Thursday, April 19, 2012

gali-gali bahagian 3

salam

tatkala higus sedang meleleh2 seperti yoyo, baru aku tahu yang aku sudah lama tidak mengemas kini blog..ingin menaip tetapi kemalasan membataskan diri ini..mungkin kesibukan bekerja? ya mungkin..huh, alasan yang tidak memberi impak lansung..dimana sibuknya aku pun aku tidak tahu..lihat sahaja entri aku di bawah sudah tahu kesibukan aku ditahap mana kan

cakap pasal bekerja ini..baru2 ini aku ada terserempak dengan rakanku semasa masing2 baru sahaja selesai mengorat anak2 dara yang lalu di hadapan mata menunaikan solat jumaat..kemusykilan bermain difikiranku sebaik sahaja melihat rakanku itu

"kenapa pula mamat ini ada disini..sudah tukar tempat kerja ke?"

terus aku menyapa rakanku

"assalamualaikum YB"

"waalaikumussalam dato'"

"jauh datang..mencuba environment baru ke sekarang?"

"eh mana ada..aku sekarang memang duduk dekat sini..tak ada tempat baru pun..sambung belajar je"

"sambung?"

"yup..ambil sijil sekarang..inspektor menggegas dan mengecat..nak masuk bidang m&g lah"

"lah ye ke..full time ke?"

"a'ah..tak boleh tahan beb, nekad berhenti amik sijil..hahaha"

"owh" bla bla bla (sambung perbualan)

hurm, dalam konteks ini, anda mungkin tertanya2 apakah yang cuba disampaikan oleh aku bukan?..malu mahu mengatakan, bukan sahaja anda yang tertanya2, malah aku sendiri tidak pasti dengan penyampaian aku ini..mungkin jari jemari aku yang mengawal semua nya..ya mungkin

anda tahu apa yang aku maksudkan dengan M&G tu? mungkin ramai yang kurang mendengar dengan singkatan itu..mungkin sebab sudah di melayukan, kalau dengan ini macam mana, O&G?..mesti ada yang tahu bukan..O&G atau penuhnya Oil & Gas (dalam english) setelah di bahasa melayu kan menjadi Minyak & Gas @ M&G boleh dikatakan sudah sinonim ataupun kerap kali dijadikan topik perbualan oleh rakyat malaysia kini..anda setuju? kalau setuju taip ON SETUJU dan simpan sahaja sehingga pekasam

korang masih tertanya2 lagi mengapa aku menerangkan pasal hal ini? dan apahal pula korang kena baca ye tak..dan lagi, korang menganggap lebih baik ngadap facebook, twitter, skype, ym messenger atau melepaskan tahi2 ke daripada membaca isu yang sesetengah berfikir "eh ada kaitan ke dengan aku?"..jadi disini aku ingin menekankan sekali lagi bahawa penulisan kali ini adalah hasil daripada signal yang dihantar oleh otak kepada jari jemari yang hanya menurut perintah..jadi faham kan maksudnya? ..tak faham? abaikan..hahaha..lihat dulu gambar dibawah





fuiyoo..letak satu batang tengah2 pun boleh tegak..korang ada?


"BERHENTI KERJA SEMATA2 UNTUK MENCEBURI INDUSTRI MINYAK DAN GAS"..ok, ini yang sebenarnya aku nak utarakan kan..hehe..bukan nak bercakap belakang pasal kawan aku tu..tapi bagi aku, kalau nak ambil sijil spesifik, kenapa perlu berhenti kerja..apalah salahnya buat part time ke..memanglah sijil kursus itu ditaja..tapi lepas habis kursus apa hasilnya nanti? boleh secure kerja ke? yelah kan, sekarang nak cari kerja kan agak susah sedikit..apa apa pun rezeki ALLAH yang beri ye tak? huhu..doakan kawan aku tu boleh jadi QC Engineer yang berjaya lepas habis kursus..hee

* menggegas dan mengecat atau di translate ke english adalah blasting and painting..apa ke pelik bunyi menggegas ye tak?

