Sunday, December 26, 2010

rumah aku 2 tingkat bro

"weh dengar cerita ko masuk rumah mie"

"a'ah rumah kita orang 2 tingkat bro..kau ada?"


"ek eleh..rumah aku pun 2 tingkat..sewa murah lagi..rm300"

"owh rumah aku rm350 tapi ada wallpaper..smart wooo..kalah la ko"

"wallpaper cap tenuk, xde taste langsung..rumah aku de lukisan bob!!!, haaa"
"aku ada streamyx, pastu ada astro lagi..full package..movie lagi tu bro..ni je ko dah kalah"

"ada full package kalau x tengok wat pe..toilet aku pakai heater la bro"

senyap seketika.......

...

...

...


tiba-tiba








"bilik air rumah aku tak ada lampu..tak heran pun..kalau malam tu pandai2 la target guna deria ke 6"





hahahahahahhahahahahaha

ni semua sembang2 kencang bajet power dari budak rumah aku dan membe2 aku selepas penat berfutsalista..macam gampang kn?? hahaha

perbualan gampang dorg ni buat kan aku teringat nostalgia masa zaman kecil2 dulu..selalu gak la sembang kencang dengan membe2 cerita pasal kepoweran rumah tau kereta mahupun motorsikal, senang cerita harta mak bapak la..bila sembang je benda2 macam ni kalau boleh semua tak nak kalah..siapa yang tak dapat nak "up" kan mak bapak diaorang kira kalah, boleh berambus dari kumpulan diskusi..tapi faham2 je la kan, dah nama pun budak2, kalau cerita tu mesti je sampai nak gaduh (gaduh mulut je la) tambah2 siapa yang tak boleh nak lawan balik..yang kalah siap menangis pun ada, pastu siap cakap macam ni

"balik rumah nanti, aku bagi tau dengan mak/bapak aku..suruh dorang buat macam2 biar kalah korang semua..korang tengok lah nanti" wuuuuu...wuuuuu..sob3 (sambil2 bermain hingusan ala2 yoyo)

aku pun pernah gak, balik ngadu dengan mak aku..last2 mak aku cakap

"yang pergi layan sangat benda2 macam tu buat apa..dah2, pergi tukar baju pastu mandi sekarang!!!!, jangan sampai mama rotan!!!!"

tak pasal2 aku pulak kena kan T_T hahahahahhaha


pesanan ringkas: topik sembang gampang cerita pasal rumah sewa tidak habis di tempat futsal tu je..masa lepak minum2 sambung lagi..hahaha

wrote by Rafidinho

Thursday, December 2, 2010

bila legend yang buat hasil nya memang terbaik!!!

Aku tak nak komen apa2 cuma nak gelak je..hahahahahahha..pepahal mari kita tengok siapa yang kena..kah3..sila lihat gambar di bawah




ok..untuk pengetahuan korg, ni lori yang di tempah oleh company aku untuk servis penghantaran barang..awesome!!! kan..betul2 legend, old skool..lori zaman bila ni pun aku tak tau..aku tengok cerita P.Ramlee pun dah ada dah lori ni..hahahahhahaha..adoyai..apalah salah nya keluarkan duit sedikit tempah lori treller ke, gunakan courier "flight DHL" ke, tak pun evergreen sea freight (tapi bila pulak nak sampai kalau guna laluan laut) hahaha..disebabkan lori ni gak, terpaksa lah hold dulu barang2 yang terlalu berat, takut tak larat pulak lori ni nak bawa

fyi, this lorry travel from south to north..when i saw the spec of max loads capacity of this lorry is around 15tonnes..barang semua lebih kurang 17ton..but the lorry driver said "oh dont' worry the load can be up to 20tonnes" and me "huh? biar betul natam ni, erm lantak ko lah janji sampai"..the driver start traveling on friday noon..agak2 burung gagak, korg rasa bila lori ni boleh sampai untuk perjalan hampir 1000km? aku calculate(ceh sempat buat kira2 lagi) dalam ahad malam sampai ke destinasi (tu pun aku rasa samar2 lagi)..then i text my colleague on sunday morning "lori apa cerita"..he replied


"finished unload items yesterday night"

pas baca message tu tetiba aku terus "WOW!!! hebat sial lori ni"..erm, ni mesti guna 20 tow truck tarik dari hadapan..yelah korg bayangkan macam mana lori ni survive dekat laluan pergunungan alps a.k.a highway lepas jelapang dengan berbekalkan engine cap ayam mercedez benz tiada turbocharge or supercharge, exhaust tak modified..aku rasa dia pakai helicopter kot angkut dari jelapang sampai sg.perak..hahaha..btw, the driver managed to get there earlier than i expected..bravo2, congrats bro..lu dengan lori lu memang legend..BOS!! LEPAS NI KALAU NAK HANTAR APA2 BARANG LAGI TEMPAH LORI NI JE LAH EH..hahaha

pesanan ringkas: kalau bos aku jumpa entry ni mampos aku kena..jadi korg yang baca shhhhhhhhhh!!! hahha

wrote by Rafidinho

Sunday, November 21, 2010

what a shame young engineer

bila otak lama tidak membuat kira-kira mulalah menjadi error dan gila..tambahan lagi bila keadaan kelam kabut

dalam situasi tergesa-gesa aku membuat kira-kira matematik mudah mengira hasil tambah tenaga pekerja..belek belakang kertas, tengok depan ok siap!!! (3 saat buat kira-kira)..lepas itu aku pun hantar "manhours report" kepada pengurus terminal (kira klien aku la)..belum sempat melangkah keluar pintu bilik nya..tiba-tiba

"alo brader..your calculation is wrong!!..how come such a simple mathematics you can't do..take it back!! do the correction then submit again..what a shame young engineer"

"really sir..ok i'll check again"..10 saat kemudian.."ok sir here the manhours sheet"

"erm..good"

(hahahahahahaha..bengong betul, macam mana 8+7 pun aku boleh tersalah kira da..hahaha)

teringat pulak aku masa belajar dekat U dulu..mende alah simptom ni selalu jadi dekat aku masa peperiksaan..tambah2 subjek yang memerlukan banyak gila kira-kira dan rumus2 panjang nak mampos (ada kot dekat2 5km/jam panjangnya..eh pehal pulak pakai jam..haha) bila masuk je dewan peperiksaan, pehh bukan main canggih mesin kira-kira aku bawa..bajet macam boleh terus dapat jawapan la dengan sekali tekan je..huhu..masa mula peperiksaan x rasa lagi..bila pengawas peperiksaan umumkan
"lagi 30minit masa akan tamat"..haaa otak aku mula la sedikit2 diserangi cacing2 kerawit je..masa ni boleh bertahan lagi la..masih tenang lagi untuk menekan2 calculator serta menggunakan otak yang 90% masih waras..

