Wednesday, February 16, 2011

kasar nye u bahasa ..nyampah tawww

hurmm..lepas ni aku akan lebih bersikap beramah mesra berbudi bahasa budaya kita semasa menjawab telefon tak kisah lah dari siapa pun yang buat panggilan tu terutama sekali dari nombor yang tidak dikenali, aku akan menggunakan bahasa yang lebih elok..kenapa? sebab kita kan orang malaysia

4 hari lepas besamaan hari sabtu 12 februari 2011..sedang lepak menunggu waktu rehat kerja habis, tetiba

ringtone~~~ringtone~~~
rongtone~~~ringtone~~~
(telefon bimbit ku berdering diiringi dengan getaran di peha kiri)
terasa ngilu pula
nombor di paparan skrin tidak dikenali

penelefon: hello, ni rafi***** ***** ke?

penjawab telefon: ye..siapa ni?

penelefon: eh kat mana dewan kawen nya?

penjawab telefon: hah?? kawen sape pulak?

penelefon: kawen nurh****** *****

penjawab telefon: kt dewan bangi area belakang ukm tu..lalu jalan lama nak ke nilai

penelefon: ooo

penjawab telefon: aaa..nak buat apa eh? nak survey tempat ke?

penelefon: nak datang la, tengah sesat ni tak tau kt mana tempat

penjawab telefon: eh tak silap "aku", akak "aku" kawen bulan depan

penelefon: ooo..


tup, tettttt...(panggilan ditamatkan oleh penelefon)..lantas aku terus menghantar khidmat penendang ya aa aauwww tanpa bayangan tujuh petala langit (ganda 23..grooohhhh) pesanan ringkas kepada akak aku bertanyakan siapakah gerangan si penelefon itu, mana tau rakan nya ke..tapi akak aku juga tidak kenal kerna nombor itu juga tidak ketahuan sama akak aku..barangkali si penelefon menggunakan henfon orang lain

ok cukup2, nafas awak berbau (iklan sekejap)..huh? apa kejadah nya aku merepek di atas ni..haha..sebenarnya sabtu hari tu ada orang yang aku tak kenal call aku tanya kenduri akak aku kawen dekat mana tapi tak bagi tau siapa..aku pun layan je la macam cakap dengan kawan2 terutama sekali bila aku membahasakan diri aku ni "aku" bukan "saya" atau "i" (pehhh nak speaking jeww) atau "den" atau "kawe" mahupun "kamik"..memang betul2 cakap dengan kawan..nasib baik je masih di tahap waras sebab tidak menggunakan perkataan "woi" "hoi" "wa" "lu", bahasa yang biasa aku lemparkan kepada kawan2ku

tapi bila diceritakan dengan akak aku yang aku membahasakan diri ni "aku" dan mendapat tau siapakah gerangan penelefon aku tu, di saat itu gak aku di beri penangan taskirah pendek oleh akak aku..memang menusuk kalbu wooo wa cakap sama lu..hahaha..terus akak aku cakap

"kasar betul cakap dengan orang, kang nanti orang cakap anak abah takde budi bahasa"
"lain kali tanya dulu sape..jangan main hembus je"
"ooo..kalau cakap dengan awek ke perempuan ke boleh lak saya awak i u" (erkkk..huh, mana ada)

rupa2nya si penelefon tu adalah sedara jauh abah aku..eh silap, abah saya..hak hak hak..mana lah saya tau sebab orang tu tak cakap pun siapa dia bila saya tanya..dalam keadaan situasi tersebut, saya ni adalah mangsa yang tersepit di celah2 gigi palsu taw..jadi dalam hal ni yang arif, saya tak boleh dipersalahkan la (wakk luuuu..haha) ..tapi pakcik sedara abah saya tu yang bersalah..kenapa? sebab dia salah tengok bulan kahwin akak saya..memang tarikh nya sama, tapi akak saya kahwin bulan 3 bukan bulan 2..kalau dia betul tengok tarikh dah semestinya dia tak call saya..jadi pakcik tu la salah kan kan kan..kuang3 hahaha

bila aku call abah aku cakap pasal hal ni, abah aku gelak2 cakap sedara dia salah tengok tarikh..haaa kan saya dah cakap..hahaha

pesanan ringkas: anak itik, anak gajah, budi bahasa budaya kita..terima kasih....