bersambung..........

pesanan ringkas: ringkas tak ringkas mana lah penulisan aku kali ini..korang pinjam PTPTN?

wrote by Rafidinho

Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday : wayang

salam

"wayang" perlu kencang beb!!!


pesanan ringkas: tahukah anda formula rossa di ferrari world park dubai adalah roller coaster paling laju di dunia, direkodkan boleh mencecah 240km/h

wrote by Rafidinho

Sunday, February 12, 2012

soalan tipikal jawapan pun mesti tipikal ye tak

salam

semalam tidur awal, jadi pagi kenalah bangun awal kan..dah bangun awal kena juga lah update blog awal2..hurm ada kaitan ke? ahh shit, otak masih belum begerak lagi..apa carutan nak dilakukan pepagi minggu ni..haihhhh

hurm..berbalik kepada cerita abang aku kahwin hari tu (2 entri sebelum..nak tahu skroll ke bawah..aku malas nak bagi link boleh?)..macam biasa lah kan, kalau dah balik rumah..mesti lah soalan2 yang tipikal akan keluar..even masa hari raya pun soalan ni akan berbangkit..tapi bila ada kenduri2 macam ni, lagi kencang lah kan soalan ni ditujui nya pun adoi..aku tahu, korang pun tahu soalan tipikal apa tu


BILA NAK KAHWIN?

HAA..MAJLIS KO BILA PLAK?

ABANG SUDAH, AKAK PUN SUDAH, HANG BILA LAGI?

BLA..BLA..BLA..POT..PET..POT..PET..BILA?

BILA?

BILA?


tapi yang tak boleh blah nya, eh sedara mara, makcik pakcik pula yang tanya lebih2 pula..mama abah aku rilek je (aku rasa lah..haha)..sebab bila kawan mama aku tanya bila anak nye yang no 3 ni nak kahwin, mesti mama aku jawab 'tu kena tanya tuan punya badan'..haa bagus kan mama aku..tu pasal aku sayang mama aku..hahaha..ok2..intro dah cukup panjang kot..berbalik kepada soalan 'tipikal' diatas, ni jawapan 'tipikal' aku






TUNGGULAH LISA SURIHANI CERAI DULU
HAHAHAHAHA



boleh macam ni? ok..tipu je..tu bukan jawapan kepada persoalan2 tipikal tu..hehe..wokeh, sekian sahaja mukadimah untuk entri ni..kita masuk kepada isi sebenar entri ini..hahaha

dalam banyak2-banyak2 soalan yang diajukan kepada aku sepanjang aku balik rumah (huh, dah macam retis pula rasa banyak sangat soalan diaju), soalan dari abang aku lah yang paling power, pedas, memang tiada tapis2, menusuk kalbu semua ada lah..dia punya kick lah soalan tu, buatkan aku tak mampu berkata panjang..walaupun soalan tu cukup sadis aku dengar tapi aku paling suka weh dan aku akan ingat sampai bila2..hehe..soalan tipikal atas tu boleh padam sementara (woi rafi, soalnya sekarang apa soalan tu..orang dah malas nak baca ni)..ok2..soalannya adalah

OIT..BILA NAK
.
.
.
.
.
.
.
.
.

NAK.....
.
.
.
.
.
.
.
NAK PAKAI SUPERBIKE NI? ABANG NAK PINJAM!!


(aku) ERKKK!! T_T


hahaha..cayalah abang, suka betul aku dengan soalan ni..like like like..jadi apa kata kita lihat dulu gambar di bawah

pehh..nampak tak bontot nya..geram weh tengok, mengiurkan..slurp3


matanya pula..sungguh ayu dow, dengan piping bawah, angin ahmar+stroke keluar dekat tepi..grrr