tapi bila dengar je "tinggal 5 minit sahaja lagi!!!!!"..dengan berbekalkan soalan yang banyak lagi belum dijawab..soalan pulak main dengan rumus macam celaka..pehhh serta merta otak aku terus hang sebab banyak sangat virus2 serang..masa ni apa lancau antivirus dah x boleh pakai da (x boleh nak update definisi virus sebab lesen disenaraihitamkan..haha) ..walaupun banyak sangat virus dalam kepala otak aku masa tu..tapi aku suka..sebab??? sebab masa ni lah otak aku akan di naik taraf secara tiba-tiba..dari tahap ijazah ke tahap PhD..hahahhaha..mana tak nya, buat kira-kira untuk 2 helai selama 20 saat pakai otak je...ye!! pakai otak je tanpa guna calculator, laju tu bai (mana x lajunya sebab font tiba2 jadi besar..dari normal saiz 12 tuka jadi saiz 48..hahaha..tapi xtau la betul ke x..ngeh3)..lepas tu, bab2 rumus tu xyah nak cakap la, yang panjang dipendekkan..yang dah memang pendek dipendekkan lagi..haha..yang paling best, rumus x pernah wujud, aku dengan selamba je wujudkan (bukan senang tu nak buat rumus..memang tahap2 PhD je yang biasa buat rumus ni) HAHAHAHA (gelak bangga)

tapi bila diumumkan pulak
"tinggal 1 minit lagi!!" secara automatik..otak aku akan autoshutdown..masa ni aku dah rilek je..kemas barang2, susun cantik2 kertas jawapan..sambil2 buat muka tenang, senyum lebar siap tunjukkan tanda "thumbs up" dekat rakan2 lain bajet macam aku berjaya menjawab semua soalan dengan cemerlang..padahal dalam hati (sob3..banyak lagi tu soalan x dapat jawab) hahahaha

pesanan ringkas: bila lagi la otak aku boleh dinaikkan taraf sekali lagi secara mengejut..haha..owh terasa rindu pulak zaman belajar macam dulu..huhu

wrote by Rafidinho

Wednesday, November 17, 2010

seronok bila berjanji tapi diri sendiri menidurkan diri

huh sudah lama tidak menjenguk menatang yang dinamakan blog..rasa macam dah bau bangkai blog aku ni..hahahaha..sekarang aku sudah rasa kemalasan untuk menaip benda alah blog ni sebab sudah kurang mood la pulak..huhu

hurmm, ok berbalik kepada tajuk asal..pernah x korg buat temujanji dengan orang lain tapi korang x datang..mesti ada punya kan..tipu la korg kalau cakap x pernah (siapa yang pura2 cakap x pernah tu meh sini aku taji cukup2 hahaha)..janji dengan awek tau pakwe korg mahu jumpa..tapi x datang sebab hal2 tertentu..ada kan, ada kan..kalau ada sila sengeh sorg2 sekarang!!!!! hahaha

tapi pernah x buat janjitemu dengan orang yang tidak dikenali, pastu bila masa yang ditetapkan untuk berjumpa korg tertido..baik punya tido..hahaha..mesti ada yang pernah, ada gak yang x pernah..tapi situasi ni berlaku dengan aku semalam..tambah pulak aku buat appointment pasal kerja

cerita nya bermula bila bos aku suruh aku panggil budak NDT (dimelayukan Ujian Tanpa Musnah) datang tembak RT (Ujian Radiografi) waktu malam..dan disebabkan aku sorg sahaja yang available jadi aku "terpaksa" datang standby untuk tengok dorg buat kerja..maka tengah hari aku call, minta dorg datang malam..aku set pukul 9mlm..aku pun set la dalam kepala otak "ermm datang awal sedikit la dari dorg ni"..tapi apa kan daya, lepas magrib, aku x tahu bagaimana? macam mana? kenapa? bila? aku tidur..tambah pulak masa tu hujan..syok je rasa..hahahahahha..sedar2 je sudah pukul 11..tengak h/fon nah amik ko 7 miss call..terus aku call orang NDT tanya apa cerita..huhu..fuhh!! nasib agak baik ketika itu..dorg cakap dorg tunggu lagi..aku pun apa lagi..berdesup tekan minyak datang ke workshop..sampai2 pukul 11.30mlm..datang sengeh2 sedikit sambil minta maaf

bila dah sampai, masa nak bukak pintu pagar..kunci la pulak..aku dah tepuk dahi..hadoiii..terus aku call budak2 kimpalan tanya pehal dorg kunci pintu padahal dah ingatkan dorg jangan kunci..masa tu jugak suruh dorg anta kunci..terpaksa sekali lagi org NDT tu tunggu kunci workshop sambil2 tu jugak aku melemparkan sengih2 aku, walhal dalam hati "mampus kalau bos aku tau..confirm kena maki hamun"..last2 dorg start kerja pukul 12 t/mlm sampai la pukul 2 pg..sekali2 dengan aku balik pukul 2 pg..bila masing2 nak blah..aku lemparkan sekali lagi sengehan buat kali terakhir..huhu

pesanan ringkas: raya haji x dapat cuti..kena standby la pulak..alasan bos, dia cuti pergi haji..cehh..padahal dia apek

malam raya haji pun kena standby untuk kali ke 2 org NDT datang workshop buat kerja..adeh

wrote by Rafidinho

Tuesday, September 14, 2010

cuti raya yang sangat panjang..best woo

tett2 (1 mesej masuk)

"oit pakcik keje ke rini..rilek2 la..skang sume org blasah cuti lg la..hahaha"

cissss!!!! kuang ajaq sungguh akak aku..berani dia hantar mesej macam ni..nasib baik hari tu dia bagi duit raya..kalau x memang aku akan..akan...akan..akan buat, alah itu, ini (itu ini tu apa rafi oitt? ermm buat itu lah..buat ini lah..alah itu ini) hahaha

"semalam ko keje ke bro..x tegar la keje bro..hahaha"

balik kerja tadi nah amik kau..sekali dapat ayat diatas dari budak rumah aku..cilakak kau orang..hahaha

tahun ini raya aku x berapa nak cun..sekejap saje rasa..rasa macam cuti 1 hari saje..padahal dari hari rabu sampai ahad aku cuti..tapi yelah, dari selatan malaysia naik ke sentral lepas itu naik lagi ke utara..memang aku rasa sekejap gila..hahaha

untuk melayan kan bos aku yang mahu mengejar planning supaya s-curve nya menjadi cun melecun lagi meleleh hingus2 klien..aku mengorbankan sedikit jiwa remaja aku dan juga nikmat2 kuih hari raya serta duit raya..sob3 T_T (pehhh ayat x boleh blah betul aku..hahaha)

