Thursday, November 17, 2011

surat khabar terhebat

salam

sepatutnya aku nak post entry ni semalam dan minggu lepas dalam wordless wednesday..disebabkan aku malas dan tak sempat dan aku dah tak tahan, aku post je la hari ini..peduli hape aku


P = Perlawanan/Permainan
M = Menang
S = Seri
K = Kalah
J = Jaringan
K = ? (mungkin "kena" kot) yang lebih sesuai diletak B = Bolos saje dinding itu
Mt = mata

jadi korang nampak tak apa yang cuba aku sampaikan disini..nampak? kalau nampak dan tahu jawapannya, sila hantar jawapan korang ke 3310 untuk memenangi hadiah (tertakluk kepada terma dan syarat)

udinese tetap di persada liga walaupun sudah kalah 11 kali daripada 10 perlawanan walaupun jaringan baru je 3 gol

p/s: itu lah..kalau dah tak nak jadi wartawan sukan, jangan jadi..jadi je ramalan kaji cuaca, baru sesuai..kan dah nampak kebangangan disini..haishhh


pesanan ringkas: tahukah anda pesawat yang melalui awan dengan pantas boleh menyebabkan pembentukan cristal ais dan menghasilkan titisan hujan atau salji?

wrote by Rafidinho

Thursday, November 10, 2011

dunia duit memang indah dimata $o$

salam

untuk mukadimah aku cuma nak bagi tahu aku ni bukanlah jenis orang yang suka membaca (rasa macam gampang pula statement ni haha)..tapi tadi aku baru je baca satu majalah ni, artikal menceritakan pasal dunia duit..senang cerita aku rumuskan la dari apa yang aku FAHAM melalui pembacaan aku tu eh

satu artikal dikarang oleh Ian Pearson, melalui analisis nya mendapati pada tahun 2030, duit kertas dan syiling mungkin akan lenyap dan ditukarkan kepada sistem transaksi elektronik..contoh macam tak kira lah nak beli telur separuh masak 2 biji ke, beli sayur ke, beli ayam sekilo rm14 ke mahupun beli choki2, semua transaksi akan melalui 1 electronic device dipanggil lebih kurang E-Wallet..penjual pun sama juga ada alat ni..lebih kurang macam kad kredit atau kad debit, tapi mesin pengimbas kad perlu networking cable..macam e-wallet ni guna network sama dengan telekomunikasi telefon (kira wireless la)..tapi tak tau la kalau negara maju sekarang ada mesin swap kad yg ber wifi..hehe

antara syarikat komunikasi yang telah melancarkan e-wallet ni termasuklah orange uk, lepas tu google pun dah masuk juga..selaras dengan perkembangan teknologi ini..google sudah mula mengorak langkah dengan cuba mencipta nilai mata wang sendiri dan memasang impian untuk menggunakan 1 nilai mata wang untuk seluruh dunia..agak2 apalah matawang dorang ni..hurm

budak : pakcik, bagi choki2 tiga. Berapa harga?

pakcik jual choki-choki : satu 5 google..3 jadi 15 google lah

budak : ok..
tettt (bunyi mesin pengimbas e-wallet)

matawang "google"?? JADAH APA!!! tak menarik lansung..kalau matawang MUKABUKU a.k.a FACEBOOK? arghh..macam gampang rasa bunyi nya..kah3

aku taknak komen apa2 pasal isu ini kerana aku bukanlah terer dalam bab2 ekonomi ini malah bukanlah juga penganalisis ekonomi..keh3..jadi apa kata korang?

tetapi bagi aku..akhir2 nanti kemungkinan matawang DINAR dan juga EMAS untuk menguasai dunia tu amatlah tinggi..jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu..tapi aku yakin DINAR EMAS akan menguasai dunia satu hari nanti..jadi marilah kita kumpul EMAS banyak2

pesanan ringkas: berapa harga pasaran emas sekarang?

wrote by Rafidinho

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday : retro



pesanan ringkas: dating pakai kereta ni agak2 cara tak?

wrote by Rafidinho

bulan disember apa ada?

salam

bos aku cakap ada nak buat company trip ke hong kong..semua staff teruja, cuma aku je tak..haha..bos cakap boleh ajak lagi sorang..tapi nak kena tambah lagi RM2000..pale hotak dia..mahal nak mampus..hahaha

maka dengan ini, siapa nak ikut aku pergi hong kong? jom3..nanti aku cakap dengan bos aku..tapi paham2 lah sendiri..bayar RM2000..alah murah je kan? pale hotak mung rafi

hong kong ada apa?

RM2000 boleh gak kalau nak buat tunang, cukup ke eh?

pesanan ringkas: selamat hari deepavali kepada kaum india

wrote by Rafidinho

Friday, October 7, 2011

pindah tempat dapat bonus

salam

aku malas nak update sebenarnya..cukup lah sekadar ingin memberitahu..office aku baru pindah ke tempat lain..ingatkan best la, rupanya ceittt..budak2 office memang cari nahas betul la, tak pasal2 dorang letak meja aku betul2 depan bos..adoyai, kantoi lah nanti dengan bos yang aku ni sememangnya rajin..da tak pasal2 bulan depan gaji naik, bonus 12 bulan

*korang punya tempat siap boleh main mukabuku 24jam lagi..kuang ajaq

**apa pasal korang tak letak je meja aku sebelah bos..baru senang aku nak pantau bos main mukabuku ke tak..haha

***sekarang ni susah lah aku nak korek hidung dengan selamba yang sebelum ini aku buat

****selamat tinggal mukabuku diwaktu kerja..arghhh


pesanan ringkas: bajet 2012..apa kelebihan untuk penjawat swasta lagi muda macam aku eh?