wrote by Rafidinho

Monday, February 7, 2011

korang rasa apa yang aku rasa??

tetibe rasa nak taip je entri ngada2 ni lepas ak baca blog ni..haha..kisah cerita hantu ni memang tak lekang dek panas..hampir setiap pelosok umat di atas muka bumi ini mesti ada cerita tersendiri pasal bab2 ni..tak kisah la yang pernah alaminya taupun sekadar mendengar cerita sahaja..aku yakin dari kecil sampai la besar mesti ada je kadang2 tu kita nak cerita pasal hantu sebab mesti korang rasa tetibe "eh nak amik feel seram la hari ni..cerita pasal hantu pun best ni"..kn kn kn..yang best pasal hantu ni, ada je pengarah2 filem nak buat kisah pasal dorg ni..kalau dorg bleh kutip royalti ni confirm kaya raya dah..haha

masa masuk sekolah asrama ke, matrik ke, universiti ke, kalau tak ada cerita hantu memang tak sah..ok kita skip untuk sekolah asrama sebab aku tak pernah masuk sekolah asrama..kuang3..masa dekat matrik, cerita hantu paling pemes ada 2..satu makcik jual karipap tepi tingkap, satu lagi perempuan ngendong anak guna kain batik..2 2 ni kawan aku cerita dorang pernah kena kacau..yang makcik karipap tu kacau kawan2 aku masa ramai2 tengah layan dvd dalam bilik kawan aku (sama aras dengan aku tingkat 4)..kawan aku cerita tengah syok2 layan cerita tetiba dengar sebelah tingkap "nak, nak beli karipap tak?", semua yang tengok tingkap memang mencanak lari lepas tu..masa kejadian tu gak, aku dekat bilik aku tengah borak2 dengan roommate aku, tingkap siap terbuka luas lagi, seronok layan angin malam lagi..haha..malam tu memasing kecoh pasal bisnes makcik karipap ni..yang roommate aku pulak tanya "eh makcik tu ada jual karipap inti sardin tak?"..tapi tak tau la kan kalau kawan2 aku ni sahaja nak bagi gimik ke, yelah kan masa tu kecoh cerita makcik jual karipap ni memang box office

ok..masuk cerita dekat universiti pula..kali ni makcik jual nasi lemak pula yang agak panas..eh2 makcik ni, buat bisnes nasi lemak pula, tak kan karipap dah tak laku kot makcik timah oiiii tau dah bosan buat karipap..lain kali jual la benda lain macam burger bigmac ke, top up ke, baru lah laku..yelah, masa tetengah malam camni lah budak2 ngengada cari burger dengan top up..hahaha..tapi dekat U aku tu ada 1 hostel, tingkat 4 memang dikosongkan atas sebab2 aku pun tak tau kenapa sebab banyak sangat versi dari budak2..yang 1 hostel tu lain cerita, yang hostel sebelah pun lain pula ceritanya..orang cakap level tu keras ada hantu..aku cakap "eh ok pe, hantu educated ni, ingat kita je ke boleh dapat scroll, dorang pun nak gak" hahaha..yang aku tau memula aku masuk U memang level tu kosong..dengar2 cerita sekarang budak2 dah boleh duduk level tu..ermm mungkin hantu2 tu da grad kot..alhamdulillah, grad gak dorang akhirnya

