Sunday, November 21, 2010

what a shame young engineer

bila otak lama tidak membuat kira-kira mulalah menjadi error dan gila..tambahan lagi bila keadaan kelam kabut

dalam situasi tergesa-gesa aku membuat kira-kira matematik mudah mengira hasil tambah tenaga pekerja..belek belakang kertas, tengok depan ok siap!!! (3 saat buat kira-kira)..lepas itu aku pun hantar "manhours report" kepada pengurus terminal (kira klien aku la)..belum sempat melangkah keluar pintu bilik nya..tiba-tiba

"alo brader..your calculation is wrong!!..how come such a simple mathematics you can't do..take it back!! do the correction then submit again..what a shame young engineer"

"really sir..ok i'll check again"..10 saat kemudian.."ok sir here the manhours sheet"

"erm..good"

(hahahahahahaha..bengong betul, macam mana 8+7 pun aku boleh tersalah kira da..hahaha)

teringat pulak aku masa belajar dekat U dulu..mende alah simptom ni selalu jadi dekat aku masa peperiksaan..tambah2 subjek yang memerlukan banyak gila kira-kira dan rumus2 panjang nak mampos (ada kot dekat2 5km/jam panjangnya..eh pehal pulak pakai jam..haha) bila masuk je dewan peperiksaan, pehh bukan main canggih mesin kira-kira aku bawa..bajet macam boleh terus dapat jawapan la dengan sekali tekan je..huhu..masa mula peperiksaan x rasa lagi..bila pengawas peperiksaan umumkan
"lagi 30minit masa akan tamat"..haaa otak aku mula la sedikit2 diserangi cacing2 kerawit je..masa ni boleh bertahan lagi la..masih tenang lagi untuk menekan2 calculator serta menggunakan otak yang 90% masih waras..

tapi bila dengar je "tinggal 5 minit sahaja lagi!!!!!"..dengan berbekalkan soalan yang banyak lagi belum dijawab..soalan pulak main dengan rumus macam celaka..pehhh serta merta otak aku terus hang sebab banyak sangat virus2 serang..masa ni apa lancau antivirus dah x boleh pakai da (x boleh nak update definisi virus sebab lesen disenaraihitamkan..haha) ..walaupun banyak sangat virus dalam kepala otak aku masa tu..tapi aku suka..sebab??? sebab masa ni lah otak aku akan di naik taraf secara tiba-tiba..dari tahap ijazah ke tahap PhD..hahahhaha..mana tak nya, buat kira-kira untuk 2 helai selama 20 saat pakai otak je...ye!! pakai otak je tanpa guna calculator, laju tu bai (mana x lajunya sebab font tiba2 jadi besar..dari normal saiz 12 tuka jadi saiz 48..hahaha..tapi xtau la betul ke x..ngeh3)..lepas tu, bab2 rumus tu xyah nak cakap la, yang panjang dipendekkan..yang dah memang pendek dipendekkan lagi..haha..yang paling best, rumus x pernah wujud, aku dengan selamba je wujudkan (bukan senang tu nak buat rumus..memang tahap2 PhD je yang biasa buat rumus ni) HAHAHAHA (gelak bangga)

tapi bila diumumkan pulak
"tinggal 1 minit lagi!!" secara automatik..otak aku akan autoshutdown..masa ni aku dah rilek je..kemas barang2, susun cantik2 kertas jawapan..sambil2 buat muka tenang, senyum lebar siap tunjukkan tanda "thumbs up" dekat rakan2 lain bajet macam aku berjaya menjawab semua soalan dengan cemerlang..padahal dalam hati (sob3..banyak lagi tu soalan x dapat jawab) hahahaha

pesanan ringkas: bila lagi la otak aku boleh dinaikkan taraf sekali lagi secara mengejut..haha..owh terasa rindu pulak zaman belajar macam dulu..huhu

wrote by Rafidinho

Wednesday, November 17, 2010

seronok bila berjanji tapi diri sendiri menidurkan diri

huh sudah lama tidak menjenguk menatang yang dinamakan blog..rasa macam dah bau bangkai blog aku ni..hahahaha..sekarang aku sudah rasa kemalasan untuk menaip benda alah blog ni sebab sudah kurang mood la pulak..huhu