wrote by Rafidinho

Sunday, September 25, 2011

rumah terbuka memang untung, tapi tingkap tebuka...

salam syawal..

untuk akhir2 syawal ni mesti ramai kan yang buat rumah terbuka..semalam saje ada 4 rumah terbuka di kawasan kejiranan aku..pergi sana sikit, sini sikit, kenyang 1 minggu ye tak..haha..ok2, sebenarnya bukan lah rumah siapa yang terbuka aku nak cerita ini..cuma nak cerita sikit pasal benda ini, dah lama rasanya tak post pasal benda2 macam ini..huhu

korang tahu tak apa itu Drag Reduction System atau melayu nya Sistem Pengurangan Seretan (eh ye ke melayu nya macam ini..haha)..sistem ini digunakan dalam perlumbaan formula satu..sistem nya agak mudah dimana sayap belakang memainkan peranan..FIA buat sistem ini untuk memudahkan pemandu memintas kereta hadapan..sekaligus dapat menyeronokkan para penonton dan membuatkan perasaan teruja tu timbul (aku rasa aku sorang saje kot yang teruja..haha)

cara sistem ini berfungsi adalah bila sistem ini diaktifkan sayap belakang akan naik/terangkat dalam 50mm dari keadaan normal, maka daya tujah kebawah akan dikurangkan sekaligus mengurangkan daya seretan..senang cerita rintangan angin kurang la..contoh macam korang buka tingkap rumah luas2, kan laju je angin masuk ye tak..haa boleh bayang tak, boleh bayang tak cane? hahaha

ni keadaan normal angin sikit terhalang, yang atas tu belum naik lagi..contoh korang tak buka tingkap lagi


yang ni pula bila sistem tu diaktifkan (yang belah atas tadi dinaikkan)..contoh korang buka tingkap..haa kan nampak cantik je flow angin tu

-sekadar gambar hiasan cewahh-

ok sekarang nak cerita pula macam mana pemandu2 formula satu ni nak aktifkan masa hari perlumbaan..haa macam biasa la, register dulu akaun pesbuk, baru la kira aktif ye tak..haha..sistem ini tak boleh sewenang2 pemandu aktifkan, ada certain point and time their system will activated/armed..sistem ini hanya terhad untuk kereta dibelakang, depan tak boleh (kalau yang depan nak aktifkan, kena la bagi potong dulu baru boleh merasa sistem ini)..kereta belakang pun kalau perbezaan masa dengan kereta hadapan 1 saat atau kurang baru la akan diaktifkan..lepas tu nak guna pun masa jalan lurus..kalau masa selekoh ke laut la kot jawabnya dorang..haha

yang bagi permission sistem dah aktif ke belum FIA saje yang tentukan..dah macam cerita dead race pula..lalu bawah arm baru senjata diaktifkan..huhu

untuk kereta2 biasa atas jalan ini pun dah ada sistem lebih kurang macam ini..contoh macam bugati veyron..laju sikit, nanti sayap belakang/spoiler akan terangkat sendiri untuk lebih stabil..bila brek mengejut, spoiler automatik terpusing untuk halang angin

kenapa kereta malaysia tak buat sistem ini lagi eh? haha..aku ingat nak modified kereta aku kalau nak potong terus jadi lambrogini, kalau nak ambil selekoh jadi evo, kalau keadaan jam tuka jadi viva..huh? dah macam transformers la pula..wakaka

erkk..tapi pejadah tajuk entri aku tu eh..ahh biar la..malas nak tukar

pesanan ringkas: tahukah anda boeing 747 akan membebaskan sejumlah 33 ton CO2 untuk perjalanan jarak 530km

wrote by Rafidinho

Wednesday, September 7, 2011

raya di thailand ......

salam

apa cerita hari raya korang tahun ni? best? ada banyak dapat duit raya? kalau dapat lebih bagi aku 20%..haha

hajat beraya sampai ke thailand tak jadi sebab passport antarabangsa aku dah tamat tempoh..aduh betapa bangang nya aku tak renew balik..ku fikirkan boleh la buat temporary atau boarder pass, rupa2nya "fikir" aku tu boleh kasi hantam sama meriam buloh daa..cilakak tak boleh pula nak buat pass tu sebab aku bukan orang perak,kelantan,kedah atau perlis..cis, cis, cis..haha..last2 abang aku je lepas sempadan sebab dia baru renew, siot tak bagi tahu aku lansung dia

dipendekkan cerita, abang aku balik dari thailand cerita dia kena tahan dengan imigresen thai..guard tu cakap dengan abang aku

"oh I'm sorry..name of AZMAN is classified as terrorist in thailand..I call my superior for this issue"

lepas tu superior guard tu pula cakap

"oh sorry, actually every name of AZMAN when we kick in the computer..the data show as terrorist..but your face not look like "our" AZMAN even AZMAN is your sir name..so you are access to enter thailand"

lol..hahahaha..lawak gila aku dengar abang aku cerita..dalam setengah jam dia kena tahan..bukan takat nak masuk thailand je, nak keluar thailand pun sama..kah3

kalau aku boleh masuk thailand pun mesti aku pun kena tahan sama sebab nama azman tu ialah nama abah aku

tapi abah aku pengganas ke?? ganas dengan anak2 ada la..keh3

pesanan ringkas: sempat lagi kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat islam di dunia

wrote by Rafidinho