tutup cerita masa mengaji..cerita pula masa kerja..sebenarnya masa cerita masa life kerja ni tak ada la seseram yang mana pun..haha..ok2, lepas habis belajar je, rezeki aku beralih ke selatan..ditakdirkan juga aku masuk rumah sewa kawan aku..dia cakap ada bilik kosong 1..bilik utama aku masuk, memang luas..dengan berbekalkan bantal dan sport toto, aku sorang je duduk bilik tu..pehh memang rasa gila luas siap boleh layan renang berirama..dah kata pun bilik utama kan..tapi yang peliknya masa aku masuk rumah tu, ada 5 orang (tak termasuk aku)..2 tidur bawah, 2 tidur 1 bilik, sorang tidur 1 bilik..terfikir gak aku, kenapa sorang yang duduk bawah tu tak tidur bilik utama tu..aku menyedapkan hati cakap mungkin panas kot sebab sebelum aku masuk bilik tu tak ada kipas..masa ni semua dalam rumah tu tak cerita lagi bilik utama tu agak pelik sikit

ada gak la dalam 2 bulan aku duduk bilik tu sorang..dalam 2 bulan ni gak boleh kata seminggu 3 atau 4 kali mesti aku terjaga pukul 3 ke 4 pagi camtu..lepas terjaga rasa seram2 sejuk, bulu roma naik je memanjang..rasa macam bukan aku sorang je dalam bilik tu pun ada gak..bila tanya budak2 rumah tu baru dorang cakap bilik tu je agak keras sikit, bilik lain tau rumah tak ada pape..ciss..tapi bukan takat aku sorang je terjaga pagi2 buta, siapa2 yang tidur bilik tu senang cerita mesti cakap dorang terjaga pukul 3 ke 4 lah, bila bangun rasa seram2 sejuk..dalam hati aku "owh mungkin petanda dariNYA untuk kita orang bangun solat tahjud" huhu..lepas 2 bulan tu 2 orang budak rumah aku keluar, terus aku masuk bilik 1 lagi..bukan takut nya pasal tapi bilik tu ada ampaian dengan almari besar, lagi 1 tingkap bilik utama tu pecah 1..hahaha..sekarang bilik utama tu ada budak baru masuk..aku dan geng2 budak rumah yang lain tak cakap lagi pasal bilik tu..hoho


ni lah pintu bilik utama rumah sewa aku..cantikkan hiasan pintu nya

ni pula lukisan dalam bilik tu..bob yang lukis..comel tak lukisan tu

bilik ni gak di jadikan tempat kita orang solat..tapi......................

sekarang aku dekat utara, duduk rumah sewa syarikat sebab ada projek dekat sini..ada juga kisah nya..masa budak rumah sorang ni cerita bila terjaga malam kadang ada nampak lembaga rambut panjang, aku dah tengok rambut aku depan cermin "owh rambut aku pendek..bukan aku ni wakaka"..siap cerita masa tengah sapu rumah jumpa rambut panjang padahal semua dalam rumah tu ala2 awal ashaari..yang sorang lagi cakap benda tu memang ADA dalam rumah ni sebab dia boleh nampak benda2 macam tu..aku cakap pulak "biar lah, janji dia tak kacau, siap projek, balik" hoho

tak seram kan penceritaan aku?? hahaha..sebenarnya nak hilang kan mood bosan je ni..huhu

pesanan ringkas: macam mana pun mende ni makhluk ALLAH juga..huhu..nanti aku cerita kisah mak cik aku yang aku rasa otai gila ligan mende alah ni..pendek je kot penceritaan nya tapi aku dah malas nak taip sekarang..ngeh3

wrote by Rafidino

Sunday, February 6, 2011

nak eksen sangat..hambik ko!!!

ermm ok ke ni eh? macam besar pula..cuba yang ini..ermm macam ketat lak..haihhh..mana satu nak angkut ni..try balik yang tadi..macam ok je tapi jap, macam tak ok pun ada gak

.....
....
...