ni lah DUCATI 1199 PANIGALE..model production/on the road terbaru dari pengeluar ducati..berkapasiti 1200cc enjin? mungkin sebab '1199', jadi aku anggap 1200cc..lagi pun aku tak habis belek2/review lagi superbike ni..hehe..tapi siapa peduli 1200 ke, 1000 cc ke, 600cc ke..yang penting motor ni menghasilkan 195 kuasa kuda..kalau nak pergi 300km/h sambil2 nak tengok garisan putus2 atas jalan tu jadi satu garisan tiada masalah kot..hahaha..hurm nak tahu lebih lanjut atau nak buat review sendiri, pergi kat sini..kalau dah habis review nak buat entri, jangan lupa beri tahu aku, nanti aku baca review korang..hahaha

harga? siapa peduli, janji 195 kuasa kuda..harga aku rasa tak masuk akal, aku jangka dalam rm200k untuk sebuah..gampang!! mahal bebenor la gamaknya..jadi harganya memang aku peduli..kah kah kah..mana nak mampu pakai weh..save as wallpaper je lah yang mampu..weee

p/s: hurm..untuk menutup entri aku kali ini..siapa yang nak sedekah superbike satu untuk aku? tak perlu lah yang power2..sekadar yamaha yzf R6, ducati monster s4r pun aku terima seadanya..boleh gitu? tuiiiii

pp/s: ada sesiapa nak tanya soalan tipikal dengan aku? kalau nak rasa makan tumit kaki saiz 8, digalakkan


pesanan ringkas: tahukah anda, bila bahasa kejuruteraan di alih bahasa ke bahasa melayu, kadang2 sungguh kelakar seperti "camshaft" jadi "aci sesendol"..dah macam minta cendol pulut je kan..tapi siapa peduli, janji 195 kuasa kuda..ptuihh


wrote by Rafidinho

Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday : mencarut di atas jalan raya

salam

mentang2 pakai volkwagen


pesanan ringkas: tahukah anda, gabungan antara supercharger dan turbocharger akan menghasilkan kuasa kuda yang agak bagus walaupun enjin yang berkapasiti 1.4L?


wrote by Rafidinho

Saturday, February 4, 2012

siapa tak cukup bajet panggil aku

salam

mula nak post awal entri ini tapi gampang malas la pula..hari ini sebab bosan gampang..aku update la sikit..minggu lepas abang aku kahwin..jadi aku sebagai adik yang baik lah sangat, balik ke rumah bantu lah apa yang patut..nanti kalau tak tolong, di lutut kan pula oleh mak aku di combo dengan tumit kaki, tak sanggup beb

jadi nak tahu apa yang aku tolong? tengok sahaja gamba di bawah ok!!!
.
.
.
.
.
.
.



tebas sana, tebas sini, hasilnya sejemput kobis bunga

cantas dahan sikit, cat sikit, kuis lumut sikit, hasilnya seperti di atas

karate sana, tetak sini, jadilah pokok tiada vitamin


tepek2 ala tepek bedak sejuk di muka untuk latar belakang bunga


robek dan gigit sayap bangau

hutan siberia mana ni?


hurm dah tahu apa yang aku tolong? dah? ok..kali ini jangan nak gelak..makan tali gitar seminggu nanti korang..grrrr

disebabkan abang aku deco sendiri dewan, pelamin bagai..maka aku lah jadi mangsanya..macam tak percaya pula aku, dah macam geng buat pelamin je rasa..deco sana, deco sini..aahhh jem pale weh..terasa kebrutalan aku hilang begitu sahaja bila menyentuh bab2 macam ini..mak tak nyah auwkay!!..auwwwww...kah kah kah (korang jangan gelak!!! aku tak apa)

sedang 'rancak' mendeco sana sini (nampak tak betapa teruja nya aku menghias majlis ini..tu tandanya aku kerja secara ikhlas), datang 1 geng buat pelamin dari dewan atas (ada majlis kahwin gak untuk dewan 1 lagi) senyum2 tanya

geng pelamin atas: wah, sibuk nampak, dari mana?

aku: dari mata turun ke hati, dari siku turun ke lutut, akhirnya sampai ke tumit kaki..mau?? tak nampak ke orang sibuk buat kerja ni..dah2 pergi cari kaunter pertanyaan lain..grrr (sambung kerja semula)