* tapi apa2 pun, kepada sesiapa yang masih bercuti lagi..SELAMAT BERCUTI!! (pasrah2 je nak taip ayat ni)..hahaha

cuaca hujung selatan malaysia sangat terik sehinggakan mampu menukarkan aku menjadi hitam legam..hahaha

dah setahun aku x jumpa budak kecik comel ni (adik sedara aku)..dulu gemok perot boroi!!! sekarang slim siottt..nak kata makcik aku x bagi makan x jugak sebab aku tengok makan masih lagi main belasah je budak ni..haha

pesanan ringkas: pak ngah aku masuk hospital tadi..akak aku mesej dia kena cancer..aku harap pak ngah aku akan ok

wrote by Rafidinho

Wednesday, September 8, 2010

sorry salah nombor bro

kring...kring...kring...kring
fon aku berbunyi (gila old skool bunyi kring3 haha)
nombor yang terpapar di skrin phone tidak dikenali..aku angkat

hello

hello rafi..hello

haa..siapa ni?

nizam2

nizam? nizam mana?

nizam to****t (disensoredkan atas dasar perihatin) sebenarnya aku x dengar nizam apa? ngeh3

oo nizam..haa apahal

ko dekat mana? bila mahu datang?

aku dekat tanjung langsat ni..nak datang mana?

hah? tanjung langsat? mana tu?

terminal tanjung langsat

terminal?

haa ye terminal..ko nak tau pasal projek caltex ke?

caltex? .............................(senyap beberapa saat) ko x datang kilang ke?

adeh..kilang mana ni bro? aku dekat terminal ni..mana ada kilang dekat sini..storage tank dengan pipeline ada la weh

.........................(senyap lagi), ko ni rafizuwan ke?

rafizuwan? mahkluk tuhan mana pulak ni? x faham la aku

bukan!!! oh sorry salah nombor

owh salah nombor eh..ok

call end..sekian tamat perbualan phone antara aku dengan orang yang tidak dikenali selama 2minit setengah

* aku kalau nombor yang x dikenali call memang aku selalu layan je dulu walaupun tahu orang itu salah nombor..malas nak cakap "aaa maaf u salah nombor la" tapi aku sengaja tunggu dia yang cakap "owh sorry salah nombor la"..hahaha..bagus kan aku? baik hati kan? peramah kan? hahahaha

** sorry la bro habis kan kredit phone ko sedikit..haha..tapi nak buat macam mana, nada ko serius dan beriya2, tu yang buat aku selamber layan ko balik dengan serius..ngeh3

pesanan ringkas: macam mana dia tahu nama awal aku eh? musykil ni musykil..tapi bila teka yang hujung sekali salah daaa..hahaha

apa2 pun..kepada semua umat islam..selamat menyambut hari raya aidilfitri
kepada kawan2 aku budak pmt tangga barat..selamat menjamu lemang atas pelantar a.k.a module..haha
x lupa juga warga2 offshore..selamat makan lemang dalam pipe 24"..hahaha

wrote by Rafidinho

Monday, September 6, 2010

hari khamis kena demam

berikut adalah sketsa yang x berapa nak sketsa antara aku dan bos aku

rafi, u balik cuti raya bila?

saya balik rabu malam, kenapa bos?

ermm..u boleh kerja lagi x hari khamis tu

erkk!! eh x boleh bos..sbb hari khamis tu saya demam

huh!! boleh pulak u tau u demam hari tu

eh boleh bos..kalau mengikut kelender demam saya, memang jatuh hari khamis ni..lagipun semalam saya jumpa doktor, dia pun pesan supaya saya mendemamkan diri hari khamis ni..jadi nak x nak memang saya mesti demam hari khamis ni

ermm..kalau macam tu hari isnin masuk ok!! sebab kalau mengikut kelender saya pulak driver bas balik kampung

lol, apa kaitan dengan saya pulak bos

diam!! tiada kaitan langsung dan tidak berkaitan pun dengan apa yang dibincangkan..sekarang siapa bos?? saya atau u bos??

mestilah sayaaaaaaaaaa bukan bos..hadoi, dah tentu2 bos la bos T_T

bagussss


sekian sahaja dialog merapu dari aku..hahaha

* rabu malam aku DEMOB, ahad petang nak kena MOB dah, isnin pagi confirm jadi MOP..hahahaha

** ramadan dah nak habis..korang mesti sedih kan..ermm, marilah kita sama2 berdoa semoga kita semua dapat jumpa lagi ramadan akan datang (^^,)


pesanan ringkas: adoi, zakat x settle lagi ni..

wrote by Rafidinho

Sunday, August 29, 2010

maaf bibik, saya tidak dapat membeli airbus seperti yang bibik mahu

semalam aku cuba menggatalkan tangan dan juga jari jemari aku untuk melihat tahap kemiskinan terkumpul aku selama ini di dalam peti besi..hasilnya ye!!! memang tidak dinafikan lagi..aku tidak lagi mampu untuk membeli sebijik Airbus380 secara tunai untuk di hadiahkan kepada bibik aku untuk dia menunjuk2 (kepada rakannya di seberang) sambil bawa ke pasar

aku terpinga2, mengapakah hasil kemiskinan aku terlalu sedikit, sepatutnya banyak sehinggakan mampu mendapat gelaran bankrup, pelik sungguh..lalu aku pun mengkaji kenapa? bagaimana? ianya terjadi..dan hasilnya sungguh tidak ku sangka sehinggakan hampir mencarut2 di bulan puasa yang mulia ini..let's check this out guy..see below


sila gunakan kanta untuk gambaran lebih jelas

baru ku tahu selama ini mengapa duit ku hilang sedikit demi sedikit..CILAKAK!!! betul maybank..harapkan peti besi, maybank yang kebas duit aku..siot je maybank..aku simpan duit pakai bank ko tu..xkan itu pun ko nak kebas..ini yang aku nak simpan duit dalam tabung ayam..ok, mari kita kembali ke sekolah dalam pembelajaran matematik

1 transaksi pengeluaran dicaj = 50sen
10 transaksi = rm5
kalau dalam masa setahun aku buat 1000 transaksi yang di caj, x ke rm500 melayang..untuk transaksi yang tidak di caj berapa banyak je..CILAKAK..dividen pun sangat ciput je korang bagi kat aku

"rilek la brader..memang la kitorg caj 50sen..ape lu ingat mesin ATM leh gerak sendiri ke..guna letrik tu bai..jadi lu nak pakai..lu bayar la sendiri letrik tu..kira cukup bagus la caj 50sen..klau ikut kn ati aku..aku caj 10 hinggit"

demn!!!

