Wednesday, January 25, 2012

wordless wednesday : lekat dan lekit

salam





aku terperasan separuh perjalanan..ada lah dekat 15km juga lah

hurmm..aku try cari iklan castrol yang cicak melekat depan visor motorsikal apa aku lupa2 ingat..tak jumpa lah pula..kalau tidak boleh aku compare sama ke tidak situasinya

p/s: aku rasa mesti tak ramai yang komen entri ini..kah3


pesanan ringkas: tahukah anda bahawa ducati 1199 Panigale sangatlah tidak masuk akal lansung..ceitt (ayat jealous)

wrote by Rafidinho

Friday, December 23, 2011

kalau u sayang i..u lepaskan i ok?

salam..

di suatu hari minggu yang indah..satu pasangan cintan cintun a.k.a pakwe dan makwe sedang beronggeng2 di sebuah shopping complex

sedang mereka sibuk berkepit2 berdua-duaan sambil2 mencari jalan menghabiskan duit, secara tiba2 si pakwe bersuara

pakwe: sayang juga u dekat i eh sampai pegang tangan kuat2

makwe: mestilah!!!

pakwe: hurm, eh u..i nak tanya sikit dan juga buat permintaan lah

makwe: huh? permintaan? pertanyaan? nak tanya jom kita pergi kaunter pertanyaan k..haha

pakwe: eh u, i tak gurau la ni..cubalah u serious sikit (bernada serious)

makwe: alah u ni, i gurau pun tak kan lah nak marah kot..ok2 i serious..haa apa dia?

pakwe: sebenarnya, i dah lama nak beritahu u pasal hal ni dan sekarang, i rasa i perlu beritahu u juga walau apa cara sekali pun..i hope u dapat bersikap terbuka lah apa yang i nak cakap kan ni (nada sayup)

makwe: hurm, apa yang u cuba nak sampaikan kt i ni..aaa


belum sempat si makwe mahu menyambung, lantas si pakwe mengajak si makwe duduk di kerusi


pakwe: i nak tanya..u sayang dekat i tak?

makwe: mesti la i sayang u sangat2..eh kenapa tiba2 tanya soalan ni kenapa..u buat i rasa serba salah lah

pakwe: huhhh (mengeluh si pakwe), macam mana nak cakap dengan u ni eh..terus terang lah, kalau u sayang kan i, i nak u lepaskan kan i boleh? please....

makwe: hah!! lepaskan u? untuk apa? kenapa? i tak faham lah..u ni saje je kan bergurau

pakwe: i serious dan i nak u lepaskan i, i rasa kita tak boleh bersama2 lagi sekarang


tiba2 raut muka si makwe berubah (dalam hatinya seperti tidak kena..macam2 persoalan timbul dalam buah fikirannya..tertanya2 dalam diri apakah kesalahan yang diri sendiri telah lakukan)


makwe: u.....kita bawa berbincang boleh? adakah saya telah buat silap dengan u? kalau ada cakap, i cuba betulkan..i akan jadi yang terbaik untuk u..pleaseee, i merayu jangan minta pisah


air mata si makwe mula bergelinang sambil diperhatikan si pakwe tanpa kata2..diam seketika


makwe: u...cakap lah sesuatu..janganlah diam (teresak2)....ok, u cakap saje apa yang i perlu buat untuk supaya kita tak berpisah..i sanggup lakukan apa saje..i janji

pakwe: i cuma nak u lepaskan i saje..cukuplah

makwe: taknak!!!! taknak2!!! u dah ada orang lain? u tak sayang i dah ke?


pengunjung2 shopping complex yang lalu lalang di hadapan pasangan itu masing2 memandang tepat kearah mereka dan ada juga yang dari mereka mula berkata2


pakwe: u..u..please..kesat air mata..janganlah macam ni..i hope u understand..lagi, orang dah mula tengok kita

makwe: kenapa?? u segan?? malu org tgk i nangis macam ni?? i tak kesah orang nak tengok kita ke, nak cakap2 pasal kita ke..yang i nak sekarang u just cakap "u taknak lepaskan i" then barulah i akan rasa lega

pakwe: i memang sayangkan u, u lah segala2 bagi i..tapi i terpaksa berpisah dengan u walaupun berat hati mahu lepaskan..lagipun ia tiada kaitan dengan orang ke2 atau ke3..susah i nak explain

............... (diam lagi pasangan di samping si makwe masih teresak2)

pakwe: sayang..pleaseeeeee..i nak minta u satu je, tolong faham situasi ni..memang susah i nak explain..tak mampu berkata apa2 lagi..i hope u tenang dengan permintaan i ni

makwe: macam mana i nak faham kalau u tak explain apa2 lansung kenapa u minta putus..then u minta i tenang..cuba u cakap, macam mana i nak tenang..at least u cakap lah sikit..i mungkin boleh terima

pakwe: hurmmm..ok lah, i cuba sedaya upaya explain yang terbaik supaya u dapat memahami

.

.

.

.

.

.

.

.

.

pakwe: i..........i..............

.

.

.

.

.

.

.

.

pakwe: i sebenarnya nak ke TOILET..sakit perut sangat2 ni..tapi dari tadi u asyik pegang tangan i je..kuat pula tu..tu pasal i minta u lepaskan i..bukan nya apa pun..muahahahahaha

makwe: eeeeeeeeeeeeee.................kuang hajaq punya pakwe!!!