* nampak tak sekali lagi, ketekunan dalam membuat kerja itu amatlah sebati dalam diri aku (korang terasa mahu melempang aku?? kah kah kah)

ok..sebenarnya geng tu tak tanya aku pun, dia tanya akak ipar dan abang aku..skrip tu rekaan je..keh keh keh..rancak juga lah aku tengok dorang bualkan, apalah agaknya eh..setelah geng 1 lagi tu pulang, aku pun sibukkan diri (ala2 menjaga tepi boxer orang) tanya abang aku

aku: ngomong2 apa si sama geng tadi?

abang aku: owh dorang nak beli set decoration kahwin abang, siap minta no telefon bagai

aku: erkk.......

ngomong punya ngomong sama abang dan akak ipar aku..baru ku tahu sebenarnya business buat pelamin ni lumayan $.$, akak ipar aku cerita, set pelamin yang dorang buat masa majlis nikah hari itu, harga mencecah rm18 000 kalau orang luar buat, hakikatnya dorang bikin sendiri tak sampai rm1000..dan ada yang sanggup beli dari dorang dengan rm3000..WOW!!!!!!!!!

ok..aku nak tukar profession lah..muahahaha..sila nantikan kedai aku

dapatkan segera pakej perkahwianan yang terbaik!!! tip top!!! class!!! dari:

RAFI BRIDAL SERVICES (M) SDN BERHAD

antara pakej yang ditawarkan adalah :-
- Pakej Asal Boleh Kau Sebat : RM2500 (pakej baru)
- Pakej Hancur : RM5000 (harga selepas diskaun)
- Pakej Kelam Kabut : RM7000 (promosi awal tahun)
- Pakej Tunggang Langgang : RM10 000 (rebat RM500 untuk daftar secara jemaah/pukal)
- Pakej Tongkang Pecah : RM15 000 (untuk musim banjir sahaja)
- Pakej Mencekik Duit Pengantin : RM20 000 (tawaran istimewa kepada 10 yang terawal)

murah dan superb kan? jadi..korang berminat?? aku tahu korang sangat berminat..jangan tunggu lagi, sila tempah sekarang..muahahahahaha


pesanan ringkas: tahukah anda, kereta bugatti veyron hanya memerlukan 14 batang bolt sahaja untuk mencantumkan bahagian depan dan tengah badan kereta?


wrote by Rafidinho

Wednesday, January 25, 2012

wordless wednesday : lekat dan lekit

salam





aku terperasan separuh perjalanan..ada lah dekat 15km juga lah

hurmm..aku try cari iklan castrol yang cicak melekat depan visor motorsikal apa aku lupa2 ingat..tak jumpa lah pula..kalau tidak boleh aku compare sama ke tidak situasinya

p/s: aku rasa mesti tak ramai yang komen entri ini..kah3


pesanan ringkas: tahukah anda bahawa ducati 1199 Panigale sangatlah tidak masuk akal lansung..ceitt (ayat jealous)

wrote by Rafidinho

Friday, December 23, 2011

kalau u sayang i..u lepaskan i ok?

salam..

di suatu hari minggu yang indah..satu pasangan cintan cintun a.k.a pakwe dan makwe sedang beronggeng2 di sebuah shopping complex

sedang mereka sibuk berkepit2 berdua-duaan sambil2 mencari jalan menghabiskan duit, secara tiba2 si pakwe bersuara

pakwe: sayang juga u dekat i eh sampai pegang tangan kuat2

makwe: mestilah!!!

pakwe: hurm, eh u..i nak tanya sikit dan juga buat permintaan lah

makwe: huh? permintaan? pertanyaan? nak tanya jom kita pergi kaunter pertanyaan k..haha

pakwe: eh u, i tak gurau la ni..cubalah u serious sikit (bernada serious)

makwe: alah u ni, i gurau pun tak kan lah nak marah kot..ok2 i serious..haa apa dia?