aku ni dah la tidak berduit sangat..kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, cuma malam je aku x pernah kais lagi..kalau aku kais "malam" rasa2 1 bulan boleh makan...hahaha

p/s: statement di atas hanyalah rekaan semata2..tiada kaitan dengan lu orang..haha

pesanan ringkas: kalau aku kumpul2 hasil maybank caj ni..boleh la aku bagi duit raya dekat pembaca2 blog aku ni..siapa setuju aku bagi duit raya...hahaha

wrote by Rafidinho

Wednesday, August 25, 2010

makhluk halus datang secara senyap dan semakin menular..berhati hati

Stoking aku kena rembat dek makhluk halus yang tidak di kenal pasti nombor i/c nya, apa tah lagi panjang bulu ketiak nya..lalu aku telah memanggil team CSI untuk menjejak si perembat ini..namun hasilnya sungguh mengecewakan untuk para team CSI mahupun aku sendiri..lalu berkata leader CSI kepada ku

"huh..maaf kami tidak dapat membantu..perembat ini sungguh licik..tiada apa2 bahan bukti kami boleh dapat..masakan cap jari, sehelai bulu berintikan tahi hidung pun kami tidak jumpa..sungguh memalukan betul untuk team kami yang terhebat ini..maaf..walau apa pun..upah nya 20ribu USD eh..kami hanya menerima tunai..untuk pembayaran sila ke kaunter sebelah"

Demn!!!

1 pasang stoking ku di rembat semasa ianya tersidai di ampaian..1 pasang lagi yang berpolka dot koyak serta cantik lagi kemas tersidai tidak di ambil pula..sungguh hairan

** Nasib baik boxer aku, aku dah siap2 rantai pakai solex pastu siap welding sekali di ampaian

pesanan ringkas: x pasal2 aku kena beli stoking baru..horey!! stoking baru tu..x kan nak pakai stoking berlubang2 polka dot kan..haha

wrote by Rafidinho

Monday, August 23, 2010

jangan biarkan tidur anda tertunggu-tunggu

pagi tadi aku terbangun sahur dalam pukul 4.40pg..turun bawah ingat nak terus nganga mulot je makan nasi..sekali tengok periuk nasi kosong daa..pe lagi, aku merajin kan la diri tanak nasi..aku start masak dalam kul 4.50pg cm tu la..sementara nasi masak, aku baring kejap..kejap kejap last2 terlelap..hahaha..nasib baik terjaga balik dalam pukul 5.15pg..tengok nasi aku x masak2 lagi..dalam hati "xpe2, kejap lagi masak la ni"..ok aku sambung baring lagi..hahaha..5minit pastu aku tengok lagi nasi aku..hasil nya hampeh..BELUM MASAK LAGI!!!..aku pun memulakan langkah bijak iaitu minum air pastu tutup lampu dapor..naik atas sambung tido..krohhh3..hahahahahaha

* lama pulak periuk nasi ni nak masak nasi..penat je aku tunggu
* entah pukul berapa la nasi tu masak sebab aku biar kan on je..malas nak tutup plug..haha

T_T

pesanan ringkas: lepas ni aku nak masak nasi pakai periuk api pulak la..cepat sket..x sampai 2 minint aku rasa dah boleh makan

wrote by Rafidinho

Sunday, August 22, 2010

nasi bungkus lauk kerang+ayam..pehhh

leh kata setiap kali ramadhan je..mesti ak teringat kisah ak berpose mse zaman ak kt matrik dulu..mse tu mmg lawak dan de sket unsur2 jahiliyah (sket je..x byk mne pn) hahahaha..di ringkas kn cite, kisah nye mse 1st day pose..hari tu ak ngn osmate2 ak lain tido..lebih kurang dlm kul 6 ptg cmtu ak terbgn..ak kejut osmate ak yg lain utk ajak pg cafe

"woi2!! bgn2!! bapak la lama gila korg ni tido..adoi..jom pg cafe, lapa la plak weh" sambil2 sepak2 osmate ak..(pdhal diri sndri pn tido lama gak) haha

dalam keadaan mamai lg tintong pale otak sume..ktorg trus bergegas pg cafe mencari aweks2 utk di jadi kan santapan berbuka makanan..mse nk g cafe tu mmbe ak ckp

"weh ari ni ri pe eh?"
"rini kn ri rabu"
"oo..ri rabu ri pe eh..cm rini ri lain je"
"lain jadah nye ko ni..ri rabu ri rabu la..xkn ri rabu ri sabtu plak..sengal tul"
"weh npe ramai bdk kt cafe ni..cm de pape je rini"
"ikut ko la..mls ak lyn"

pas selesai ak bli nasi bungkus lauk kerang ngn ayam..ktorg blk bilik (pale otak masing2 masih lg keadaan tintong haha)..smpai bilik kt2 kul 6.45..masuk2 bilik je, osmate ak sorg ni trus alas surat khabar, letak mknn die then trus "ngap" tanpa byk ckp..yg lain sume tgk cm "erkkk" (terpinga2 tgk osmate ak)..osmate ak yg tgh mkn ckp

"korg tgk pe..xpnah tgk org mkn ke..yg korg berdiri tercegat wtpe, ko rafi td kata lapa sgt..mknn dh bli..mkn la..xkn tu pn ak nk ajar"
"xde pe..bkn ko slalu minum air dulu ke br mkn..ni tahap lapa gila babi ko ni"
"haha..a'ah..bgn td perot kosong je rse"
"lapaq perot weh..mkn dulu"

then yg lain sume folo skali2 ngn ak folo..tgh syok2 sume melahap, de sorg mmbe ak ni masuk

"WOI!!!!! korg sume ni x PUASA ke? ishk3..pe nk jd la korg ni" kuat2 die jerit..pastu blah

pehhh, mse tu ak ngn osmate cm nk tersembur + tersedak = tercekik..baru igt yg ari tu ari pose..mengelabah sume T_T..hahaha

"haaa..kn td ak dh ckp..ari ni ari lain..1st day pose dow..adoi..cane leh lupe ni"

tp nk wt cane, dh TER makan kn..jd nk xnk ktorg tutup pintu slow2 pastu samb mkn..haha

selang 2 min kemudian..dtg mmbe ak yg sound td bwk nasi bungkus ngn air die, direct je ckp "korg ni buka awal apsl x ajak ak ha!! ak pn tgh lapar ni..hahaha" "hahahahaha" (berdekah2 sume gelak)..elok je mmbe ak ni nk mkn trus ak tahan die, pstu ckp

