ada gaya salesman tak aku? haha

hari tu setakat dua kereta je aku test drive..huhu..minggu depan dan seterusnya kami dah set dalam aktiviti kemasyarakatan setiap minggu akan ada aktiviti test drive ni..walaupun bukan nak beli pun..wakaka..dan bagi aku kalau nak beli kereta ni at least 1 bulan kena buat review (test drive + tanya pakar = mantap)

p/s: nak test drive volkswagen, ferrari, mini cooper lah minggu depan..boleh ke?
pp/s: tak puas hati lah pula test drive kejap2 ni..mesti ada part yang tertinggal nak test..kena buat macam topgear baru ok kot..muahahaha


pesanan ringkas: aku review ringkas2 je..nak details2 nanti tak boleh cari makan paultan..haha..apa2 pun, peduli hapa, janji test drive tu syok!! kah kah kah

wrote by Rafidinho

Thursday, April 19, 2012

gali-gali bahagian 3

salam

tatkala higus sedang meleleh2 seperti yoyo, baru aku tahu yang aku sudah lama tidak mengemas kini blog..ingin menaip tetapi kemalasan membataskan diri ini..mungkin kesibukan bekerja? ya mungkin..huh, alasan yang tidak memberi impak lansung..dimana sibuknya aku pun aku tidak tahu..lihat sahaja entri aku di bawah sudah tahu kesibukan aku ditahap mana kan

cakap pasal bekerja ini..baru2 ini aku ada terserempak dengan rakanku semasa masing2 baru sahaja selesai mengorat anak2 dara yang lalu di hadapan mata menunaikan solat jumaat..kemusykilan bermain difikiranku sebaik sahaja melihat rakanku itu

"kenapa pula mamat ini ada disini..sudah tukar tempat kerja ke?"

terus aku menyapa rakanku

"assalamualaikum YB"

"waalaikumussalam dato'"

"jauh datang..mencuba environment baru ke sekarang?"

"eh mana ada..aku sekarang memang duduk dekat sini..tak ada tempat baru pun..sambung belajar je"

"sambung?"

"yup..ambil sijil sekarang..inspektor menggegas dan mengecat..nak masuk bidang m&g lah"

"lah ye ke..full time ke?"

"a'ah..tak boleh tahan beb, nekad berhenti amik sijil..hahaha"

"owh" bla bla bla (sambung perbualan)

hurm, dalam konteks ini, anda mungkin tertanya2 apakah yang cuba disampaikan oleh aku bukan?..malu mahu mengatakan, bukan sahaja anda yang tertanya2, malah aku sendiri tidak pasti dengan penyampaian aku ini..mungkin jari jemari aku yang mengawal semua nya..ya mungkin

anda tahu apa yang aku maksudkan dengan M&G tu? mungkin ramai yang kurang mendengar dengan singkatan itu..mungkin sebab sudah di melayukan, kalau dengan ini macam mana, O&G?..mesti ada yang tahu bukan..O&G atau penuhnya Oil & Gas (dalam english) setelah di bahasa melayu kan menjadi Minyak & Gas @ M&G boleh dikatakan sudah sinonim ataupun kerap kali dijadikan topik perbualan oleh rakyat malaysia kini..anda setuju? kalau setuju taip ON SETUJU dan simpan sahaja sehingga pekasam

korang masih tertanya2 lagi mengapa aku menerangkan pasal hal ini? dan apahal pula korang kena baca ye tak..dan lagi, korang menganggap lebih baik ngadap facebook, twitter, skype, ym messenger atau melepaskan tahi2 ke daripada membaca isu yang sesetengah berfikir "eh ada kaitan ke dengan aku?"..jadi disini aku ingin menekankan sekali lagi bahawa penulisan kali ini adalah hasil daripada signal yang dihantar oleh otak kepada jari jemari yang hanya menurut perintah..jadi faham kan maksudnya? ..tak faham? abaikan..hahaha..lihat dulu gambar dibawah





fuiyoo..letak satu batang tengah2 pun boleh tegak..korang ada?