@^%*#*@@!#^7@!)@17^& (scene seterusnya terpaksa di tapis)

lalu berjalan si pakwe ke toilet dengan 3 benjolan di kepala T_T


pesanan ringkas: bila laa nak bonus ni..muahaha

wrote by Rafidinho

Thursday, November 17, 2011

surat khabar terhebat

salam

sepatutnya aku nak post entry ni semalam dan minggu lepas dalam wordless wednesday..disebabkan aku malas dan tak sempat dan aku dah tak tahan, aku post je la hari ini..peduli hape aku


P = Perlawanan/Permainan
M = Menang
S = Seri
K = Kalah
J = Jaringan
K = ? (mungkin "kena" kot) yang lebih sesuai diletak B = Bolos saje dinding itu
Mt = mata

jadi korang nampak tak apa yang cuba aku sampaikan disini..nampak? kalau nampak dan tahu jawapannya, sila hantar jawapan korang ke 3310 untuk memenangi hadiah (tertakluk kepada terma dan syarat)

udinese tetap di persada liga walaupun sudah kalah 11 kali daripada 10 perlawanan walaupun jaringan baru je 3 gol

p/s: itu lah..kalau dah tak nak jadi wartawan sukan, jangan jadi..jadi je ramalan kaji cuaca, baru sesuai..kan dah nampak kebangangan disini..haishhh


pesanan ringkas: tahukah anda pesawat yang melalui awan dengan pantas boleh menyebabkan pembentukan cristal ais dan menghasilkan titisan hujan atau salji?

wrote by Rafidinho

Thursday, November 10, 2011

dunia duit memang indah dimata $o$

salam

untuk mukadimah aku cuma nak bagi tahu aku ni bukanlah jenis orang yang suka membaca (rasa macam gampang pula statement ni haha)..tapi tadi aku baru je baca satu majalah ni, artikal menceritakan pasal dunia duit..senang cerita aku rumuskan la dari apa yang aku FAHAM melalui pembacaan aku tu eh

satu artikal dikarang oleh Ian Pearson, melalui analisis nya mendapati pada tahun 2030, duit kertas dan syiling mungkin akan lenyap dan ditukarkan kepada sistem transaksi elektronik..contoh macam tak kira lah nak beli telur separuh masak 2 biji ke, beli sayur ke, beli ayam sekilo rm14 ke mahupun beli choki2, semua transaksi akan melalui 1 electronic device dipanggil lebih kurang E-Wallet..penjual pun sama juga ada alat ni..lebih kurang macam kad kredit atau kad debit, tapi mesin pengimbas kad perlu networking cable..macam e-wallet ni guna network sama dengan telekomunikasi telefon (kira wireless la)..tapi tak tau la kalau negara maju sekarang ada mesin swap kad yg ber wifi..hehe

antara syarikat komunikasi yang telah melancarkan e-wallet ni termasuklah orange uk, lepas tu google pun dah masuk juga..selaras dengan perkembangan teknologi ini..google sudah mula mengorak langkah dengan cuba mencipta nilai mata wang sendiri dan memasang impian untuk menggunakan 1 nilai mata wang untuk seluruh dunia..agak2 apalah matawang dorang ni..hurm

budak : pakcik, bagi choki2 tiga. Berapa harga?

pakcik jual choki-choki : satu 5 google..3 jadi 15 google lah

budak : ok..
tettt (bunyi mesin pengimbas e-wallet)

matawang "google"?? JADAH APA!!! tak menarik lansung..kalau matawang MUKABUKU a.k.a FACEBOOK? arghh..macam gampang rasa bunyi nya..kah3

aku taknak komen apa2 pasal isu ini kerana aku bukanlah terer dalam bab2 ekonomi ini malah bukanlah juga penganalisis ekonomi..keh3..jadi apa kata korang?

tetapi bagi aku..akhir2 nanti kemungkinan matawang DINAR dan juga EMAS untuk menguasai dunia tu amatlah tinggi..jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu..tapi aku yakin DINAR EMAS akan menguasai dunia satu hari nanti..jadi marilah kita kumpul EMAS banyak2

pesanan ringkas: berapa harga pasaran emas sekarang?

wrote by Rafidinho

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday : retro



pesanan ringkas: dating pakai kereta ni agak2 cara tak?

wrote by Rafidinho

bulan disember apa ada?

salam

bos aku cakap ada nak buat company trip ke hong kong..semua staff teruja, cuma aku je tak..haha..bos cakap boleh ajak lagi sorang..tapi nak kena tambah lagi RM2000..pale hotak dia..mahal nak mampus..hahaha

maka dengan ini, siapa nak ikut aku pergi hong kong? jom3..nanti aku cakap dengan bos aku..tapi paham2 lah sendiri..bayar RM2000..alah murah je kan? pale hotak mung rafi

hong kong ada apa?

RM2000 boleh gak kalau nak buat tunang, cukup ke eh?

pesanan ringkas: selamat hari deepavali kepada kaum india

wrote by Rafidinho

Friday, October 7, 2011

pindah tempat dapat bonus

salam

aku malas nak update sebenarnya..cukup lah sekadar ingin memberitahu..office aku baru pindah ke tempat lain..ingatkan best la, rupanya ceittt..budak2 office memang cari nahas betul la, tak pasal2 dorang letak meja aku betul2 depan bos..adoyai, kantoi lah nanti dengan bos yang aku ni sememangnya rajin..da tak pasal2 bulan depan gaji naik, bonus 12 bulan

*korang punya tempat siap boleh main mukabuku 24jam lagi..kuang ajaq

**apa pasal korang tak letak je meja aku sebelah bos..baru senang aku nak pantau bos main mukabuku ke tak..haha

***sekarang ni susah lah aku nak korek hidung dengan selamba yang sebelum ini aku buat

****selamat tinggal mukabuku diwaktu kerja..arghhh


pesanan ringkas: bajet 2012..apa kelebihan untuk penjawat swasta lagi muda macam aku eh?

wrote by Rafidinho