"weh ko xleh buka lg..ko kne pose..lg bpe min je ni nk azan magrib"
"tp ak lapar sgt ni dow"
"ko jgn ikot ktorg..ktorg tgh tintong td, xtau pape weh"

trus ak ngn osmate ak yg lain tahan die..pegang die jgn bg mkn..hahahaha..selang bape2 min je "ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR"..baru la mmbe ak td dpt mkn, fuhh lega masing2 (dpt gak mmbe ak sorg ni pose penuh utk 1st day pose..hahaha)

* wlaupn ari tu ak ngn osmate ak leh kata agak jahil..tp ktorg xnk menjahil kn org lain..sok nye trus ktorg berigt..huhu (tp de gak dlm bln tu x pose..hehe)
* bila di imbas2 blk mmg lawak je mse tu..haha

pesanan ringkas: start thn ni nmpknye kne bayar zakat sndri la jwb nye..huhu

wrote by Rafidinho

Friday, August 20, 2010

bln pose kne blk kul 5 bro

"eh, xleh blk lewat2..time2 PUASA mesti kne blk awal..kul 5 dh nk kne blk..keje TERUK, PENAT plak tu"
diikuti ngn hembusan kepulan2 asap rokok dan beberapa tegukan air

"LANCAU!! lu pose..isap rokok, minum air..mse rehat pg mkn..pose pe tu"

demikianlah antara perbualan yg ak dgr di antara kontraktor melayu islam(klau di lihat pd nama nye) ngn rakan nye berbangsa lain

dlm ati ak (hahaha..kn dh kne lancau skali)..adoi, org cmni pn de ke..BANGANG x bertempat tul..klau ye pn nk tnjuk kn diri tu pose, agak2 la..ckp kencang cm pose je..pdhal kt tgn sebtg rokok, pastu atas meja de air plak..lain kali ckp je cani

"kul 5 nk kne blk sbb nk g bazar utk juadah berbuka pose nnti"

pesanan ringkas: berpose la selagi yg mampu..jgn gne kn alasan keja berat wlaupn keja nye hanya mengangkat tukul besi

wrote by Rafidinho

Friday, August 13, 2010

he sa ha mi na (>_-)



haha..lawak plak ak dgr bdk ni nyanyi..comel je..pape pn style die main ukulele..huhu


pesanan ringkas: bila la nk beli tiket blk kg ni..

wrote by Rafidinho

Monday, July 26, 2010

20km?? ek eleh dekat je tu

ok, hari ni, masa yg di ambil oleh aku utk sampai ke tmpt kerja ialah selama 2 jam lebih...ye, 2 JAM..gerak kul 7.50pg smpai ofis 10.15pg..adoi, pdhal dr umh ak ke tmpt keje cme 20km je..slalu ambil masa 15-20min trus jd 2 jam..damn!!

sume ni silap percaturan da..bajet nk lalu highway cepat sket dr ikut jln lama..sekali nah amik ko!! highway jam teruk, jln lama plak lengang..pdn muka ak..hahahha..sepanjang2 ak kt atas highway leh kata hanya 30 saat je ak sempat masuk gear 2..yg lain sume gear 1..cis!!

tambah plak cermin kete ak x tutup rapat pastu hujan lebat smlm..nahh amik ko skali g, air masuk, abis seat kete ak basah..jd selama 2 jam tu la suar jeans ngn suar kecik ak basah...adoi mmg x selesa tul la..terus mood ak nk keje utk ari ni hilang

T_T

smpai opis wt2 muka slambe mcm lg 5min baru opis hour nk start..pas letak bag, wt muka slambe skali lg pg pantry wt neslo panas..hahaha..nasib baik 20km..kalau 40km tau 50km? alamat nye mmg ak msg bos ak "bos, client pggl meeting" pdhal patah blk umh sambung tido...hahaha

pesanan ringkas: sbb kn ak xde mood nk keje rini..so ak main tenet je..haha

wrote by Rafidinho

Friday, July 9, 2010

tutup buku



akhirnya kisah dunia crane telah berkahir..haha..selamat tinggal quay and rtg crane..semoga korg sehat2 selalu..jangan nakal2 dan buat banyak perangai, kesian dengan technician2 nak repair..kuang3 (ceh, macam cibai je ayat aku ni..padahal dalam hati memang nak berambus dari dunia crane..kah kah kah)


sepanjang dalam port tu sempat jugak la aku tengok banyak vessel tumpang lalu..atas2 ni antara aku sempat snap la..alamak, kantoi aku x buat kerja sangat, snap gamba sahaja lebih..hahaha

malas pulak nak taip lagi..sudah malam pulak tu..chow



pesanan ringkas: aku masih tersangkut dalam johor lagi..adoi..x ada ke mana2 bos area KL atau selangor nak panggil ak jadi kuli dia..haha

wrote by Rafidinho


Saturday, June 12, 2010

ewahhh...ewahhh..

mari adik2, abang2, akak2, pakcik2, makcik2..kita layan lagu ni dulu..huhu

best betul versi akustik ni..

got a black magic woman..
got a black magic woman..............huhu

pesanan ringkas : kpd cik putput dan cikCEPET..aku x dapat nak ambil tag korang la..malas plak..hahaha..korang layan lagu ini suda..huhu

wrote by Rafidinho

Sunday, May 30, 2010

ayam berak kapur ke?

kenapa eh kalau bab2 "tarikh" ni, kebayakan nye org pompuan konpem amik kesah walaupun sesetengah nya 'ade aku kesah'..haha..tarikh yang ak maksud kn ni macam biasa la, tarikh keramat (bkn keramat, Kuala lumpur), tarikh macam aktiviti tahunan contoh macam besday, pastu anniversary n bla bla bla..xde ke nak kongsi2 tarikh macam bila start belajar korek idong dengan betul ke atau jalan2 kt soping kompleks pastu jatuh cm nangka busuk depan orang ramai..baru la best kalau buat reminder tahunan tarikh2 macam ni..hahaha

ada pulak kisah macam kadang2 si pompuan ni berbulu je hati (boleh kata tibe2 datang bulan la) kalau2 si laki ni x ingat tarikh2 penting tu..contoh cm si laki ni terlupa tarikh besday si pompuan (confrim2 kalau dah terlupa tarikh, terlupa la jugak nak wish ke pe, nk plan pape ke)..atau contoh lain macam terlambat wish ke, hadiah ke..haaa mula la si pompuan ni jadi macam ayam berak kapur, pot pet pot pet

bagi orang macam ak yg leh kata tarikh2 ni x berapa nk amik kesah sangat..ak rasa tarikh2 yang boleh buat laki ingat macam
- match2 penting game bola..haha
- meeting dengan bos yang selalu maki hamun walaupun xde pape
- tarikh bila nk jmpe ngn client2 yg merupakan awek cun, pastu hot plak tu..haha
- tarikh bila start puasa (erkk..hahaha..boleh percaye ke ni..mampos nanti kalau ada siapa2 tanya)


pesanan ringkas: xde pape yang nak diringkaskn..k blahh..

wrote by Rafidinho

Saturday, May 8, 2010

encik tlg settlekn utk sy eh..