"BERHENTI KERJA SEMATA2 UNTUK MENCEBURI INDUSTRI MINYAK DAN GAS"..ok, ini yang sebenarnya aku nak utarakan kan..hehe..bukan nak bercakap belakang pasal kawan aku tu..tapi bagi aku, kalau nak ambil sijil spesifik, kenapa perlu berhenti kerja..apalah salahnya buat part time ke..memanglah sijil kursus itu ditaja..tapi lepas habis kursus apa hasilnya nanti? boleh secure kerja ke? yelah kan, sekarang nak cari kerja kan agak susah sedikit..apa apa pun rezeki ALLAH yang beri ye tak? huhu..doakan kawan aku tu boleh jadi QC Engineer yang berjaya lepas habis kursus..hee

* menggegas dan mengecat atau di translate ke english adalah blasting and painting..apa ke pelik bunyi menggegas ye tak?

bersambung..........

pesanan ringkas: ringkas tak ringkas mana lah penulisan aku kali ini..korang pinjam PTPTN?

wrote by Rafidinho

Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday : wayang

salam

"wayang" perlu kencang beb!!!


pesanan ringkas: tahukah anda formula rossa di ferrari world park dubai adalah roller coaster paling laju di dunia, direkodkan boleh mencecah 240km/h

wrote by Rafidinho

Sunday, February 12, 2012

soalan tipikal jawapan pun mesti tipikal ye tak

salam

semalam tidur awal, jadi pagi kenalah bangun awal kan..dah bangun awal kena juga lah update blog awal2..hurm ada kaitan ke? ahh shit, otak masih belum begerak lagi..apa carutan nak dilakukan pepagi minggu ni..haihhhh

hurm..berbalik kepada cerita abang aku kahwin hari tu (2 entri sebelum..nak tahu skroll ke bawah..aku malas nak bagi link boleh?)..macam biasa lah kan, kalau dah balik rumah..mesti lah soalan2 yang tipikal akan keluar..even masa hari raya pun soalan ni akan berbangkit..tapi bila ada kenduri2 macam ni, lagi kencang lah kan soalan ni ditujui nya pun adoi..aku tahu, korang pun tahu soalan tipikal apa tu


BILA NAK KAHWIN?

HAA..MAJLIS KO BILA PLAK?

ABANG SUDAH, AKAK PUN SUDAH, HANG BILA LAGI?

BLA..BLA..BLA..POT..PET..POT..PET..BILA?

BILA?

BILA?


tapi yang tak boleh blah nya, eh sedara mara, makcik pakcik pula yang tanya lebih2 pula..mama abah aku rilek je (aku rasa lah..haha)..sebab bila kawan mama aku tanya bila anak nye yang no 3 ni nak kahwin, mesti mama aku jawab 'tu kena tanya tuan punya badan'..haa bagus kan mama aku..tu pasal aku sayang mama aku..hahaha..ok2..intro dah cukup panjang kot..berbalik kepada soalan 'tipikal' diatas, ni jawapan 'tipikal' aku






TUNGGULAH LISA SURIHANI CERAI DULU
HAHAHAHAHA



boleh macam ni? ok..tipu je..tu bukan jawapan kepada persoalan2 tipikal tu..hehe..wokeh, sekian sahaja mukadimah untuk entri ni..kita masuk kepada isi sebenar entri ini..hahaha

dalam banyak2-banyak2 soalan yang diajukan kepada aku sepanjang aku balik rumah (huh, dah macam retis pula rasa banyak sangat soalan diaju), soalan dari abang aku lah yang paling power, pedas, memang tiada tapis2, menusuk kalbu semua ada lah..dia punya kick lah soalan tu, buatkan aku tak mampu berkata panjang..walaupun soalan tu cukup sadis aku dengar tapi aku paling suka weh dan aku akan ingat sampai bila2..hehe..soalan tipikal atas tu boleh padam sementara (woi rafi, soalnya sekarang apa soalan tu..orang dah malas nak baca ni)..ok2..soalannya adalah

OIT..BILA NAK
.
.
.
.
.
.
.
.
.