....


ok la bro, aku angkat yang ini eh

lepas 4 kali pakai..eh, aik??? naper leh jadi cani?? bila masa pulak mende ni bertukar?? erkk..owhhh tidak.......tak mungkin bertukar....
"
seriously aku memang kantoi dalam bab2 membeli kasut untuk "kegunaan sendiri"..mesti ada je yang tak kena..kalau kasut tu tak besar aku beli mesti ketat..hari tu aku beli kasut, sekali lagi aku rasa macam tersalah beli setelah beberapa kali pakai..hadoi..haha

kali ni aku beli saiz "agak" besar..cis..habis pulus aku..nak kata aku tak try sebelum nak beli tu, dah sampai berpeluh aku try, siap test jalan 10km lagi..tapi asal beli je mesti tersilap..kah kah kah..aku pun tak faham kenapa suka sangat beli salah..mungkin disebabkan saiz dua2 kaki aku lain-lain kot..ye!! kaki kiri aku rasa besar sikit dari kanan..hoho..bila nak test kasut mesti test belah kiri..huhu

tapi kenapa aku cakap "untuk kegunaan sendiri" ayat di atas tu, sebab bila aku rembat kasut abang aku, mesti ngam2 muat je..selesa je pakai..pakai sampai buat macam harta sendiri


besau kn kn?? hahahhaa, malas pula nak pakai lepas ni macam kasut McD je rasa T_T

ermm lepas ni nak beli kasut, tempah saiz dari kilang la..mesti boleh dapat potongan harga sekali sebab terus dari kilang kan macam jualan mega BARANGAN TERUS DARI KILANG!!! MURAH-MURAH!!!..korg rasa bagaimana? boleh dapat murah tak?

pesanan ringkas: siapa nak beli kasut aku ni..murah je aku jual..aku beli dengan diskaun 30%..aku jual dengan diskaun 0.3%..hahaha..tolak dekat bundle la jawabnya

wrote by Rafidinho

Thursday, February 3, 2011

tercekik masa makan burger

da seminggu kot aku main area utara ni..ape yg best? ramai dow aweks2 comel..kah kah kah..dalam masa seminggu ni gak la asal aku lalu 1 tol ni, awek je yang jaga..pastu asal lalu gak, konpem2 la ak hulur duit kertas..lambat sikit orang tol bagi baki..taktik nk usha awek la kata kn..tapi ada gak bila sekali keluar..nah amik ko!! makcik daa..laju je tangan sambar duit syiling..cukup2 pulak tu..bila aku tanya kawan aku kenapa awek je yang jaga tol kawasan tu..jawapan die ni

"tak jantan la laki kerja tol bro, tak mencabar"

hahahaha

bukan takat ramai awek comel..amois2 pun tak kurang hebat nya..kalau pakai seluar tu..pehhhhh!!!! memang mata tak dan nak kelih tempat lain..putih melepak dow, yang licin takpe lagi, ada pulak yang kulit berpolka dot, euwwww..baju pulak nak2 yang ala2 kalau tengok dinding batu tu boleh tembus sampai boleh nampak 5km..memang straight to the point je la jawab nya aku tanpa ragu2 ataupun was2..cuma tak sampai tahap sensiviti berdarah hidung je aku..astagfirullahalazim..lagha2

tapi yang paling tip top sepanjang aku dekat utara ni..bukan awek hot, bukan juga amoi panas, mahupun juga melihat aksi2 terlampau pasangan kekasih bertempek di pinggiran ladang2, estate2, kilang2, factory2 dan stable kuda (eh da macam ayat cerita 3 abdul je) batu-batan di tepi laut..tapi brader jual burger bawah apartment aku..dia punya burger..nyum3!!! sedap tuuuu..daging burger da la tebal, sayur letak nak gunung je, mayonis dengan sos cili (sos cili cap arnab - tak sedap jadi sedap..iklan kejap) tak kedekut lansung..harga murah pulak tu..memang rasa la nikmat makan burger..kenyang weh makan..bertambah layan makan burger brader tu bila awek2 lalu lalang..tapi boleh tercekik bila NYAH2 yang lalu depan sambil buat jelingan manja masa aku tengah makan..nak tesembur balik pun ada gak..kah kah kah

huuhhh..raya cina ni tak boleh la nak paw angpau jiran sebelah rumah family aku..sebab tak dop tiket bas nak kelik, jadi dok layang kapung je..huhu..nasib baik dekat kampung ada streamyx dengan astro, boleh layan bola dan internet sepam dua..