"eh kata nk anta..nk anta x ni..klau nk ak benti tepi jap"

'haha..ye ke ni..ermm..ikut ko la weh..ak folo je'

"haha..pehal ikut ak plak..ko planner maa..anta je la weh..dh alang2 lalu"

'ok..ko wt drift skang'

skretchhhhhhhhhhh!!!! (bunyi tayar tgh lyn corner baring, tp ni kuar dr mulut ak la..hahaha)

"ok dh settle..jom blah sblm org lain perasan kte tgh wt keje jahat ni...hahaha"

2 hari kemudian..
adeh, mne plak pg nye benda alah tu..adoi, time2 aku nk pkai la, benda alah tu main nyorok2 ngn ak..trus ak tnye mmbe ak

"weh dlm bag ko de x brg panas tu?"

'ble mase plak ko letak dlm bag ak..xde pn'

tbe2, jeng..jeng..jeng..dlm otak ak trus terpikir (xkn la bende alah tu dh ter................), trus ak tersengih2 sndri cm org gila di selangi ngn gelak sinis...hahahahhaa..adoi..benda alah yg ak maksud kn tu ialah

"surat byrn balik PTPTN"

"surat tu aku dah termasuk sekali dalam sampul surat resume aku, dan telah ter anta kt salah satu company besar...hahahha..adeh
"

T__________T

2 hari lepas, ak ngn mmbe ak drop resume kt 1 kompeni ni sambil2 nk byr PTPTN la..jd ak masuk skali dlm 1 sampul..skali cane leh x pasan, surat PTPTN ak lupe nk kuarkn..adoi..skang ak xtau cane nk byr sbb dh ilang no akaun PTPTN ak..hahaha

*klau PTPTN tnye npe x byr..agak2 korg, leh x ak gne alasan ni? hhahaha

pesanan ringkas: harap2 lah kompeni tu tlg settle kn PTPTN ak..hahahahhahahaha

wrote by Rafidinho

Wednesday, May 5, 2010

sila tekan loceng utk brenti eh..

"aurghhh....tuih"
"urghhhh..tuih"
"uhukk3..hagrhhh..tuih".."tuih..ptuiihh3"
"uwekkk...tuih3"
(ni lah bunyi org main kahak..pastu de selingan muntah2 sket..haha)

ari tu aku naik bas..dr central ke hujung selatan tanah air..bunyi kt atas tu lah ak dgr hampir sepanjang destinasi aku..arghhhh damn!!!!!!!..cm sial pn ade, cm cilakak pn ade, rase geli pn ade gak weh..hahaha

org yg wt bunyi ni duk blkg seat ak je..adoi..ak nk tido pn susah..leh kata setiap 40min..ade je bunyi ni..aku rase cm nk hempuk2 org ni ngn seat bas tu je..pastu ikat atas bas, tali bg panjang sket..pastu gantung kt blkg bas..bia die main kahak kt blkg..hahaha

aku xtau la die muntah ke pe kt blkg tu..org sblh seat ak dh usha2 blkg..ak mls nk tgk..kang klau aku tgk, x pasal2 kne 'ter' sepak laju2..hahahaha..tp siyes, ak nk tido pn x senang, baru nk terlelap..bunyi tu dtg..kuat plak bunyi die..adoi..igt nk pasang headset, dgr radio kt fon..skali bateri nk kong daa..apedaa, lupe plak nk charge..haha..mmg rase nk tekan loceng, benti tepi highway je..

leh kata dkat 3 jam ak hampir jd gila dgr bunyi kahak yg sungguh merdu ni..arghhh..nk xnk, pasang headset, on radio (dlm ati ckp..klau fon mampus bia je la..haha)..bkk sound kuat sket, pastu baru lah fuhhhh..lega sket..xdgr sgt dh bunyi merdu tu lg

tp.................ape kan daya, br je nk layan hitz.fm lagu fireflly - owl city..skali nahh amik ko..dreber bas plak yg masuk campur..geng ngn org bunyi kahak kot..die leh plak pasang lagu daa..kuat plak tu..lagu zaman pe tah..adoiiiiiiiiiiiiiiiiii (sob3 T_T) trus aku off radio..layan je la lagu dreber bas tu pasang..kira ok lg la dr dgr bunyi kahak yg merdu tu..nseb baik x lama pastu, smpai la destinasi aku..hoyeahh!!! trus ak amik bag, turun bas..haha..yeah!!


pesanan ringkas: pasni aku igt nk sewa 1 bas..aku lah penumpang..aku gak lah drebe bas..haha

wrote by Rafidinho

Wednesday, April 28, 2010

cilakak punya bos

xde pape yg best nk taip..cme saje nk update

AKU: prem!!, pinjam beskal ko

PREM: mau pigi mana?

AKU: ahh, jgn byk bunyik..buat je keje ko

PREM: ok

tanpa segan silu dan menoleh ke blkg..ak mencapai beskal..lalu mengayuh mninggalkn site opis sambil mengorek lobang idong (kt ujung2 blah luar je la) serta melayan angin sejuk sepoi2 bahasa nepal (dr jauh ak dgr org nepal tgh borak2..ni la mksud ak bahasa nepal..huhu)..sesampai di wharf area, kedengaran dr jauh (ade la se jauh 2 meter je)

TECHNICIAN: weh2 wt keje, wt keje..bos dtg..bos dtg tunggang kuda...hahaha

AKU: siyal korg ngutuk2 ak..ak potong gaji korg kang..hahahaha..motor xde dow..tu yg naik beskal

TECHNICIAN: cilakak punya bos..dtg dah la x bwk air minum2..tau nk potong gaji je..cibai..hahaha

AKU: korg minum air laut suda..haha

ok sekian utk entry kali ni..xtau nk taip pe lg

pesanan ringkas: style plak rase bwk beskal pg site..trase cm keje kt jepun je..huhu..tp rse cm bangla2 kilang br blk keje de gak..hhahaha

pesanan ringkas 2: ak ni nama je engineer, tp engineer yg xtau pape..ngeh3..yg ak tau..dtg opis main pesbuk..hahaha

wrote by Rafidinho

Saturday, April 17, 2010

why u follow me..suppose I follow u

Pernah x korang klau wt keje, cth klau keje tu 8 jam..korg straight wt keje tu 8 jam, non-stop..xde benti mkn, minum tau rehat jap2..penah x? mesti x pnah kn..klau ade pn..plg kurang pn benti wt keje tu utk mkn ngn minum jap..huhu..ak pn x pnah wt cmtu..leh jd gila weh..haha

haaa..nk jd kn cite..ak pnah jmpe org yg wt keje straight 12 jam..non stop..xde rehat mkn tgh ari tau minum..mmg straight keje 12 jam..dr pg kul 7pg smpai la kul 7mlm..gila tul..

