tetibe rasa nak taip je entri
ngada2 ni lepas ak baca blog
ni..haha..kisah cerita hantu ni memang tak lekang dek panas..hampir setiap pelosok umat di atas muka bumi ini mesti ada cerita tersendiri pasal bab2 ni..tak kisah la yang pernah alaminya taupun sekadar mendengar cerita sahaja..aku yakin dari kecil sampai la besar mesti ada je kadang2 tu kita nak cerita pasal hantu sebab mesti korang rasa tetibe "eh nak amik feel seram la hari ni..cerita pasal hantu pun best ni"..kn kn kn..yang best pasal hantu ni, ada je pengarah2 filem nak buat kisah pasal dorg ni..kalau dorg bleh kutip royalti ni confirm kaya raya dah..haha
masa masuk sekolah asrama ke, matrik ke, universiti ke, kalau tak ada cerita hantu memang tak sah..ok kita skip untuk sekolah asrama sebab aku tak pernah masuk sekolah asrama..kuang3..masa dekat matrik, cerita hantu paling pemes ada 2..satu makcik jual karipap tepi tingkap, satu lagi perempuan ngendong anak guna kain batik..2 2 ni kawan aku cerita dorang pernah kena kacau..yang makcik karipap tu kacau kawan2 aku masa ramai2 tengah layan dvd dalam bilik kawan aku (sama aras dengan aku tingkat 4)..kawan aku cerita tengah syok2 layan cerita tetiba dengar sebelah tingkap "nak, nak beli karipap tak?", semua yang tengok tingkap memang mencanak lari lepas tu..masa kejadian tu gak, aku dekat bilik aku tengah borak2 dengan roommate aku, tingkap siap terbuka luas lagi, seronok layan angin malam lagi..haha..malam tu memasing kecoh pasal bisnes makcik karipap ni..yang roommate aku pulak tanya "eh makcik tu ada jual karipap inti sardin tak?"..tapi tak tau la kan kalau kawan2 aku ni sahaja nak bagi gimik ke, yelah kan masa tu kecoh cerita makcik jual karipap ni memang box office
ok..masuk cerita dekat universiti pula..kali ni makcik jual nasi lemak pula yang agak panas..eh2 makcik ni, buat bisnes nasi lemak pula, tak kan karipap dah tak laku kot makcik timah oiiii tau dah bosan buat karipap..lain kali jual la benda lain macam burger bigmac ke, top up ke, baru lah laku..yelah, masa tetengah malam camni lah budak2 ngengada cari burger dengan top up..hahaha..tapi dekat U aku tu ada 1 hostel, tingkat 4 memang dikosongkan atas sebab2 aku pun tak tau kenapa sebab banyak sangat versi dari budak2..yang 1 hostel tu lain cerita, yang hostel sebelah pun lain pula ceritanya..orang cakap level tu keras ada hantu..aku cakap "eh ok pe, hantu educated ni, ingat kita je ke boleh dapat scroll, dorang pun nak gak" hahaha..yang aku tau memula aku masuk U memang level tu kosong..dengar2 cerita sekarang budak2 dah boleh duduk level tu..ermm mungkin hantu2 tu da grad kot..alhamdulillah, grad gak dorang akhirnya
tutup cerita masa mengaji..cerita pula masa kerja..sebenarnya masa cerita masa life kerja ni tak ada la seseram yang mana pun..haha..ok2, lepas habis belajar je, rezeki aku beralih ke selatan..ditakdirkan juga aku masuk rumah sewa kawan aku..dia cakap ada bilik kosong 1..bilik utama aku masuk, memang luas..dengan berbekalkan bantal dan
sport toto, aku sorang je duduk bilik tu..pehh memang rasa gila luas siap boleh layan renang berirama..dah kata pun bilik utama kan..tapi yang peliknya masa aku masuk rumah tu, ada 5 orang (tak termasuk aku)..2 tidur bawah, 2 tidur 1 bilik, sorang tidur 1 bilik..terfikir gak aku, kenapa sorang yang duduk bawah tu tak tidur bilik utama tu..aku menyedapkan hati cakap mungkin panas kot sebab sebelum aku masuk bilik tu tak ada kipas..masa ni semua dalam rumah tu tak cerita lagi bilik utama tu agak pelik sikit
ada gak la dalam 2 bulan aku duduk bilik tu sorang..dalam 2 bulan ni gak boleh kata seminggu 3 atau 4 kali mesti aku terjaga pukul 3 ke 4 pagi camtu..lepas terjaga rasa seram2 sejuk, bulu roma naik je memanjang..rasa macam bukan aku sorang je dalam bilik tu pun ada gak..bila tanya budak2 rumah tu baru dorang cakap bilik tu je agak keras sikit, bilik lain tau rumah tak ada pape..ciss..tapi bukan takat aku sorang je terjaga pagi2 buta, siapa2 yang tidur bilik tu senang cerita mesti cakap dorang terjaga pukul 3 ke 4 lah, bila bangun rasa seram2 sejuk..dalam hati aku "owh mungkin petanda dariNYA untuk kita orang bangun solat tahjud" huhu..lepas 2 bulan tu 2 orang budak rumah aku keluar, terus aku masuk bilik 1 lagi..bukan takut nya pasal tapi bilik tu ada ampaian dengan almari besar, lagi 1 tingkap bilik utama tu pecah 1..hahaha..sekarang bilik utama tu ada budak baru masuk..aku dan geng2 budak rumah yang lain tak cakap lagi pasal bilik tu..hoho


ni lah pintu bilik utama rumah sewa aku..cantikkan hiasan pintu nya

ni pula lukisan dalam bilik tu..bob yang lukis..comel tak lukisan tu

bilik ni gak di jadikan tempat kita orang solat..tapi......................
sekarang aku dekat utara, duduk rumah sewa syarikat sebab ada projek dekat sini..ada juga kisah nya..masa budak rumah sorang ni cerita bila terjaga malam kadang ada nampak lembaga rambut panjang, aku dah tengok rambut aku depan cermin "owh rambut aku pendek..bukan aku ni wakaka"..siap cerita masa tengah sapu rumah jumpa rambut panjang padahal semua dalam rumah tu ala2 awal ashaari..yang sorang lagi cakap benda tu memang ADA dalam rumah ni sebab dia boleh nampak benda2 macam tu..aku cakap pulak "biar lah, janji dia tak kacau, siap projek, balik" hoho
tak seram kan penceritaan aku?? hahaha..sebenarnya nak hilang kan mood bosan je ni..huhu
pesanan ringkas: macam mana pun mende ni makhluk ALLAH juga..huhu..nanti aku cerita kisah mak cik aku yang aku rasa otai gila ligan mende alah ni..pendek je kot penceritaan nya tapi aku dah malas nak taip sekarang..ngeh3
wrote by Rafidino