NAK.....
.
.
.
.
.
.
.
NAK PAKAI SUPERBIKE NI? ABANG NAK PINJAM!!


(aku) ERKKK!! T_T


hahaha..cayalah abang, suka betul aku dengan soalan ni..like like like..jadi apa kata kita lihat dulu gambar di bawah

pehh..nampak tak bontot nya..geram weh tengok, mengiurkan..slurp3


matanya pula..sungguh ayu dow, dengan piping bawah, angin ahmar+stroke keluar dekat tepi..grrr

ni lah DUCATI 1199 PANIGALE..model production/on the road terbaru dari pengeluar ducati..berkapasiti 1200cc enjin? mungkin sebab '1199', jadi aku anggap 1200cc..lagi pun aku tak habis belek2/review lagi superbike ni..hehe..tapi siapa peduli 1200 ke, 1000 cc ke, 600cc ke..yang penting motor ni menghasilkan 195 kuasa kuda..kalau nak pergi 300km/h sambil2 nak tengok garisan putus2 atas jalan tu jadi satu garisan tiada masalah kot..hahaha..hurm nak tahu lebih lanjut atau nak buat review sendiri, pergi kat sini..kalau dah habis review nak buat entri, jangan lupa beri tahu aku, nanti aku baca review korang..hahaha

harga? siapa peduli, janji 195 kuasa kuda..harga aku rasa tak masuk akal, aku jangka dalam rm200k untuk sebuah..gampang!! mahal bebenor la gamaknya..jadi harganya memang aku peduli..kah kah kah..mana nak mampu pakai weh..save as wallpaper je lah yang mampu..weee

p/s: hurm..untuk menutup entri aku kali ini..siapa yang nak sedekah superbike satu untuk aku? tak perlu lah yang power2..sekadar yamaha yzf R6, ducati monster s4r pun aku terima seadanya..boleh gitu? tuiiiii

pp/s: ada sesiapa nak tanya soalan tipikal dengan aku? kalau nak rasa makan tumit kaki saiz 8, digalakkan


pesanan ringkas: tahukah anda, bila bahasa kejuruteraan di alih bahasa ke bahasa melayu, kadang2 sungguh kelakar seperti "camshaft" jadi "aci sesendol"..dah macam minta cendol pulut je kan..tapi siapa peduli, janji 195 kuasa kuda..ptuihh


wrote by Rafidinho

Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday : mencarut di atas jalan raya

salam

mentang2 pakai volkwagen


pesanan ringkas: tahukah anda, gabungan antara supercharger dan turbocharger akan menghasilkan kuasa kuda yang agak bagus walaupun enjin yang berkapasiti 1.4L?


wrote by Rafidinho

Saturday, February 4, 2012

siapa tak cukup bajet panggil aku

salam

mula nak post awal entri ini tapi gampang malas la pula..hari ini sebab bosan gampang..aku update la sikit..minggu lepas abang aku kahwin..jadi aku sebagai adik yang baik lah sangat, balik ke rumah bantu lah apa yang patut..nanti kalau tak tolong, di lutut kan pula oleh mak aku di combo dengan tumit kaki, tak sanggup beb

jadi nak tahu apa yang aku tolong? tengok sahaja gamba di bawah ok!!!
.
.
.
.
.
.
.



tebas sana, tebas sini, hasilnya sejemput kobis bunga

cantas dahan sikit, cat sikit, kuis lumut sikit, hasilnya seperti di atas

karate sana, tetak sini, jadilah pokok tiada vitamin


tepek2 ala tepek bedak sejuk di muka untuk latar belakang bunga


robek dan gigit sayap bangau

hutan siberia mana ni?