org ni br je ak jmpe baru2 ni mse ak kne g site work..nama die Roberto pe tah..engineer dr argentina..tp ak ngn mmbe ak pggl die pedro sbb ak rse nama tu lg best n sesuai utk die..kadang je pggl die messi..hahaha

kenal kn kt korang..ni lah si pedro tu..misai tebal, bila ckp cm ala2 mourinho sket..huhu

2 ari ak wt kaloborasi ngn die (kaloborasi la sgt..haha)..2 ari gak ak tgk die keje mmg non stop..straight dr mula smpai la abih..mmg ak xleh ikut cara die keje..klau ikut mmg leh jd gila weh..yela, benti lunch pn x, pastu ngn panas terik, angin panas plak tu..gila sume tu...haahaha..nasib baik lah ak bkn org die..ak cme 3rd party surveyor kpd client ak..klau ak org die..mmg mati la ak..haha..tp jd 3rd party pn ak ngn mmbe ak dah ngutuk2 si pedro ni..keh3..yg mangsa die, cme team2 die la


haa..korg tgk la sndri pic atas ni..skang ni jam kul 7.30 mlm..tp si pedro ngn team die masih wt keje lg..yg duduk tu cme org2 kompeni bos ak je..yela dah nama pn 3rd party surveyor..keje ktorg cme sbg pemerhati, amik data pn berdasarkn pe si pedro ngn team die record..haha

tp sbg 3rd party pn..ktorg kne gak follow si pedro tu..sbb data ktorg record pn dr die..jd nk x nk..kne la stay smpai mlm gak..wlaupn keje nmpk cm senang..tp letih weh..letih nk tggu..mmg cm cibai je..hahaha..nk x nk, layan kn jela si pedro ni..huhu..rasa nk hempuk2 pn de gak si pedro ni

pape pn..tgk pic ni..yg blah kanan tu pedro..die tgh penin mse ni..mne x penin nye..byk gila data die amik..ak rse die pn xtau pe snanye data yg die amik..hahahahaha

pesanan ringkas: btw, ak respect la ngn si pedro ni..data die amik mmg terperinci tul.."pedro, wa respect sama lu!!!" hahaha..klau x, xde la client ak ni import die dr argentia n title die sbg engineer..hehe

wrote by Rafidinho

Saturday, April 10, 2010

imiginasi seorang penulis sengal

kisah g sarapan malam ngn mmbe ak..smpai kdai, cm bese la..order pape yg patut..pastu lyn astro kt kdai tu..cite ironman..tiba2 mmbe ak ckp

"klau ak de super power cm ironman tau superman kn best"

hahaha..terus ak bantai gelak (berdekah2 ak gelak)..adoi..ak tnye pehal die nk jd superman..die ckp nk tlg org sambil2 leh paw duit org yg ak tlg..hahaha..tang tlg org tu, bgus plak pale otak die..tp tang paw duit org tu xleh blah..haha..pastu tbe2 die ckp plak

"klau xdpt jd cm superman pn..dpt kuasa cm cite jumper pn ok dah..sap sap sap sap (sila bce dlm keadaan sengau eh sbb mse ni sengau die dtg..hahaha)"

hahahaha (lg berdekah2 ak glak)..siap wt bunyi lg..tu yg ak x tahan nk gelak..haha..trus ak ckp

"baik ko blaja ngn katak dulu la cara lompat ngn betul..haha"

hahahahaha (berdekah2 ak ngn mmbe ak glak)..x abih ngn cite de super power..die samb lg

"cane ko rse time ak blk keje..de org tahan ak..mntk tumpang..pastu ak tumpangkn..pastu org tu ckp die sna nye BILL GATES..trus die bg cek bernilai 1juta USD"

hahahahahhahaha...adeh..ak dah x tahan nk gelak weh..ak ckp la ngn mmbe ak tu

"nk ke BILL GATES ko tu dtg kt negara yg byk win pirate..dr die dtg sini baik die lepak2 kopitiam sambil main dam"

hahahaha (kaw2 ak glak kt mmbe ak tu..dah la die ckp pn cm siyes je)..pastu x abih lg ngn die nye imiginasi..die ckp plak

"smlm ak dah discover talent ak sbnr..ak lebih cenderung jd penulis weh"

hahahahahahahahhahahahaha (kali ni mmg ak terbahak2..sume org kt kdai tu pndg je)..adoi, lu wt lawak la der..haha..die siap ckp lg..akhir bulan ni ak igt nk benti keje..pastu nk duk ats bukit cari ilham nk wt 1 buku..terus ak ckp

"bajet duk ats bukit tu dpt ilham la..ak rse 3 bln ats bukit tu..br 1 page je kot..hahaha..xpe, sempat lg ko nk hasil kn buku ni...ko duk je ats tu smpai mampos..nti klau dah mampos..ak suh la org lain yg samb buku ko tu..smpai la org terakhir mampos"

"nti ak amik la penulisan2 korg..ak compile kn..pastu ak letak nme ak..jd ak lah penulis nya..hahaha"

mse die ckp talent die jd penulis mmg ak ngn mmbe ak skali tu gelak kaw2..adoi..da tau talent jd penulis yg pg blaja engineering wtpe..bengom tul la mmbe ak tu..haha..tp pape pn..mmg mlm tu cite2 yg agak sengal kuar la..ilang sket tensen..huhu

pesanan ringkas: ak pn rse cm nk kne discover la pe talent ak yg sbnr nye..ermm, pe eh? mgkn pentebar roti canai kot..haha

wrote by Rafidinho

Saturday, April 3, 2010

kisah semyang jumaat..insaf ak

bila bdk laki sembang2 sesama jantina..tp membahasakan diri sendiri "kita", contoh "kita nk bluetooth ngn henpon ko"...adeh..klaka siot ak dgr...hahahahah...1st time tu ak dgr...kisah ni mse ak g smyg jumaat baru2 ni...mula2 dgr bdk laki tu ckp "kita", ak igtkn die maksudkn die ngn mmbe die...skali dgr lama2 sket, die bahasakan diri die "kita" daa...nk tergelak ak mse tu, nasib baik je mse tu ak tgh dgr khutubah...klau x dah guling2 ak gelak...haha
(adoi, sbb bdk laki tu ckp "kita" nye psl...kn ak da kurang khusyuk dgr khutubah..hehe)


ok 2nd cite plak ari yg sme...pas abih smyg, ak tgk de 1 kumpulan pelajar ni tgh kumpul, ak rse bdk darjah 1 laa sbb ak tgk kecik je, huhu...ak pk pehal la dorg sume ni kumpul rmai2, nk main guli ke? nk bershuffle? (klau nk main guli ak nk join..haha) ...skali tgk, rupe2 nye, de sorg bdk ni tgh pegang "handphone" taip msg, mmbe die yg lain sume kumpul keliling tgk teruja sambil mulot ternganga (cm ak tgk awek cun+comel+hot lalu dpn mata...tp ak xde la smpai ternganga...hahaha)...terus ak ckp dlm hati "pehhhhhhhhhhhhhhhhh, bdk kecik pkai "handphone"siot"...haha..yg x tahan nye, bdk yg de handphone tu siap ckp ngn mmbe2 die "mlm ni ak nk bergayut ngn "minah" ni", lg jeles mmbe die ak tgk..power siot...hahahha...