hurmm, ok berbalik kepada tajuk asal..pernah x korg buat temujanji dengan orang lain tapi korang x datang..mesti ada punya kan..tipu la korg kalau cakap x pernah (siapa yang pura2 cakap x pernah tu meh sini aku taji cukup2 hahaha)..janji dengan awek tau pakwe korg mahu jumpa..tapi x datang sebab hal2 tertentu..ada kan, ada kan..kalau ada sila sengeh sorg2 sekarang!!!!! hahaha

tapi pernah x buat janjitemu dengan orang yang tidak dikenali, pastu bila masa yang ditetapkan untuk berjumpa korg tertido..baik punya tido..hahaha..mesti ada yang pernah, ada gak yang x pernah..tapi situasi ni berlaku dengan aku semalam..tambah pulak aku buat appointment pasal kerja

cerita nya bermula bila bos aku suruh aku panggil budak NDT (dimelayukan Ujian Tanpa Musnah) datang tembak RT (Ujian Radiografi) waktu malam..dan disebabkan aku sorg sahaja yang available jadi aku "terpaksa" datang standby untuk tengok dorg buat kerja..maka tengah hari aku call, minta dorg datang malam..aku set pukul 9mlm..aku pun set la dalam kepala otak "ermm datang awal sedikit la dari dorg ni"..tapi apa kan daya, lepas magrib, aku x tahu bagaimana? macam mana? kenapa? bila? aku tidur..tambah pulak masa tu hujan..syok je rasa..hahahahahha..sedar2 je sudah pukul 11..tengak h/fon nah amik ko 7 miss call..terus aku call orang NDT tanya apa cerita..huhu..fuhh!! nasib agak baik ketika itu..dorg cakap dorg tunggu lagi..aku pun apa lagi..berdesup tekan minyak datang ke workshop..sampai2 pukul 11.30mlm..datang sengeh2 sedikit sambil minta maaf

bila dah sampai, masa nak bukak pintu pagar..kunci la pulak..aku dah tepuk dahi..hadoiii..terus aku call budak2 kimpalan tanya pehal dorg kunci pintu padahal dah ingatkan dorg jangan kunci..masa tu jugak suruh dorg anta kunci..terpaksa sekali lagi org NDT tu tunggu kunci workshop sambil2 tu jugak aku melemparkan sengih2 aku, walhal dalam hati "mampus kalau bos aku tau..confirm kena maki hamun"..last2 dorg start kerja pukul 12 t/mlm sampai la pukul 2 pg..sekali2 dengan aku balik pukul 2 pg..bila masing2 nak blah..aku lemparkan sekali lagi sengehan buat kali terakhir..huhu

pesanan ringkas: raya haji x dapat cuti..kena standby la pulak..alasan bos, dia cuti pergi haji..cehh..padahal dia apek

malam raya haji pun kena standby untuk kali ke 2 org NDT datang workshop buat kerja..adeh

wrote by Rafidinho

Tuesday, September 14, 2010

cuti raya yang sangat panjang..best woo

tett2 (1 mesej masuk)

"oit pakcik keje ke rini..rilek2 la..skang sume org blasah cuti lg la..hahaha"

cissss!!!! kuang ajaq sungguh akak aku..berani dia hantar mesej macam ni..nasib baik hari tu dia bagi duit raya..kalau x memang aku akan..akan...akan..akan buat, alah itu, ini (itu ini tu apa rafi oitt? ermm buat itu lah..buat ini lah..alah itu ini) hahaha

"semalam ko keje ke bro..x tegar la keje bro..hahaha"

balik kerja tadi nah amik kau..sekali dapat ayat diatas dari budak rumah aku..cilakak kau orang..hahaha

tahun ini raya aku x berapa nak cun..sekejap saje rasa..rasa macam cuti 1 hari saje..padahal dari hari rabu sampai ahad aku cuti..tapi yelah, dari selatan malaysia naik ke sentral lepas itu naik lagi ke utara..memang aku rasa sekejap gila..hahaha

untuk melayan kan bos aku yang mahu mengejar planning supaya s-curve nya menjadi cun melecun lagi meleleh hingus2 klien..aku mengorbankan sedikit jiwa remaja aku dan juga nikmat2 kuih hari raya serta duit raya..sob3 T_T (pehhh ayat x boleh blah betul aku..hahaha)