pakwe: sebenarnya, i dah lama nak beritahu u pasal hal ni dan sekarang, i rasa i perlu beritahu u juga walau apa cara sekali pun..i hope u dapat bersikap terbuka lah apa yang i nak cakap kan ni (nada sayup)

makwe: hurm, apa yang u cuba nak sampaikan kt i ni..aaa


belum sempat si makwe mahu menyambung, lantas si pakwe mengajak si makwe duduk di kerusi


pakwe: i nak tanya..u sayang dekat i tak?

makwe: mesti la i sayang u sangat2..eh kenapa tiba2 tanya soalan ni kenapa..u buat i rasa serba salah lah

pakwe: huhhh (mengeluh si pakwe), macam mana nak cakap dengan u ni eh..terus terang lah, kalau u sayang kan i, i nak u lepaskan kan i boleh? please....

makwe: hah!! lepaskan u? untuk apa? kenapa? i tak faham lah..u ni saje je kan bergurau

pakwe: i serious dan i nak u lepaskan i, i rasa kita tak boleh bersama2 lagi sekarang


tiba2 raut muka si makwe berubah (dalam hatinya seperti tidak kena..macam2 persoalan timbul dalam buah fikirannya..tertanya2 dalam diri apakah kesalahan yang diri sendiri telah lakukan)


makwe: u.....kita bawa berbincang boleh? adakah saya telah buat silap dengan u? kalau ada cakap, i cuba betulkan..i akan jadi yang terbaik untuk u..pleaseee, i merayu jangan minta pisah


air mata si makwe mula bergelinang sambil diperhatikan si pakwe tanpa kata2..diam seketika


makwe: u...cakap lah sesuatu..janganlah diam (teresak2)....ok, u cakap saje apa yang i perlu buat untuk supaya kita tak berpisah..i sanggup lakukan apa saje..i janji

pakwe: i cuma nak u lepaskan i saje..cukuplah

makwe: taknak!!!! taknak2!!! u dah ada orang lain? u tak sayang i dah ke?


pengunjung2 shopping complex yang lalu lalang di hadapan pasangan itu masing2 memandang tepat kearah mereka dan ada juga yang dari mereka mula berkata2


pakwe: u..u..please..kesat air mata..janganlah macam ni..i hope u understand..lagi, orang dah mula tengok kita

makwe: kenapa?? u segan?? malu org tgk i nangis macam ni?? i tak kesah orang nak tengok kita ke, nak cakap2 pasal kita ke..yang i nak sekarang u just cakap "u taknak lepaskan i" then barulah i akan rasa lega

pakwe: i memang sayangkan u, u lah segala2 bagi i..tapi i terpaksa berpisah dengan u walaupun berat hati mahu lepaskan..lagipun ia tiada kaitan dengan orang ke2 atau ke3..susah i nak explain

............... (diam lagi pasangan di samping si makwe masih teresak2)

pakwe: sayang..pleaseeeeee..i nak minta u satu je, tolong faham situasi ni..memang susah i nak explain..tak mampu berkata apa2 lagi..i hope u tenang dengan permintaan i ni

makwe: macam mana i nak faham kalau u tak explain apa2 lansung kenapa u minta putus..then u minta i tenang..cuba u cakap, macam mana i nak tenang..at least u cakap lah sikit..i mungkin boleh terima

pakwe: hurmmm..ok lah, i cuba sedaya upaya explain yang terbaik supaya u dapat memahami

.

.

.

.

.

.

.

.

.

pakwe: i..........i..............

.

.

.

.

.

.

.

.

pakwe: i sebenarnya nak ke TOILET..sakit perut sangat2 ni..tapi dari tadi u asyik pegang tangan i je..kuat pula tu..tu pasal i minta u lepaskan i..bukan nya apa pun..muahahahahaha

makwe: eeeeeeeeeeeeee.................kuang hajaq punya pakwe!!!

@^%*#*@@!#^7@!)@17^& (scene seterusnya terpaksa di tapis)

lalu berjalan si pakwe ke toilet dengan 3 benjolan di kepala T_T


pesanan ringkas: bila laa nak bonus ni..muahaha

wrote by Rafidinho