pesanan ringkas: ble pk2 blk, betul lah sbb skang zaman dah berubah...teknologi dah maju...even bdk kecik unur 5 thn pn dah tau kot cane nk gne "handphone"...huhu...mse ak darjah 1 dulu, bkn kata "handphone", klau di melayu kn "telefon bimbit" pn ak xtau pe tu...sejenis binatang kah? bunga kah? hahaha


wrote by Rafidinho

Sunday, March 28, 2010

bila ayam dtg rumah lg

huh? ada lg eh org main tagged2 ni..haha..ak telah di tagged oleh sorg hamba Allah yg mula sibuk menyambung semula aktiviti blogging ni..haha..tp pape pn kte zassssssss..lyn

1. Siapakah diri anda dirumah?

adeh, leh plak soklan tnye sape ak kt umh..sape lg kalau bkn ak kn..ak lah..xkn itik tgh bertelur plak kn..adoyai..skip la soklan ni..nyampahhh!!! hahahahahaha

2. Siapakah diri anda di samping rakan2?

ermm..utk soklan ni ak nk merendah diri..ak hanyalah insan yg lemah..cewah..cm cibai je ayt ak..hahaha..next!!!!

3. 5 benda yg hendak tp x tercapai (lagi) kot?

5 je? sket tul, bg la 500 ke..br la letih sket eden nk taip..haha..ok2 ak listkn 5 eh:

-naik gunung everest secara berguling2...ok x?
-tgk wayang plg latest, tayangan pertama..tp ak sorg je dlm panggung tu sbb ak nk rakam wt dvd copy
-pegi pasar kul 4 pg..perghh xleh blah siot
-pinjam evo 10 polis (eagle)..nk jual halfcut
-nk mkn nasi minyak org yg tagged ak ni...hahahahaha

4. nama pasangan anda?

nk nama ikut i/c tau nama glamor..adoi x spesifik tul la soklan ni..

5. 5 perkara yg anda paling suka bersama pasangan

-pasang telinga
-pasang mata
-pasang kaki
-pasang tangan
-pasang sume anggota badan la..haha

6. bila tarikh kapel?

nk tarikh ikut kalender bese ke pkai taqwim? x igt la.maklum la..laki la katakn..org2 pompuan je slalu igt mnde2 cani...hahaha

7. kenangan pahit bersama pasangan

kenang daku dalam doa mu..layan siot lagu ni..eh mnjwb ke soklan

8. lagu cinta

adeh..wa x lyn lagu cintan cintun ni..wa rock der..kne la lyn rock

9. apa perubahan yg anda hendak dari pasangan

dgn kuasa bulan..pe tah ayt dr katun sailormon tu x igt la..nk gne ayt ni utk ubah die..hahahaha

10. 10 orang yg akan disoalsiasat a.k.a tag?

ermm..malas la nk main tagged2 ni..kang sampai kt ak blk..mls la..huhu


pesanan ringkas: jgn tagged ak lg eh..soklan taraf professor korg ni susah sgt la..haha

wrote by Rafidinho

Sunday, March 21, 2010

di pagi ahad

ahad 21 mac 2010

disebabkn ak xtau nk wtpe di pg ahad..maka ak tgk la tv..picit nye picit remote..ak tuka channel axn ke tv2..skali tgk kt current show..ak macam terkaget sekejap...dlm hati ak 'pehhhh,sungguh ku x sangka..rancangan ni ak akan tgk blk'..mmg da lama siot ak x tgk rancangan ni..peveret tu mse ak kecik2 dulu..hahaha




POWER RANGERS



mmg ak teruja gila weh..dr mula sampai habis rancangan ak tgk, x tuka ke channel lain dah..hahahahahahahaha (nmpk betapa teruja nye ak smpai gelak cani)..da lama ak xtgk cite katun ni..mse kecik2 dlu mmg x miss la..versi 1st power rangers..MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS..syok woo tgk cite ni..tp skang dah versi lain ak tgk..cm da makin canggih dorg nye pakaian ngn senjata..mantap2

paling best klau dorg ni lawan jahat yg tuka jd besar..pastu pe lg, team2 power rangers ni tuka jd MEGAZORD la..best2..teringat masa kecik2 dulu, ak siap rayu2 kt mak ak suh die beli robot MEGAZORD sbb mse tu pemes gila cerita ni..klau spe2 yg xde robot tau sekurang2 nya model power rangers di anggap bdk kg yg xde tv...hahahha..bila pikir2 blk cm celaka, bodoh, sengal pn ade gak..tp nk wt cane kn..zaman kanak2 mmg sronok..huhu


pesanan ringkas: ak nk masuk kn cite power rangers ni dlm jadual tv ak di pagi ahad la..hahaha

wrote by Rafidinho

Wednesday, March 3, 2010

alahai

aku post bukan apa pun
cuma nak promote blog kawan aku ni
merayu-rayu suruh promote blog dia
hahaha

check this blog

jadi korang tunggu apa lagi
order lah jersi2 ni dengan kawan aku ni
harga berpatutan dan berbaloi-baloi lah

hahahahaha

wrote by Rafidinho

Tuesday, February 2, 2010

xde keje nk cari keje..hahaha

Kembali kita dalam berbloging
HAHAHAHA
huh? dah lama betul wa x singgah blog ni..hari ni wa singgah sbb wa da bosan tahap cipan nk tercirit ni..haha

ok2..straight to the point..sape2 yg boleh bg wa KERJA..yg de kaitan ngn mechanical background la cm mechanical engineer ke, maintenance eng ke, piping eng ke, project eng ke..hahaha

ok thats all 4 today..hahahahaha

"dimana ada jalan, di situ ada highway" - adnan sempit
"dimana ada highway, konpem ade RnR, leh makan2..nyum2 sedap woo" - pak manan mau tercirit d sbbkn tersepit
hahahaha

wrote by Rafidinho