pesanan ringkas: kalau takde apa2 masalah, bulan 4 projek utara dah habis..hoyeahh..tapi lagi bagus nama aku naik untuk projek dekat sentral lepas raya cina ni..haha

wrote by Rafidinho

Thursday, January 20, 2011

hang nak p mana

ahh sudah..arahan pihak atasan sudah dikeluarkan dengan ayatnya yang penuh jitu lagi padat serta jelas, tiada maksud tersirat lagi

sedang rancak menekan2 tetikus sambil melayari pesbuk..tetiba dari belakang

"rafi..next week you move to 'north'..tell me when u free..i book flight ticket"

"huh..isnin ni aaa?" dengan nada sayup2 "ok..but before that, i need to send my car back to town..so i travel from there la cmtu"

"hurm, ok la"

2 minit kemudian bos aku datang semula

"eh better you pick up company car at 'central'..because i don't think your stuff is allowed in flight, it consider sharp tool"

"hurm, ok"

adeh..kali ni confirm aku kena ke utara..arahan dari pihak atasan sebelum ni hanya lah seperti gosip2 tahap artis tak popular mencari publisiti murahan..hahaha..hadoi, malas betul la nak naik utara..time2 baru dapat cari port baik boleh usha sambil kenyit mata dekat awek2 comel masa lunch dan bersukan di petang hari area office aku ni..time2 ni la bos aku suh naik site utara..hahaha

kalau naik utara ada kot 4 bulan tidak berpesbuk, tak dapat komen2 kt blog orang..aku mana la ada jalur lebar poket T_T hahaha

tapi sebelum tu kan..apa yang best eh kt negeri sebelah kedah? huhu..tapi (eh ada pulak tapi nya lagi haha)..kalau aku naik utara, boleh la aku ajak kawan2 aku ke danok..wahahahaha..dan tetapi (kali ni tambah 'te' kat depan kah kah kah) mana nak cekau duit weh..nak service kereta, bayar tol, minyak lagi, bulan depan confirm2 kena paw untuk roadtax kereta..dah la tengah bulan ni..majikan pun tak de bagi advance dulu..parah gini..yak boktam gilo palo (bak kata rakanku) haha

hurmm sebelum naik utara layan nasi ayam penyek pun cara gak ni

pesanan ringkas: harap2 la dapat projek dekat central dalam masa terdekat ni..boleh la den mintak ngn bos den untuk di stesen kan kat situ..dekat sedikit dengan rumah den..boleh selalu jenguk mak bapak den..sejuk sket perot dorg..hahaha

wrote by Rafidinho

Sunday, December 26, 2010

rumah aku 2 tingkat bro

"weh dengar cerita ko masuk rumah mie"

"a'ah rumah kita orang 2 tingkat bro..kau ada?"


"ek eleh..rumah aku pun 2 tingkat..sewa murah lagi..rm300"

"owh rumah aku rm350 tapi ada wallpaper..smart wooo..kalah la ko"

"wallpaper cap tenuk, xde taste langsung..rumah aku de lukisan bob!!!, haaa"
"aku ada streamyx, pastu ada astro lagi..full package..movie lagi tu bro..ni je ko dah kalah"

"ada full package kalau x tengok wat pe..toilet aku pakai heater la bro"

senyap seketika.......

...

...

