salam
wassup saing..apa kabor ter? kali ni ambe nak kabo dalang bahasa ganu ter..maklung lah, baru balik dari ganu..mood ganu tu masih ade lagi..korang guane, bereh ke ambe kabo dalang bahasa ganu..haha
pertama dan terakhir..apa ni? maksudnya nikah lah..kira nikah sekali (kali pertama dan terakhir)..jadi maknanye aku akan nikah sekali je lah..tak ada 2 3 atau 4 kali dah..ke macam mana geng lelaki? mana cukup sekali ye tak..dok rok chetong gitu..wakaka
habis mukadimah
sebenarnya nak beritahu, kali pertama dan terakhir kot aku akan buat kerja gila macam minggu lepas..nak tahu apa yang aku rasa bajet gila lah sangat tu..jom2 hehe
jb-->kota tinggi-->mersing-->rompin-->pekan-->kuantan-->kemaman
jarak perjalanan : lebih kurang 385km
masa perjalanan : antara pukul 11 malam ke 4 pagi
keadaan jalan : beralun, lopak2 sikit, berliku sikit
keadaan sekeliling : hutan kiri kanan, kawasan kampung2 sikit, bandar dan sikit berkabus
kenderaan lalu lalang : setakat sehala perjalanan tu, ada lah kot 20 - 25 buah kenderaan rasanya
hurm, semua diatas tu aku lalui sorang2..memandu kereta sorang2..pergi dan balik pun sorang2..bila fikir balik, macam mana lah aku boleh buat benda ni sorang2..adoyai..dan aku rasa itulah kali pertama dan kali terakhir aku akan memandu kereta sorang2 melalui jalan dan keadaan seperti diatas..memang rasa horror, scary semua adalah..keh3
mana taknya..cuba korang bayangkan jika
1) tiba2 kereta rosak tengah jalan kiri kanan hutan--apa maknanya tu?
2) tiba2 nampak kelibat orang (sorang2) tahan kereta kita--apa maknanya tu?
3) masa memandu korang rasa mengantuk, pandu pun terhuyung hayang--apa maknanya tu?
4) jalan kiri kanan hutan, korang rasa nak terkencing--apa maknanya tu?
5) keadaan hujan lebat @ kabus tebal sampai pemandangan jalan tak jelas--apa maknanya tu?
keadaan seperti diatas memang aku tak fikirkan lansung sepanjang perjalanan..cuak weh..hahaha..apa dalam fikiran aku adalah, selamat sampai dan kereta tak rosak..tu je..huhu..tapi ada kot dalam 3 kali rasanya..lori bagi high beam kelip2 dekat aku masa jalan lurus, kereta belakang aku takda masa tu..pehhh..scary la siot..tetiba terfikir apahal lori tu bagi high beam, ada apa2 yang tak kena ke? memang tak pandang dah cermin pandang belakang ke, sisi ke..fokus kat depan je..hahahaha
sepanjang perjalan aku maintain 110-120km/h, dekat selekoh 90-100km/h..hehe..tapi yang buat berderau darah masa jalan berkabus..tak jelas pandangan hadapan (kalau high beam memang tak nampak apa), aku cuma berpandukan garisan putih tengah tu je..ada sampai part nak amik selekoh, tau2 dah termasuk line kenderaan bertentangan lah pula..hahaha
apa2 pun..aku bersyukur kepada ALLAH, semuanya selamat..huhu =]
pesanan ringkas: tv rosak, euro dah nak start ni..arghh, grrrrr
wrote by Rafidinho