* tapi apa2 pun, kepada sesiapa yang masih bercuti lagi..SELAMAT BERCUTI!! (pasrah2 je nak taip ayat ni)..hahaha

cuaca hujung selatan malaysia sangat terik sehinggakan mampu menukarkan aku menjadi hitam legam..hahaha

dah setahun aku x jumpa budak kecik comel ni (adik sedara aku)..dulu gemok perot boroi!!! sekarang slim siottt..nak kata makcik aku x bagi makan x jugak sebab aku tengok makan masih lagi main belasah je budak ni..haha

pesanan ringkas: pak ngah aku masuk hospital tadi..akak aku mesej dia kena cancer..aku harap pak ngah aku akan ok

wrote by Rafidinho

Wednesday, September 8, 2010

sorry salah nombor bro

kring...kring...kring...kring
fon aku berbunyi (gila old skool bunyi kring3 haha)
nombor yang terpapar di skrin phone tidak dikenali..aku angkat

hello

hello rafi..hello

haa..siapa ni?

nizam2

nizam? nizam mana?

nizam to****t (disensoredkan atas dasar perihatin) sebenarnya aku x dengar nizam apa? ngeh3

oo nizam..haa apahal

ko dekat mana? bila mahu datang?

aku dekat tanjung langsat ni..nak datang mana?

hah? tanjung langsat? mana tu?

terminal tanjung langsat

terminal?

haa ye terminal..ko nak tau pasal projek caltex ke?

caltex? .............................(senyap beberapa saat) ko x datang kilang ke?

adeh..kilang mana ni bro? aku dekat terminal ni..mana ada kilang dekat sini..storage tank dengan pipeline ada la weh

.........................(senyap lagi), ko ni rafizuwan ke?

rafizuwan? mahkluk tuhan mana pulak ni? x faham la aku

bukan!!! oh sorry salah nombor

owh salah nombor eh..ok

call end..sekian tamat perbualan phone antara aku dengan orang yang tidak dikenali selama 2minit setengah

* aku kalau nombor yang x dikenali call memang aku selalu layan je dulu walaupun tahu orang itu salah nombor..malas nak cakap "aaa maaf u salah nombor la" tapi aku sengaja tunggu dia yang cakap "owh sorry salah nombor la"..hahaha..bagus kan aku? baik hati kan? peramah kan? hahahaha

** sorry la bro habis kan kredit phone ko sedikit..haha..tapi nak buat macam mana, nada ko serius dan beriya2, tu yang buat aku selamber layan ko balik dengan serius..ngeh3

pesanan ringkas: macam mana dia tahu nama awal aku eh? musykil ni musykil..tapi bila teka yang hujung sekali salah daaa..hahaha

apa2 pun..kepada semua umat islam..selamat menyambut hari raya aidilfitri
kepada kawan2 aku budak pmt tangga barat..selamat menjamu lemang atas pelantar a.k.a module..haha
x lupa juga warga2 offshore..selamat makan lemang dalam pipe 24"..hahaha

wrote by Rafidinho

Monday, September 6, 2010

hari khamis kena demam

berikut adalah sketsa yang x berapa nak sketsa antara aku dan bos aku

rafi, u balik cuti raya bila?

saya balik rabu malam, kenapa bos?

ermm..u boleh kerja lagi x hari khamis tu

erkk!! eh x boleh bos..sbb hari khamis tu saya demam

huh!! boleh pulak u tau u demam hari tu

eh boleh bos..kalau mengikut kelender demam saya, memang jatuh hari khamis ni..lagipun semalam saya jumpa doktor, dia pun pesan supaya saya mendemamkan diri hari khamis ni..jadi nak x nak memang saya mesti demam hari khamis ni

ermm..kalau macam tu hari isnin masuk ok!! sebab kalau mengikut kelender saya pulak driver bas balik kampung

lol, apa kaitan dengan saya pulak bos

diam!! tiada kaitan langsung dan tidak berkaitan pun dengan apa yang dibincangkan..sekarang siapa bos?? saya atau u bos??

mestilah sayaaaaaaaaaa bukan bos..hadoi, dah tentu2 bos la bos T_T

bagussss


sekian sahaja dialog merapu dari aku..hahaha

* rabu malam aku DEMOB, ahad petang nak kena MOB dah, isnin pagi confirm jadi MOP..hahahaha