hurm dah tahu apa yang aku tolong? dah? ok..kali ini jangan nak gelak..makan tali gitar seminggu nanti korang..grrrr

disebabkan abang aku deco sendiri dewan, pelamin bagai..maka aku lah jadi mangsanya..macam tak percaya pula aku, dah macam geng buat pelamin je rasa..deco sana, deco sini..aahhh jem pale weh..terasa kebrutalan aku hilang begitu sahaja bila menyentuh bab2 macam ini..mak tak nyah auwkay!!..auwwwww...kah kah kah (korang jangan gelak!!! aku tak apa)

sedang 'rancak' mendeco sana sini (nampak tak betapa teruja nya aku menghias majlis ini..tu tandanya aku kerja secara ikhlas), datang 1 geng buat pelamin dari dewan atas (ada majlis kahwin gak untuk dewan 1 lagi) senyum2 tanya

geng pelamin atas: wah, sibuk nampak, dari mana?

aku: dari mata turun ke hati, dari siku turun ke lutut, akhirnya sampai ke tumit kaki..mau?? tak nampak ke orang sibuk buat kerja ni..dah2 pergi cari kaunter pertanyaan lain..grrr (sambung kerja semula)

* nampak tak sekali lagi, ketekunan dalam membuat kerja itu amatlah sebati dalam diri aku (korang terasa mahu melempang aku?? kah kah kah)

ok..sebenarnya geng tu tak tanya aku pun, dia tanya akak ipar dan abang aku..skrip tu rekaan je..keh keh keh..rancak juga lah aku tengok dorang bualkan, apalah agaknya eh..setelah geng 1 lagi tu pulang, aku pun sibukkan diri (ala2 menjaga tepi boxer orang) tanya abang aku

aku: ngomong2 apa si sama geng tadi?

abang aku: owh dorang nak beli set decoration kahwin abang, siap minta no telefon bagai

aku: erkk.......

ngomong punya ngomong sama abang dan akak ipar aku..baru ku tahu sebenarnya business buat pelamin ni lumayan $.$, akak ipar aku cerita, set pelamin yang dorang buat masa majlis nikah hari itu, harga mencecah rm18 000 kalau orang luar buat, hakikatnya dorang bikin sendiri tak sampai rm1000..dan ada yang sanggup beli dari dorang dengan rm3000..WOW!!!!!!!!!

ok..aku nak tukar profession lah..muahahaha..sila nantikan kedai aku

dapatkan segera pakej perkahwianan yang terbaik!!! tip top!!! class!!! dari:

RAFI BRIDAL SERVICES (M) SDN BERHAD

antara pakej yang ditawarkan adalah :-
- Pakej Asal Boleh Kau Sebat : RM2500 (pakej baru)
- Pakej Hancur : RM5000 (harga selepas diskaun)
- Pakej Kelam Kabut : RM7000 (promosi awal tahun)
- Pakej Tunggang Langgang : RM10 000 (rebat RM500 untuk daftar secara jemaah/pukal)
- Pakej Tongkang Pecah : RM15 000 (untuk musim banjir sahaja)
- Pakej Mencekik Duit Pengantin : RM20 000 (tawaran istimewa kepada 10 yang terawal)

murah dan superb kan? jadi..korang berminat?? aku tahu korang sangat berminat..jangan tunggu lagi, sila tempah sekarang..muahahahahaha


pesanan ringkas: tahukah anda, kereta bugatti veyron hanya memerlukan 14 batang bolt sahaja untuk mencantumkan bahagian depan dan tengah badan kereta?


wrote by Rafidinho

Wednesday, January 25, 2012

wordless wednesday : lekat dan lekit

salam





aku terperasan separuh perjalanan..ada lah dekat 15km juga lah

hurmm..aku try cari iklan castrol yang cicak melekat depan visor motorsikal apa aku lupa2 ingat..tak jumpa lah pula..kalau tidak boleh aku compare sama ke tidak situasinya

p/s: aku rasa mesti tak ramai yang komen entri ini..kah3


pesanan ringkas: tahukah anda bahawa ducati 1199 Panigale sangatlah tidak masuk akal lansung..ceitt (ayat jealous)

wrote by Rafidinho