...


tiba-tiba








"bilik air rumah aku tak ada lampu..tak heran pun..kalau malam tu pandai2 la target guna deria ke 6"





hahahahahahhahahahahaha

ni semua sembang2 kencang bajet power dari budak rumah aku dan membe2 aku selepas penat berfutsalista..macam gampang kn?? hahaha

perbualan gampang dorg ni buat kan aku teringat nostalgia masa zaman kecil2 dulu..selalu gak la sembang kencang dengan membe2 cerita pasal kepoweran rumah tau kereta mahupun motorsikal, senang cerita harta mak bapak la..bila sembang je benda2 macam ni kalau boleh semua tak nak kalah..siapa yang tak dapat nak "up" kan mak bapak diaorang kira kalah, boleh berambus dari kumpulan diskusi..tapi faham2 je la kan, dah nama pun budak2, kalau cerita tu mesti je sampai nak gaduh (gaduh mulut je la) tambah2 siapa yang tak boleh nak lawan balik..yang kalah siap menangis pun ada, pastu siap cakap macam ni

"balik rumah nanti, aku bagi tau dengan mak/bapak aku..suruh dorang buat macam2 biar kalah korang semua..korang tengok lah nanti" wuuuuu...wuuuuu..sob3 (sambil2 bermain hingusan ala2 yoyo)

aku pun pernah gak, balik ngadu dengan mak aku..last2 mak aku cakap

"yang pergi layan sangat benda2 macam tu buat apa..dah2, pergi tukar baju pastu mandi sekarang!!!!, jangan sampai mama rotan!!!!"

tak pasal2 aku pulak kena kan T_T hahahahahhaha


pesanan ringkas: topik sembang gampang cerita pasal rumah sewa tidak habis di tempat futsal tu je..masa lepak minum2 sambung lagi..hahaha

wrote by Rafidinho

Thursday, December 2, 2010

bila legend yang buat hasil nya memang terbaik!!!

Aku tak nak komen apa2 cuma nak gelak je..hahahahahahha..pepahal mari kita tengok siapa yang kena..kah3..sila lihat gambar di bawah




ok..untuk pengetahuan korg, ni lori yang di tempah oleh company aku untuk servis penghantaran barang..awesome!!! kan..betul2 legend, old skool..lori zaman bila ni pun aku tak tau..aku tengok cerita P.Ramlee pun dah ada dah lori ni..hahahahhahaha..adoyai..apalah salah nya keluarkan duit sedikit tempah lori treller ke, gunakan courier "flight DHL" ke, tak pun evergreen sea freight (tapi bila pulak nak sampai kalau guna laluan laut) hahaha..disebabkan lori ni gak, terpaksa lah hold dulu barang2 yang terlalu berat, takut tak larat pulak lori ni nak bawa

fyi, this lorry travel from south to north..when i saw the spec of max loads capacity of this lorry is around 15tonnes..barang semua lebih kurang 17ton..but the lorry driver said "oh dont' worry the load can be up to 20tonnes" and me "huh? biar betul natam ni, erm lantak ko lah janji sampai"..the driver start traveling on friday noon..agak2 burung gagak, korg rasa bila lori ni boleh sampai untuk perjalan hampir 1000km? aku calculate(ceh sempat buat kira2 lagi) dalam ahad malam sampai ke destinasi (tu pun aku rasa samar2 lagi)..then i text my colleague on sunday morning "lori apa cerita"..he replied


"finished unload items yesterday night"

pas baca message tu tetiba aku terus "WOW!!! hebat sial lori ni"..erm, ni mesti guna 20 tow truck tarik dari hadapan..yelah korg bayangkan macam mana lori ni survive dekat laluan pergunungan alps a.k.a highway lepas jelapang dengan berbekalkan engine cap ayam mercedez benz tiada turbocharge or supercharge, exhaust tak modified..aku rasa dia pakai helicopter kot angkut dari jelapang sampai sg.perak..hahaha..btw, the driver managed to get there earlier than i expected..bravo2, congrats bro..lu dengan lori lu memang legend..BOS!! LEPAS NI KALAU NAK HANTAR APA2 BARANG LAGI TEMPAH LORI NI JE LAH EH..hahaha

pesanan ringkas: kalau bos aku jumpa entry ni mampos aku kena..jadi korg yang baca shhhhhhhhhh!!! hahha

wrote by Rafidinho