** ramadan dah nak habis..korang mesti sedih kan..ermm, marilah kita sama2 berdoa semoga kita semua dapat jumpa lagi ramadan akan datang (^^,)


pesanan ringkas: adoi, zakat x settle lagi ni..

wrote by Rafidinho

Sunday, August 29, 2010

maaf bibik, saya tidak dapat membeli airbus seperti yang bibik mahu

semalam aku cuba menggatalkan tangan dan juga jari jemari aku untuk melihat tahap kemiskinan terkumpul aku selama ini di dalam peti besi..hasilnya ye!!! memang tidak dinafikan lagi..aku tidak lagi mampu untuk membeli sebijik Airbus380 secara tunai untuk di hadiahkan kepada bibik aku untuk dia menunjuk2 (kepada rakannya di seberang) sambil bawa ke pasar

aku terpinga2, mengapakah hasil kemiskinan aku terlalu sedikit, sepatutnya banyak sehinggakan mampu mendapat gelaran bankrup, pelik sungguh..lalu aku pun mengkaji kenapa? bagaimana? ianya terjadi..dan hasilnya sungguh tidak ku sangka sehinggakan hampir mencarut2 di bulan puasa yang mulia ini..let's check this out guy..see below


sila gunakan kanta untuk gambaran lebih jelas

baru ku tahu selama ini mengapa duit ku hilang sedikit demi sedikit..CILAKAK!!! betul maybank..harapkan peti besi, maybank yang kebas duit aku..siot je maybank..aku simpan duit pakai bank ko tu..xkan itu pun ko nak kebas..ini yang aku nak simpan duit dalam tabung ayam..ok, mari kita kembali ke sekolah dalam pembelajaran matematik

1 transaksi pengeluaran dicaj = 50sen
10 transaksi = rm5
kalau dalam masa setahun aku buat 1000 transaksi yang di caj, x ke rm500 melayang..untuk transaksi yang tidak di caj berapa banyak je..CILAKAK..dividen pun sangat ciput je korang bagi kat aku

"rilek la brader..memang la kitorg caj 50sen..ape lu ingat mesin ATM leh gerak sendiri ke..guna letrik tu bai..jadi lu nak pakai..lu bayar la sendiri letrik tu..kira cukup bagus la caj 50sen..klau ikut kn ati aku..aku caj 10 hinggit"

demn!!!

aku ni dah la tidak berduit sangat..kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, cuma malam je aku x pernah kais lagi..kalau aku kais "malam" rasa2 1 bulan boleh makan...hahaha

p/s: statement di atas hanyalah rekaan semata2..tiada kaitan dengan lu orang..haha

pesanan ringkas: kalau aku kumpul2 hasil maybank caj ni..boleh la aku bagi duit raya dekat pembaca2 blog aku ni..siapa setuju aku bagi duit raya...hahaha

wrote by Rafidinho

Wednesday, August 25, 2010

makhluk halus datang secara senyap dan semakin menular..berhati hati

Stoking aku kena rembat dek makhluk halus yang tidak di kenal pasti nombor i/c nya, apa tah lagi panjang bulu ketiak nya..lalu aku telah memanggil team CSI untuk menjejak si perembat ini..namun hasilnya sungguh mengecewakan untuk para team CSI mahupun aku sendiri..lalu berkata leader CSI kepada ku

"huh..maaf kami tidak dapat membantu..perembat ini sungguh licik..tiada apa2 bahan bukti kami boleh dapat..masakan cap jari, sehelai bulu berintikan tahi hidung pun kami tidak jumpa..sungguh memalukan betul untuk team kami yang terhebat ini..maaf..walau apa pun..upah nya 20ribu USD eh..kami hanya menerima tunai..untuk pembayaran sila ke kaunter sebelah"

Demn!!!

1 pasang stoking ku di rembat semasa ianya tersidai di ampaian..1 pasang lagi yang berpolka dot koyak serta cantik lagi kemas tersidai tidak di ambil pula..sungguh hairan

** Nasib baik boxer aku, aku dah siap2 rantai pakai solex pastu siap welding sekali di ampaian

pesanan ringkas: x pasal2 aku kena beli stoking baru..horey!! stoking baru tu..x kan nak pakai stoking berlubang2 polka dot kan..haha

wrote by Rafidinho